Pemain Terbaik Sepanjang Zaman Manchester United Pilihan Alex Ferguson

Sir Alex Ferguson mendedahkan bahawa Denis Irwin merupakan pemain yang tidak perlu dipertikaikan untuk menjadi pemain kesebelasan terbaik sepanjang zaman Manchester United.

Legenda berusia 54 tahun itu melalui karier 12 tahun yang cemerlang di Old Trafford dan beliau turut dianggap sebagai salah seorang left-backs terbaik dalam sejarah premier league.

Bekas pengurus berusia 78 tahun itu mengakui bahawa sukar untuk beliau memilih kesebelasan terbaiknya dikalangan pemain Manchester United yang dibanjiri bintang berkelas dunia.

Tetapi, menurut legenda terhebat, Sir Alex Ferguson, hanya Irwin yang akan pasti berada dalam kesebelasan terbaik setan merah dan antara yang terbaik pernah diurus olehnya.

Pada tahun 2013, dalam satu sesi soal jawab, Ferguson pernah menjelaskan bahawa :

“Orang bertanya siapa pemain terbaik sepanjang zaman dalam kalangan bintang United. Ia sesuatu yang sukar untuk dijawab.”

“Kamu boleh lihat penyerang yang saya ada, bermula dari Brian McClair, Mark Hughes, Andy Cole, Eric Cantona, Ruud Van Nistelrooy, Louis Saha, Ole Gunnar Solskjaer, Dwight Yorke, Teddy Sheringham.”

“Kemudian muncul bintang-bintang seperti Wayne Rooney, Robin Van Persie, Chicarito Javier Hernandez. Bagaimana saya nak memilih yang terbaik? Adakah saya perlu memilih Cantona? Atau siapa?”

“bahagian midfield mungkin sedikit mudah kerana kita ada Roy Keane, Bryan Robson dan Paul Scholes mereka semua pemain yang handal.”

“Kita juga ada David Beckham, Cristiano Ronaldo dan Ryan Giggs. Mereka semua antara midfield terbaik yang setan merah pernah miliki.”

“Tetapi secara jujurnya saya akan katakan bahawa Denis Irwin akan menjadi pemain pilihan untuk kesebelasan terbaik United. Saya menilai dia lapan dari sepuluh.”

Ferguson dalam biographynya pada 2013, beliau menganggap Irwin seorang pemain yang

Ferguson memuji Irwin dalam biografinya pada tahun 2013 dan mengatakan bahawa Irwin seorang yang “cepat dan lincah” serta mengakui bahawa Irwin juga adalah jenis pemain yang tidak akan “mengecewakanmu”.

Alex Ferguson menulis dalam Autobiographynya :

“Sekarang saya sudah ada pemain yang hebat, Denis Irwin.”

” Kami selalu memanggil dia lapan dan sepuluh Dennis. Seorang yang sangat pantas dan lincah, cepat berfikir. Tidak akan pernah mengecewakan kamu. Tidak pernah ada publisiti buruk yang pernah dilakukan olehnya.”

Irwin meninggalkan Old Trafford pada tahun 2002, beliau kemudian menghabiskan dua musim bersama Wolves lalu mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak pada tahun 2004.

BACA:  Sir Alex Ferguson Dedah Pemain Terhebat Pernah Beliau Kendalikan