Peminat Chelsea hanya mampu menggaru kepala lantaran rasa tidak percaya dengan apa yang dilihat apabila pemain penyerang, Romelu Lukaku gagal menyudahkan peluang yang agak terbuka.
Ketika kejadian Chelsea sudah pun mendahului Crystal Palace dengan dua gol hasil jaringan pemain kelahiran akademi kelab iaitu Ruben Loftus Cheek dan Mason Mount.
Romelu Lukaku terlepas peluang terbaik untuk Chelsea terus membunuh pertahanan apabila tolakan cantik Werner gagal disudahkan Lukaku dengan bola terkena tiang.
A huge chance for Lukaku and Ziyech!#EmiratesFACup pic.twitter.com/T3BrqzOPD0
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) April 17, 2022
Tindakan susulan dari bola muntah itu tiba kepada Hakim Ziyech yang juga gagal. Namun hanya Lukaku sahaja menerima kecaman, Ziyech tenang-tenang saja.
Ramai peminat Chelsea menggaru kepala dengan kegagalan Romelu Lukaku untuk menjaringkan gol dengan satu tolakan mudah ke gawang terbuka.
This is why I'll always choose Timo Werner over Lukaku, let him miss as many goals as possible, his contributions to the team is alone for me.#CHELSEA
— hon_ags (@hon_ags) April 17, 2022
That was just a tap in , Lukaku. I know players miss some chances but this is literally an open net.
— Adébáyọ̀ Àkànjí – Drake ⁶𓅓 (@TheOneBayor) April 17, 2022
Lukaku kembali menyertai Chelsea dengan rekod perpindahan kelab bernilai £97 juta dari Inter Milan di jendela perpindahan musim panas yang lalu.
Sejak itu Lukaku mengalami kesukaran teruk untuk menjaringkan gol sehingga kehilangan tempat sebagai pemain utama di mana Thomas Tuchel lebih gemar menggunakan Kai Havertz, Timo Werner dan Mason Mount.
This is why I'll always choose Timo Werner over Lukaku, let him miss as many goals as possible, his contributions to the team is alone for me.#CHELSEA
— hon_ags (@hon_ags) April 17, 2022
Musim lalu Timo Werner bergelut dengan sentuhan penyudah menjadi bualan kini apa dilalui Lukaku lebih teruk dengan tanda harga sebegitu tinggi dan reputasi agak gah.
Sebenar kebencian peminat Chelsea kepada Lukaku ini bukanlah hanya kerana aksi longlai di padang namun kerana kenyataan bodoh Lukaku yang telah melukakan hati peminat Chelsea.
Lukaku teruk dihentam oleh para peminat selepas beliau meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada pengurus dan kelab secara terbuka dalam temu bual tersebut.
Beliau bukan hanya mengkritik taktikal Tuchel, dengan Lukaku juga sebenarnya turut mendedahkan yang beliau mahu kembali ke San Siro untuk bersama janda lama, Inter Milan.
Romelu Lukaku to @SkySport: "Physically I am fine. But I'm NOT happy with the situation at Chelsea. Tuchel has chosen to play with another system – I won't give up, I'll be professional. I am not happy with the situation but I am professional – and I can't give up now". 🔵 #CFC pic.twitter.com/KGNoJ10cwp
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 30, 2021
Lukaku mendedahkan kepada Sky Sports Italia:
“Secara fizikal saya baik-baik sahaja, bahkan saya rasa lebih baik dari sebelum ini. Selepas dua tahun di Itali, yang mana saya banyak berusaha bersama Inter dan para jurulatih serta pakar pemakanan, secara fizikalnya saya baik-baik sahaja.”
“Tapi saya tak gembira dengan situasi pada ketika ini, ini biasa sahaja. Saya rasa jurulatih sudah memilih untuk bermain dengan sistem lain, saya cuma perlu kuat dan tidak menyerah dan terus berusaha dan jadi lebih profesional.”
“Saya memang tidak gembira dengan situasi, tapi saya seorang yang bekerja keras dan saya perlu kuat dan tidak menyerah.”
