Peminat Kelab Lain Mengekek Ketawa Dengar Analisis Peminat Arsenal Tentang Gabriel Jesus

Peminat bola sepak selain peminat Arsenal tak tahan lagi untuk bergelak dengan analisis yang dianggap tipikal Arsenal. Di mana mereka sentiasa hype lebih pemain yang akan menyertai mereka dengan pujian yang bukan bukan.

Arsenal dikaitkan dengan Gabriel Jesus. Di mana penyerang antarabangsa Brazil itu sudah menyatakan bahawa dia mahu menyertai Mikel Arteta.

Gabriel Jesus menjadi sasaran utama Mikel Arteta kerana Arsenal terdesak mahukan penyerang baharu.

Arsenal sudah lama tidak beraksi di UCL. Musim lalu mereka hampir melayakkan diri namun terkandas pada minggu minggu terakhir.

Arteta sudah sedia untuk memperkasakan lagi pasukannya agar mereka kembali semula ke UCL.

Ternyata UCL sudah hilang serinya tanpa pasukan legenda seperti Arsenal di dalamnya. Pasukan yang sarat dengan sejarah malam eropah yang dikenang oleh peminat.

Stim mendengar berita perpindahan itu, AFTV memuat naik analisis bahawa, mereka bakal menyaksikan penyerang yang akan menjaringkan lebih 20 gol semusim.

Ini selepas kali terakhir mereka menyaksikan aksi penyerang 20 gol semusim adalah pada Pierre Emerick Aubameyang.

Peminat Arsenal teruja dengan analisis tersebut. Namun peminat pasukan lain pula menganggap ianya slot kelakar.

Sebagai rekod, Gabriel Jesus sudah lama bermain di City. Bermain dengan playmaker terbaik di sana. Namun dia tak pernah menjaringkan lebih 14 gol semusim dalam liga.

Eismear berkata: “Ape bende ni hanat!”

Abuja berkata: “Penyerang yang cuma mampu menjadi penyerang simpanan je untuk pasukan yang tiada penyerang tulem.”

“Pemain yang rekod gol terbaiknya cumalah 14 je bermain dengan pemain seperti Kevin De Bruyne, Riyad Mahrez dan Bernardo Silva, kita ni bahan jenaka.”

Apa sahaja alasannya, peminat Arsenal mempertahankan pemain itu, dan menyatakan bahawa Jesus akan dengan mudah menjaringkan 20 gol jika dia bermain lebih banyak perlawanan di Arsenal berbanding di Man City.

Penyokong City ini cuba mengaburi peminat Arsenal agar mereka jangan percaya kata orang. Kerana Gabriel Jesus sudah beberapa kali skor lebih 20 gol semusim. Ini semua helah dia untuk memastikan Arsenal yakin mereka membayar GBP50 juta untuk pemain yang tepat.

Gabriel Jesus menarik minat daripada kelab lain. Tetapi dia hanya mahukan Arsenal.

Gabriel Jesus sanggup melupakan UCL demi mengejar minit perlawanan. Di Arsenal dia dijanjikan tempat sebagai pemain utama. Selepas Alexandre Lacazette meninggalkan kelab tersebut.

Gabriel Jesus mencari minit perlawanan kerana dia mahu beraksi bersama Brazil dalam Piala Dunia 2022 yang akan datang. Di mana ketika ini dalam skuad Selecao, sangat penuh dengan persaingan ketat.

Pemain Brazil yang kurang minit perlawanan dilihat tiada harapan untuk bermain dalam pasukan kebangsaan kecuali rakyat Brazil bernama De Paula yang kini bersama Malaysia. Dia tak main seminit haram pun tetap dipanggil ke pasukan kebangsaaan. Itulah kehebatan insan bernama Zulhilmi De Paula. Menjadi rakyat Brazil pertama berjaya meyakinkan FAM bahawa dia adalah penyelamat bola sepak Malaysia lalu diberikan IC kepadanya agar memudahkannya membeli ron 95 tanpa ragu.

Arsenal cuma ada seorang penyerang tulen iaitu Eddie Nketiah. Pemain yang baru menandatangani kontrak jangka masa panjang.

Nketiah diberikan jersi no.14 yang merupakan jersi ikonik Thierry Henry. Penyokong Arsenal yakin pemain itu akan mengikut jejak langkah legenda seperti Henry dan Walcott yang pernah menggunakan jersi itu.

Arsenal juga dikaitkan dengan pemain lain seperti Raphinha dan Lisandro Martinez. Sebelum ini The Gunners sudah mengesahkan Fabio Vieira sebagai pemain baharu mereka.

Pemain yang lincah dan dianggap setaraf Luis Diaz di Liga Portugal sana.

BACA:  [Video] Sepakan Penjuru Granit Xhaka Ketika Menentang BATE Jadi Bahan Lawak Jenaka