Rakitic Troll Lukaku dan Mahu Belanja Bercuti Ke Croatia Sebulan

rakitic lukaku

Bekas pemain tengah Croatia, Ivan Rakitic nyata tidak dapat membendung kegembiraan apabila Croatia telah layak ke pusingan 16 terakhir dan Romelu Lukaku telah menjadi mangsa troll.

Ivan Rakitic sangat berterima kasih kepada Lukaku dan mahu belanja Lukaku bercuti selama sebulan kerana tidak menjaringkan gol dengan deretan peluang yang terbuka.

Persembahan Lukaku dalam perlawanan Belgium yang memerlukan kemenangan menentang Croatia mengundang tawa ddan juga simpati lantaran kegagalannya itu.

Tidak terkecuali Ivan Rakitic yang turut sama meraikan kejayaan Croatia itu dan berpeluang mengulangi prestasi Piala Dunia 2018 selaku finalis.

Pemain berusia 34 tahun itu, yang bersara daripada bola sepak antarabangsa pada 2020 selepas membuat 106 penampilan untuk pasukan kebangsaan, menggunakan Instagram untuk membuat suaranya didengari.

“Jom Lukaku! Kita kena bayar sebulan dia bercuti di Split. Jom!”

Split ialah bandar kedua terbesar di Croatia yang merupakan hab pengangkutan intraregional dan destinasi pelancongan popular, bandar ini dihubungkan dengan pulau Adriatik dan Semenanjung Apennine.

Kemudian, selepas menjemput penyerang Chelsea itu ke tanah airnya, Rakitic menamatkan video tersebut dengan meniup ciuman ke arah kamera. Rakitic sememangnya telah menabur garam ke luka di hati Lukaku.

Sementara itu, bekas rakan sepasukan Lukaku di Inter Milan, Ivan Perisic, cuba menenangkan Lukaku selepas wisel sepenuh masa dibunyikan dengan meluangkan sedikit masa bersama.

“Saya bersamanya selama dua atau tiga minit selepas perlawanan,” katanya kepada FIFA+.

“Ini adalah bola sepak, sebaik sahaja anda menjaringkan gol, lain kali anda terlepas. Dia seorang pemain yang sangat kuat. Sekarang saya harap dia boleh memenangi sebanyak mungkin trofi dengan jersi Inter.”

“Bagi kami perkara paling penting ialah melepasi kumpulan. Kami bermain dengan baik, begitu juga mereka. Tetapi saya fikir, memandangkan tiga perlawanan, kami layak untuk mara dalam Piala Dunia ini.”

Piala Dunia 2022 pasti menjadi mimpi ngeri buat Lukaku yang menjadi antara punca utama Belgium gagal lepas peringkat kumpulan disamping krisis dalam pasukan yang dicetuskan oleh Kevin De Bruyne.

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan terikat seri tanpa jaringan dan bersambung permainan Belgium menggila dan mengasak kubu Croatia dan Lukaku masuk menggantikan Dries Mertens.

Impak segera tampak dengan kehadiran Lukaku membawa petanda positif kecuali jaringan gol. Lukaku dengan mudah boleh menjaringkan hatrik dari 5 peluang terbaik yang dimiliki tapi Lukaku tetap Lukaku.

Kegagalan pertama itu menjadi pemula kepada kesilapannya pada babak kedua yang mengerikan bagi mana-mana pemain dalam perlawanan getir.

Tidak lama selepas dia menanduk melepasi palang dari jarak enam ela dengan gol ternganga – walaupun gol, jaringan itu tidak akan dikira kerana hantaran lintang Kevin De Bruyne telah keluar dari permainan.

Pemain berusia 29 tahun itu kemudian melakukan percubaan meliar dari jarak empat ela apabila bola tiba-tiba datang kepadanya dengan pantas.

Kemudian kesilapan terbesar datang dari hantaran lintang Thorgan Hazard yang menghantar ke tiang jauh menemui lagi Lukaku dari jarak tiga ela ketika gawang terbuka.

Namun Lukaku memilih untuk mengawal dahulu bola dengan dada dan tidak terus melakukan first timer, sentuhan pertamanya telah memberi peluang kepada Croatia menutup ruang.

Tidak dapat dinafikan lagi bola sangat mesra dengan Lukaku dalam perlawanan ini, yang menunjukkan dia berada dalam posisi terbaik dan nalurinya sebagai seorang penyerang sangat tajam

Semuanya baik buat Lukaku kecuali sentuhan penyudah dan mungkin kerana baru pulih dari kecederaan menjadi faktor kenapa Lukaku gagal pamerkan penyudah.

Selepas perlawanan juga jelas dapat dilihat Lukaku, nyata tidak dapat menahan dan mengawal emosinya selepas gagal membantu Belgium mara dengan membazirkan beberapa deretan peluang yang tidak masuk akal.

Lukaku telah menumbuk cermin bangku simpanan sehingga pecah sebelum berlalu pergi ke bilik persalinan dengan air mata yang berderai.

BACA:  Penyokong Juventus Nyanyi 'Kami Tidak Mahukan Lukaku' Secara Berjemaah