Bekas bintang Manchester United dan Everton itu sempat membuat 95 penampilan bersama Inter Milan dan turut menjaringkan 64 gol sepanjang dua musim di San Siro.
Lukaku turut cemerlang membantu Inter Milan menjuarai saingan Serie A di bawah kendalian bekas pengurus Inter, Antonio Conte.
Romelu Lukaku to @SkySport: "I think everything that happened last summer was not supposed to happen like this… how I left Inter, the way I left the club, how I communicated with Inter fans – this bothers me because it was not the right time". 🔵 #CFC @MatteoBarzaghi pic.twitter.com/7QHLeQNsMc
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 30, 2021
Kenyataan tidak berakal Lukaku itu nyata mengundang padah dan memakan diri dan menjadikan beliau sebagai figura dibenci oleh peminat Chelsea dan tidak disenangi oleh peminat Inter Milan.
Ultras Inter Milan, Curva Nord tampil meluahkan rasa tidak gembira mereka dengan kenyataan Lukaku dengan menggantung banner di luar San Siro sebagai jawapan balas.
“Tidak ada masalah siapa yang lari dari hujan, apa yang penting siapa yang kekal dalam ribut.”
“Bye Romelu.”
Lukaku in August: "I want to finish my career at Chelsea"
Lukaku in December: "I want to return to Inter Milan"
This is why I have trust issues… pic.twitter.com/E2v1Nb28dm
— Football Trolls (@FootballlTrolls) December 31, 2021
Sedar akan kebodohan diri sendiri dan mula dibenci peminat Chelsea dan juga Inter Milan, Lukaku membuat permohonan maaf kepada peminat Chelsea mungkin sedar masa depannya sudah gelap.
Chelsea tidak mungkin akan melepaskan Lukaku begitu saja £97 juta dan apa yang pasti tidak akan ada kelab yang mahukan Lukaku dengan prestasinya yang buruk ketika ini.
Sejak itu selepas didenda £500,000 oleh Chelsea, Lukaku jarang diberikan tempat untuk beraksi dan kerap masuk dari bangku simpanan termasuklah di separuh akhir Piala FA menentang Crustal Palace.
Kerana mulut badan binasa dan makan gaji buta.
Chelsea 2-0 Crystal Palace
Liverpool telah mengesahkan tempat sebagai finalis Piala FA musim 2021/22, perlawanan separuh akhir kedua antara Chelsea dan Crystal Palace medan untuk kedua-dua pasukan merebut satu lagi slot akhir.
Agak kental laluan Liverpool kerana bertemu Manchester City yang tiba-tiba bangkit disaat akhir jika hendak dibandingkan dengan lawan Chelsea iaitu Crystal Palace je pun.
Laluan agak mudah dan jika pasukan gergasi bertemu pasukan bawahan sudah pasti akan menjadi agak hambar dengan permainan bertahan gila-gila pasukan seperti Crystal Palace.
Sebelum perlawanan Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mengakui bahawa dia sendiri yang menghalang Conor Gallagher daripada beraksi menentang pasukan asalnya Chelsea dalam aksi separuh akhir Piala FA.
🗣 "I apologised because I know how competitive he is."
Chelsea boss Thomas Tuchel says he can understand Conor Gallagher's disappointment at having to miss the FA Cup semi-final this weekend. pic.twitter.com/0vu1DmqaaQ
— Sky Sports News (@SkySportsNews) April 15, 2022
Conor Gallagher merupakan pemain pinjaman Crystal Palace dari Chelsea. Beliau menjadi nadi penting untuk Crystal Palace sepanjang musim ini dan membantu Palace sampai ke separuh akhir Piala FA.
Gallagher malah menjadi mesin gol untuk Crystal Palace dan aksi cemerlang ini membolehkan Gallagher mendapat dari panggilan skuad kebangsaan England.
Chelsea membuktikan kehebatan dan ramalan awal apabila mudah menundukkan Crystal Palace dengan dua gol tanpa balas.
This dive from Kai Havertz 😅 pic.twitter.com/QBzrN0a17k
— Pulse Sports Nigeria (@PulseSportsNG) April 17, 2022
Pada minit ke-38 menyaksikan Kai Havertz telah melakukan simulasi dan telah dilayangkan kad kuning, itulah antara aksi menarik disepanjang 45 minit pertama.
