Peminat Bingung Mengapa Arsenal Terlalu Dungu Lepaskan Pemain Di Waktu Mereka Tak Cukup Pemain

Arsenal telah melepaskan pemain kepada Udinese sebagai pemain pinjaman 24 jam sahaja selepas perlawanan mereka bertemu Tottenham Hotspur ditangguhkan.

Apa yang lebih menarik lagi, mereka meminta agar perlawanan bertemu Spurs ditangguhkan kerana kekurangan pemain, dan sebaik permohonan mereka diterima, Gunners terus melepaskan seorang pemain.

Diorang sebenarnya kekurangan pemain atau ada lebihan pemain? Atau lepaskan seorang lagi supaya boleh minta tangguh perlawanan lagi?

Para peminat benar-benar bengang dan tak gembira dengan cara Arsenal meminta agar perlawanan mereka ditangguhkan kepada Premier League.

Hal ini kerana mereka hanya ada satu kes positif C0V-19 sahaja dan mereka meminta penangguhan dengan memasukkan sekali masalah pemain yang dipinjamkan.

Gary Neville sendiri tidak gembira dengan keputusan itu dan turut berharap agar Premier League tidak lagi membenarkan pasukan meminta penangguhan.

Arsenal sebelum ini meminta tangguh perlawanan kerana mereka kehilangan dua pemain, Maitland Niles dan Florian Balogun yang dihantar ke pasukan lain sebagai pemain pinjaman.

Memandangkan kes positif C0V-19, kes pemain cedera dan ditambah ada pemain dipinjamkan maka mereka menganggap yang mereka tak cukup pemain untuk berdepan dengan Spurs.

Kini, sehari selepas aksi North London Derby ditangguhkan, Arsenal telah menghantar pemain centre-back, Pablo Mari untuk menyertai Udinese sehingga akhir musim sebagai pemain pinjaman.

Hal itu telah disahkan sendiri oleh Fabrizio Romano dan kerana manusia paling jujur yang mengeluarkan berita itu maka ia dipercayai 100 peratus benar.

Para peminat percaya yang Arsenal sememangnya melepaskan Mari mengikut apa yang didakwa oleh Fabrizio Romano itu.

Sudah tentu hal ini tidak diterima dengan baik oleh para peminat dengan mereka menghentam teruk Arsenal kerana melakukan hal ini.

“Adakah ini akan dijadikan alasan seterusnya untuk tangguh perlawanan lagi? Mereka tak cukup pemain tapi pada masa sama boleh lepaskan pemain.”

“Micah Richards kata Arsenal tak buat salah, semua pasukan akan lakukan hal sama jika mereka kekurangan pemain, tapi saya rasa tak ada pasukan bodoh yang akan lepaskan pemain ketika mereka tak cukup pemain.”

“Sekarang saya semakin keliru, adakah mereka minta tangguh kerana kurang pemain atau terlebih pemain yang didaftarkan? Apa yang berlaku sebenarnya ni?”

“Sehari sahaja selepas perlawanan mereka ditangguhkan, mereka terus lepaskan Mari, apa sebenarnya cuba Arsenal tunjukkan?”

“Saya rasa Arteta patut pinjamkan lagi beberapa pemain untuk sertai mana-mana pasukan dan mohon sahaja penangguhan selama satu musim kepada Premier League.”

Mari sememangnya bukanlah pilihan utama kelab di bawah kendalian Mikel Arteta, dan mungkin kerana itu jugalah beliau boleh dilepaskan untuk beraksi dalam saingan Serie A.

Pemain berusia 28 tahun itu hanya bermain sebanyak dua perlawanan sahaja dalam saingan Premier League setakat ini.

Beliau sangat berpotensi untuk membuat kemunculan ketiganya pada hujung minggu lalu ketika aksi bertemu Spurs, namun dek kerana kelab sudah awal-awal menganggap beliau tidak wujud, maka perlawanan itu ditangguhkan.

Hal ini menambah lagi pertikaian para peminat tentang kemampuan Arsenal untuk turun beraksi bertemu Liverpool minggu ini, adakah mereka cukup pemain atau tidak.

Setidak-tidaknya satu ke dua pemain yang positif itu tidak akan boleh bermain dan mereka juga ada pemain yang sedang beraksi dalam saingan AFCON di Cameroon.

