Peminat Bengang, Kevin De Bruyne Terselamat Dari Layangan Kad Merah

Para peminat menghentam keputusan pengadil perlawanan yang mengadili aksi Manchester City bertemu Paris Saint Germain, kerana tidak melayangkan kad merah kepada Kevin De Bruyne.

Ramai yang yakin dan percaya Kevin De Bruyne seharusnya dilayangkan kad merah atas terjahan keras yang beliau lakukan ke atas Idrissa Gueye pada aksi babak pertama permainan.

Bekas pemain midfield Everton, Gueye yang dilayangkan kad merah ketika aksi bertemu Manchester City dalam saingan Champions League musim lalu itu, telah berjaya merobek gawang Ederson seawal minit ke-8 permainan.

Ia merupakan gol pertama beliau dalam saingan peringkat Eropah dan lebih manis lagi, beliau berjaya menjaringkan gol tersebut ketika bertemu finalis musim lalu, Manchester City.

Walau bagaimanapun, pada minit-minit akhir aksi babak pertama permainan, pemain kebangsaan Senegal itu telah diterjah oleh Kevin De Bruyne.

Ia merupakan terjahan yang agak keras dan boleh mengundang kecederaan parah kepada Gueye yang dilihat menjerit kesakitan sambil memegang kakinya.

Pemain kebangsaan Belgium itu tidak dinafikan melakukan terjahan tersebut untuk mencari bola, namun selepas memenangi bola, kaki beliau sebenarnya menerjah kaki Gueye.

Terjahan itu bukanlah terjahan biasa, sebaliknya ia sangat bahaya dan sebenarnya boleh mengundang kecederaan parah kepada bintang PSG itu.

Apa yang mengejutkan para peminat adalah, pengadil perlawanan sekadar melayangkan kad kuning sahaja kepada Kevin De Bruyne atas terjahan merbahaya itu.

Walaupun pengadil sudah merujuk VAR, De Bruyne tetap terselamat dari dilayangkan dengan layangan kad merah.

Hal itu telah mengundang rasa tidak senang dan kemarahan para peminat kerana merasakan ada double standard dalam mutu pengadilan UEFA.

Beberapa minggu sebelum ini, Aaron Wan Bissaka telah dilayangkan dengan layangan kad merah ketika aksi Manchester United bertemu Young Boys.

Beliau dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan yang hampir sama seperti yang dilakukan oleh Kevin de Bruyne.

Manchester United terpaksa bermain dengan 10 orang pemain dan akur dengan kekalahan 2-1 di tangan Young Boys dalam perlawanan tersebut.

Gueye tidak dinafikan lagi sememangnya antara pemain paling berprestasi sepanjang 45 minit pertama permainan.

Ketika terkena terjahan tersebut, beliau sepertinya bakal dikeluarkan dengan Gini Wijnaldum dilihat sudah bersedia untuk di bawa masuk.

Walau bagaimanapun, beliau berjaya untuk kembali masuk beraksi, selepas menerima rawatan di tepi padang, sebelum dikeluarkan pada penghujung aksi permainan.

Pada aksi babak kedua permainan, Paris Saint Germain berjaya menggandakan kedudukan menerusi Lionel Messi, seterusnya mengesahkan kemenangan 2-0 mereka menewaskan Manchester City.

Skuad kendalian Pep Guardiola sebenarnya lebih dominan dalam perlawanan ini, namun ketumpulan jentera serangan menyebabkan mereka gagal menjaringkan gol.

Tugas berat menanti mereka selepas ini, dengan Manchester City akan kembali beraksi dalam saingan Premier League untuk bertemu Liverpool.

Adakah Kevin De Bruyne selayaknya dilayangkan dengan layangan kad merah? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Al Nassr Sudah Hubungi Ejen Kevin De Bruyne