Jamie O’Hara berpendapat bahawa pengadil perlawanan, Anthony Taylor sepatutnya melayangkan kad merah kepada Kai Havertz kerana sengaja merebahkan badan.
“Satu terjunan yang mengejutkan.” Ujar Jamie O’Hara.
"I would have sent him off!" 😡
Jamie O'Hara was NOT happy with Kai Havertz after the Chelsea man was booked for diving. pic.twitter.com/jvgNzDM0Ej
— Sky Sports News (@SkySportsNews) April 17, 2022
Permainan bertahan Crystal Palace nyata memberi masalah kepada Chelsea terutamanya di separuh masa pertama dan berjaya mengekang segala asakan Chelsea.
Apa yang direncanakan oleh Patrick Vieira berhasil dengan permainan bertahan dan menunggu masa serta peluang untuk melancarkan serangan balas.
Dibabak kedua menyaksikan kualiti pemain menjadi pemisah selepas berhempas pulas selepas sejam perlawanan untuk mencari gol pembukaan.
Pada minit ke-65, Ruben Loftus Cheek berjaya memecahkan kebuntuan dengan satu rembatan padu yang berjaya menewaskan penajga gol Crystal Palace, Jack Butland.
59/56 – Ruben Loftus-Cheek has scored his first goal since netting for Fulham against Everton in the Premier League in November 2020; Loftus-Cheek was on a run of 59 games and 56 shots without scoring. Stage. pic.twitter.com/Jnx0l747fJ
— OptaJoe (@OptaJoe) April 17, 2022
Gol berpunca dari kesilapan pemain Crystal Palace yang kehilangan bola dikawasan sendiri membolehkan Kai Havertz membuat hantaran yang pada mulanya kelihatan gagal namun bola mencari Ruben Loftus Cheek.
Dengan Chelsea berada dihadapan tidak membenarkan Crystal Palace untuk berterusan bertahan dan perlu mencari gol penyamaan sekaligus membuka lebih ruang kepada Chelsea.
Mason Mount menggandakan kedudukan 11 minit selepas gol pertama selepas saling bertukar hantaran dengan Timo Werner yang semakin menemui sentuhan.
Lorongan cantin Werner terus disusuli dengan penyudah yang setenang air dikali dari Mason Mount.
2 – In Ruben Loftus-Cheek and Mason Mount, two Englishmen have scored in the same game for Chelsea at Wembley for the first time since the 1970 FA Cup final vs Leeds (Peter Houseman and Ian Hutchinson). Arch. pic.twitter.com/KEnBFm52BF
— OptaJoe (@OptaJoe) April 17, 2022
Crystal Palace mempunyai peluang terbaik untuk merapatkan jurang dari sepakan penjuru namun sundulan Joachim Andersen yang langsung tidak dikawal tinggi melepasi palang.
Romelu Lukaku terlepas peluang terbaik untuk Chelsea terus membunuh pertahanan apabila tolakan cantik Werner gagal disudahkan Lukaku dengan bola terkena tiang dan tindakan susulan Ziyech juga gagal.
Tiada apa yang mampu dilakukan Crystal Palace yang mati kutu dipadang dan Chelsea berjaya mara ke final bertemu Liverpool.
Kesebelasan Utama Chelsea (3-4-1-2) Mendy; Azpilicueta, Christensen, Rudiger; James, Jorginho, Kovacic, Alonso; Mount; Havertz, Werner.
Pemain Simpanan: Arrizabalaga, Thiago Silva, Sarr, Kante, Loftus-Cheek, Saul, Pulisic, Ziyech, Lukaku.
Kesebelasan Utama Crystal Palace (4-3-3) Butland; Ward, Andersen, Guehi, Mitchell; McArthur, Kouyate, Schlupp; Zaha, Mateta, Eze.
Pemain Simpanan: Guaita, Clyne, Kelly, Tomkins, Milivojevic, Olise, Ayew, Edouard, Benteke.
Pengadil Perlawanan: Anthony Taylor.