Granit Xhaka juga tidak boleh bermain dalam perlawanan tersebut nanti, selepas beliau menerima kad merah dalam perlawanan sebelum ini.

Jadi agak bingung sebenarnya memikirkan apa yang cuba dilakukan oleh Arsenal dan sangat wajar untuk melihat mereka teruk dihentam oleh peminat di media sosial pada ketika ini.

Micah Richards merupakan individu yang menyokong tindakan Arsenal dan menganggap skuad kendalian Mikel Arteta itu tidak melakukan apa-apa kesalahan berkait isu ini.

Micah Richards anggap Arsenal tak bersalah

Micah Richards tampil mempertahankan Arsenal selepas The Gunners itu teruk kena nganjing kerana meminta aksi pertemuan bertemu Tottenham Hotspur ditangguhkan.

Arsenal meminta perlawanan tersebut agar ditangguhkan terlebih dahulu kerana mereka tidak mempunyai pemain yang cukup untuk turun beraksi.

The Gunners gagal menurunkan skuad terbaik mereka ketika kejayaan mengikat Liverpool tanpa jaringan di Anfield dalam aksi peringkat separuh akhir pertama saingan Carabao Cup kemarin.

Lebih parah lagi, Granit Xhaka turut dilayangkan kad merah dalam perlawanan tersebut, dan ia jelas akan mengeruhkan lagi keadaan mereka yang sudah sedia maklum kekurangan pemain.

Disebabkan beliau di buang pada kemarin, maka pemain midfield Gunners itu tidak akan boleh diturunkan dalam aksi North London Derby minggu ini.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu kemudiannya meminta kepada Premier League agar menangguhkan perlawanan mereka bertemu Spurs dengan mereka hanya ada satu sahaja kes positif C0V-19.

Spurs jelas sekali tidak gembira dengan keputusan Premier League yang membenarkan Arsenal untuk menangguhkan perlawanan tersebut, dek kerana memikirkan mereka disingkirkan dari kejohanan Europa Conference League atas alasan sama.

Bahkan mereka menganggap satu kes positif sahaja tidak cukup kuat sebenarnya untuk Arsenal meminta perlawanan itu ditangguhkan.

Micah Richards walau bagaimanapun merasakan yang setiap kelab juga akan melakukan hal yang sama seandainya mereka berada di tempat Arsenal.

Bercakap kepada Sky Sports, bekas bintang Manchester City itu menyatakan bahawa Arsenal langsung tidak melakukan sebarang kesalahan dan beliau turut bingung dengan segala kritikan yang dilemparkan kepada skuad Gunners itu.

“Pada pandangan saya, mereka langsung tak buat apa-apa kesalahan. Mari kita jujur dengan diri sendiri, kelab lain juga sudah tentu akan lakukan hal yang sama, ini bukan masalah Arsenal.”

Jelas penyampai Sky Sports itu.

“Semua pasukan dalam saingan Premier League akan pentingkan diri mereka sendiri dan jika mereka terpaksa maka mereka akan berbohong.”

Beberapa kelab lain dalam saingan Premier League turut meminta perlawanan mereka ditangguhkan sejak beberapa bulan lalu.

Bahkan Arsenal sendiri ketika Liverpool meminta untuk menangguhkan perlawanan bertemu mereka sebelum ini, mereka turut tidak gembira dengan hal itu.

Para penyokong mereka tak henti-henti menganjing Liverpool kerana meminta perlawanan tersebut ditangguhkan dan kini mereka menerima nasib yang sama selepas kelab meminta penangguhan perlawanan.

Skuad The Reds bahkan turut dianggap sengaja memalsukan kes positif agar perlawanan tersebut ditangguhkan walau sebenarnya hanya ada satu kes sahaja yang dilaporkan.

Gary Neville sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan yang meminta agar semua perlawanan diteruskan seperti biasa dan berharap tidak ada lagi pasukan yang meminta perlawanan mereka ditangguhkan.

Jamie Carragher turut sama menyokong Gary Neville dan beliau sudah tentu memanfaatkan kesempatan yang ada untuk menganjing penyokong Arsenal.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Premier League 2022/23: Arsenal Kalah Bermaruah 4-1 Di Etihad