Pengadil Dikecam Langgar SOP Kongsi Minuman Dengan Pemain Ukraine

Pengadil perlawanan England menentang Ukraine, Felix Brych telah dikecam hebat selepas kantoi berkongsi melanggar standard operating procedure (SOP) di zaman wabak melanda ini.

Felix Brych pengadil dari Jerman dilihat telah berkongsi minuman dengan pemain penyerang Ukraine Yaremchuk ketika rehat untuk minum-minum pada separuh masa pertama.

Dalam video rakaman yang tular itu, Felix Brych dilihat menghulur tangan meminta minuman daripada Yaremchuck.

Warga maya nyata tidak percaya dengan apa yang dilihat oleh mereka ketika siaran langsung perlawanan suku akhir ini. Tenang sahaja pengadil melanggar SOP.

Langkah pencegahan dan keselamatan sepatutnya diambil dan diamalkan oleh pemain dan juga pengadil bagi mengelakkan penularan wabak yang tidak reda selepas setahun lebih melanda.

Ben Chilwell dan Mason Mount antara pemain yang dikuarantin seminggu selepas mereka telah menjadi kontak rapat kepaad Billy Gilmour yang disahkan positif.

Sebelum perlawanan, Felix Brych dan beberapa lagi pegawai perlawanan telah menjadi tular dan menimbulkan kebimbangan dikalangan penyokong England.

Ini kerana untuk perlawanan suku akhir England menentang Ukraine majoriti pegawai perlawanan adalah daripada Jerman kecuali pegawai keempat yang berasal dari Sepanyol.

Kebimbangan dan keraguan ini timbul selepas England berjaya membalas dendam ke atas Jerman dalam perlawanan pusingan 16 terbaik dan mara ke suku akhir.

Namun itu sekadar kegemparan awam yang ditimbulkan oleh warga maya kerana Felix Brych merupakan salah seorang pengadil terbaik yang wujud di dunia ketiak ini.

Felix Brych juga merupakan salah seorang pengadil yang paling dipercayai oleh UEFA dan ketegasan Brych dapat dilihat dalam perlawanan Portgugal menentang Belgium.

Lima pemain telah dilayangkan kad kuning tanpa sempat mengelipkan mata. Takda masa nak sembang, buat salah mendapat la kau.

Ukraine ditendang keluar dengan mudah oleh England untuk mara ke separuh akhir dan tiada keputusan berat sebelah atau kontroversi dari Brych dan rakan-rakan dalam perlawanan ini melainkan kes kantoi botol minuman sahaja.

Ukraine 0-4 England

Sepanyol, Itali dan Denmark sudah pun mengesahkan temapt mereka ke separuh akhir, pemenang perlawanan England vs Ukraine akan melengkapkan semi finalis EURO 2020.

Di atas kertas dalam apa jua kejohanan jika ada England, sudah pasti skuad Tiga Singa ini akan menjadi pilihan untuk bergelar juara walaupun sudah lama suram dari kejuaraan.

Ukraine yang kini dibimbing Andriy Shevchenko mencipta kejutan besar mara ke suku akhir dan merupakan pencapaian terbaik dalam sejarah bola sepak Ukraine di Euro.

Formula yang diterapkan Shevchenko dengan gabungan pemain muda dan lama serta permainan serangan balas pantas menjadi buat Ukraine dengan kapasiti pemain yang ada.

England bermula garang dan sudah berada di depan seawal minit ke-4 perlawanan melalui Harry Kane dan paling ajaib, Raheem Sterling boleh membuat assist.

Gol awal England ini terus menjadikan permainan bosan seperti England yang kau kenali.

Selepas setengah jam permainan, Ukraine masih lagi gagal untuk menerobos bahagian pertahanan England yang seperti selesa dengan kelebihan satu gol.

Tyrone Mings dan Harry Maguire masih tenang berbual apa nak di masak di musim PKPKD ini dan mudah mematahkan sebarang usaha Ukraine.

Rembatan penuh berseni Declan Rice telah dinafikan dengan tindak balas pantas penjaga gol Ukraine, George Buschan yang berjaya membuat tepisan.

