Peminat England Berbaris Untuk Meminta Maaf Kepada Southgate Kerana Meraguinya Sebelum Ini

Sebagai manusia biasa, memang sukar untuk menggembirakan hati semua pihak sepanjang masa, hidup sememangnya sentiasa dipenuhi dengan kritikan dan pujian untuk bantu seseorang pergi lebih jauh dalam kehidupannya.

Begitu juga dengan pengurus England, Gareth Southgate yang teruk dikritik oleh pelbagai pihak yang meragui kemampuan dan kebolehan beliau.

Namun begitu, kebanyakkan penyokong England kini sedang beratur berbaris untuk meminta maaf pada Southgate kerana pernah meragui beliau sebelum ini.

Pengurus England itu baru sahaja berjaya untuk membawa skuad The Three Lions untuk mara ke peringkat separuh akhir saingan Euro 2020.

Namun dari awal mula kejohanan ini, beliau telah menerima pelbagai kritikan dari pelbagai pihak baik dari segi taktikal, pemilihan pemain dan macam-macam lagi hal yang diragukan.

Selepas mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan bertemu Scotland, Southgate menerima kecaman yang lebih teruk dan sangat dasyat dari kalangan para peminat.

Walau bagaimanapun, selepas kejayaan mereka menewaskan Jerman di pusingan 16 terbaik sebelum ini, dan ditambah pula dengan kemenangan 4-0 menewaskan Ukraine di peringkat separuh akhir, beliau telah dibanjiri dengan pujian.

Kesemua pengkritik beliau seakan menjilat ludah sendiri dengan tidak henti-henti memuji Southgate atas kejayaan beliau membawa The Three Lions ke peringkat separuh akhir.

“Saya sendiri pada awalnya meragui keputusan Southgate, saya rasa dia tak ada jiwa untuk mengurus England, tapi saya silap. Dia sebenarnya bijak dan dia tahu apa dia buat.”

“Malu untuk saya akui, saya antara orang yang paling meragui dia, tapi ternyata dia adalah individu yang berjaya bawa kita sampai ke peringkat separuh akhir, dan mungkin bergelar Juara.”

“Southgate sebenarnya bawa impian dan harapan rakyat England, dia tahu apa dia buat, sebagai wakil peminat England, saya akan meminta maaf kerana meragui dia.”

“Orang yang paling teruk dikecam, tapi dia juga akan bawakan Piala pertama kita sejak 55 tahun lalu ke bumi England. Semua orang harus minta maaf padanya.”

Southgate dengan yakinnya menyuruh para peminat England untuk berpesta meraikan kejayaan mereka menewaskan Ukraine sebelum ini.

“Saya tahu apa yang akan berlaku di England dan itu sangat hebat, beers di tangan, di angkat ke udara.”

Jelas Southgate.

“Mereka seharusnya melakukan itu, mereka harus menikmati kejayaan ini. Berpesta lah dengan meriah, tapi ikutlah peraturan.”

“Ia merupakan tahun yang panjang untuk semua orang. Saya gembira kerana kemenangan ini akan membawa kegembiraan kepada semua orang.”

“Ia satu kebanggaan untuk negara. Peringkat separuh akhir di Wembley, semua orang sudah tidak sabar untuk menanti itu.”

“Tapi kami mahu terus melangkah lebih jauh, dua perlawanan lagi untuk bergelar Juara.”

England akan bertemu Denmark selepas ini di peringkat separuh akhir pada hari Rabu nanti, dan pemenang dalam perlawanan itu akan berdepan dengan Sepanyol atau Itali yang akan dipertemukan sehari sebelumnya.

Ketua pasukan Harry Kane berjaya menjaringkan dua gol ketika bertemu Ukraine dan gol pertama beliau dalam kejohanan ini adalah ketika aksi bertemu Jerman di pusingan 16 terbaik.

“Persembahan yang menakjubkan dalam perlawanan yang besar.”

Jelasnya.

“Kami merupakan pasukan pilihan. Memang banyak tekanan dan pengharapan dari peminat. Persembahan kami berada di tahap terbaik. Satu lagi keputusan clean sheet, empat gol berjaya dijaringkan. Ia merupakan malam yang sempurna untuk kami.”

“Sekarang adalah waktu untuk kami beri tumpuan pada perlawanan seterusnya, kami perlu beri tumpuan kepada perlawanan pada hari Rabu nanti.”

“Tugas kami masih belum selesai. Masih banyak perlawanan yang perlu diharungi.”

Hebatnya England, mereka ketika ini merupakan satu-satunya pasukan yang masih belum dibolosi dalam saingan Euro 2020.

Southgate yang semakin disayangi

Ia berjaya menyamai rekod yang dicipta oleh Sepanyol pada Euro 2012 yang mencipta 5 clean sheet dari lima perlawanan peringkat kumpulan.

Tidak dinafikan barisan pertahanan England ketika ini sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka dan ditambah pula dengan Pickford yang turut berada di tahap prestasinya yang terbaik.

Denmark merupakan pasukan underdog pilihan yang mungkin akan membuat kejutan di kejohanan kali ini, dengan kebangkitan prestasi mereka yang luar biasa mengagumkan.

Rakyat England kini mula mempercayai Southgate

Mereka bermula dengan agak perlahan di peringkat kumpulan, namun dalam tiga perlawanan terakhir ini, Denmark cemerlang menjaringkan 10 gol hingga mara ke peringkat separuh akhir.

10 gol itu pula berjaya dijaringkan oleh tujuh pemain yang berbeza, jadi ia jelas membuktikan Denmark merupakan pasukan yang merbahaya pada ketika ini.

Pasukan yang banyak menjaringkan gol, akan berdepan dengan pasukan yang masih belum dibolosi. Ia tentunya akan menyajikan aksi persembahan yang mantap dan menakjubkan.

Sumber: SB

BACA:  Gareth Southgate Ditawarkan Lanjutan Kontrak Untuk Terus Mengurus England