Pada penghujung separuh masa pertama Ukraine mula mendapat rentak dan mula mendapat ruang untuk mencipta peluang memecah masuk kubu England.

Bahagian pertahanan England mula goyah dan barai dengan berberapa kecuaian ditunjukkan namun masih lagi tidak dihukum dengan gol penyamaan.

England perlu mencari gol tambahan awal pada awal babak kedua untuk terus membunuh perlawanan dan Ukraine perlu menyamakan kedudukan jika mahu terus bersaing.

Seminit permainan bersambung, lambungan daripada sepakan percuma Luke Shaw disudahkan dengan tandukan tajam daripada Harry Maguire.

Ukraine makin tertekan dan England semakin yakin. Pelawanan seakan sudah tamat buat Ukraine yang ternyata bukan lawan England.

Pada minit ke-50, Luke Shaw datang lagi dengan satu hantaran lintang sedap yang terus disambar dengan sundulan dari Harry Kane.

Gol kedua daripada Harry Kane dalam perlawanan ini. Jika disuap dengan baik maka Kane akan terus bertukar menjadi mesin gol.

Declan Rice direhatkan dan Jordan Henderson dimasukkan jika tidak ada peminat sebuah kelab tu bising.

Pada minit ke-60, Harry Kane hampir mencipta hatrik dengan satu voli deras yang sekali lagi dihalang oleh George Buschan untuk sepakan penjuru.

Mason Mount mengambil sepakan penjuru dan bola mencari kepala Jordan Henderson dan satu lagi tandukan untuk gol keempat England.

Gol pertama Jordan Henderson untuk England selepas 62 penampilan. Pemain yang tidak menyumbang untuk negara dan pernah melakukan perkara bodoh merebut sepakan penalti dalam perlawanan persahabatan.

Selepas mendahului empat gol, Gareth Southgate melakukan tiga pertukaran serentak pada minit ke-65.

Luke Shaw, Raheem Sterling dan Kalvin Phillips dikeluarkan, Kieran Trippier, Marcus Rashford dan Jude Bellingham diberikan peluang beraksi.

Para pemain England mula ghairah untuk terus menambah jaringan dan nyaris dihukum dengan bola gelembung buaya Ukraine.

Jordan Pickford cuba melakukan aksi kelakar namun tidak berhasil apabila Yaremchuk gagal menghukum miskick dari penjaga gol England itu.

Pada minit ke-73, Gareth Southgate melakukan pertukaran terakhir memasukkan Dominic Calvert-Lewin dan Harry Kane dikeluarkan.

Percubaan terbaik Ukraine akhirnya hadir dengan rembatan jarak jauh Evgen Makarenko namun berjaya dihadang oleh Jordan Pickford.

Baki 15 permainan menyaksikan dunia disajikan dengan permainan paling membosankan dengan England hanya berlenggang patah-patah dan berpoco-poco.

England menepati ramalan dan menukar nasib mereka yang berada di laluan sukar pada awalnya, dengan tumbangnya Jerman laluan mudah untuk England ke final.

Bertemu Ukraine menjadi perlawanan sangat mudah buat Southgate di mana Ukraine telah dineutralkan dan dijinakkan tanpa mampu memberi sebarang tentangan.

Ukraine: Bushchan, Zabarnyi, Kryvtsov, Matviyenko, Karavayev, Sydorchuk, Shaparenko, Zinchenko, Mykolenko, Yarmolenko, Yaremchuk.

Subs: Sobol, Sudakov, Stepanenko, Marlos, Pyatov, Makarenko, Tsygankov, Bezus, Zubkov, Trubin, Tymchyk, Dovbyk.

England: Pickford, Walker, Stones, Maguire, Shaw, Phillips, Rice, Sancho, Mount, Sterling, Kane.

Subs: Grealish, Henderson, Rashford, Trippier, Ramsdale, Mings, Coady, Calvert-Lewin, Foden, Chilwell, Johnstone, Bellingham.

Referee: Felix Brych (Germany).

BACA:Β  Lima Pemain Perancis Yang Paling Sendu Di EURO 2020