Peminat Man Utd Percaya Cavani Beri Tips Kepada Tuanzebe Untuk Hadapi PSG

Peminat Manchester United percaya bahawa Edison Cavani telah memberi tips dan tunjuk ajar kepada pemain pertahan muda, Axel Tuanzebe bagaimana untuk hadapi jentera serangan pasukan Paris Saint-Germain.

Nama Axel Tuanzebe menjadi sebutan dan sensasi di media sosial selepas mempamerkan aksi menakjubkan yang dianggap Masterclass oleh media bola sepak ketika perlawanan pertama Champions.

Tanpa kehadiran pemain pertahanan termahal dunia, Harry Maguire pemain muda itu berjaya menggalas tugas dengan jayanya dan ada berpendapat Maguire pun belum pasti dapat beraksi sebaik Tuanzebe.

Kekentalan Tuanzebe di bahagian pertahanan membuatkan pemain sensasi masa kini, Kylian Mbappe mati kutu dan tersesat di dalam poket Tuanzebe yang baru berusia 22 tahun.

Tuanzebe membuat penampilan dari kesebelasan utama buat pertama kali sejak disember lalu dan kalai terakhir beraksi di Carabao Cup ketika menentang Colchester United.

Aksi Masterclass Tuanzebe ini dikukuhkan lagi dengan statistik yang menakjubkan di mana beliau memenangi semua perebutan bola diudara dengan 7 clearance serta 92 peratus ketepatan ketika membuat hantaran.

Kecemelangan Tuanzebe ini dibantu oleh kecemerlangan Aaron Wan Bissaka yang menyapu disetiap pelusuk padang serta kerajinan Scott McTominay dan Fred memberi perlindungan kepada barisan pertahanan.

Video latihan Manchester United minggu lalu telah tersebar di mana dalam rakaman tersebut memaparkan perbualan hati ke hati secara serius antara Edison Cavani dan Axel Tuanzebe.

Ada peminat Manchester United percaya, Cavani yang merupakan bekas pemain PSG telah menurunkan ilmu dan pengetahuan beliau mengenai bekas rakan sepasukanny kepada Tuanzebe.

Perbualan kedua-dua pemain itu tampak serius dengan gerak tubuh badan Cavani yang menceritakan sesuatu dengan begitu mendalam dan disusuli dengan anggukan demi anggukan dari Taunzebe.

Mungkin Cavani menceritakan kepada Tuanzebe semua kelemahan Kylian Mbappe dan Neymar serta bagaimana untuk mengahadapi mereka ketika di padang dan membuatkan dua pemain hebat itu mati akal.

Betul atau tidak akhirnya Tuanzebe berjaya meletakkan Mbappe dalam poket beliau dengan satu aksi yang solid.

Owen Hargreaves yang kin menjadi pengulas bersama BT Sports telah memuji persembahan Tuanzebe.

โ€œAku sukakan beliau. Semoga bejaya kalau kau tak guna tuanzebe.โ€

โ€œSecara jujurnya beliau seorang atlet yang bagus, beliau membuat keputusan yang bagus, fizikal yang baik dan beliau tidak terganggu dengan kehadiran Mbappe dan Neymar. Aku rasa beliau berkembang untuk menjadi juara.โ€

Bekas pemain pertahanan lagenda Manchester United dan England pula menyifatkan inilah benda yang dicari-cari Setan Merah sejak setahun yang lalu.

โ€œInilah tempat di mana Manchester United bergelut sejak 6 hingga 12 bulan yang lalu, di kawasan sendiri, gagal menutup dan mempertahankan ruang lalu membuatkan barisan pertahanan berempat atau bertiga terdedah.โ€

โ€œBeliau boleh menghidu ancaman, Ole telah menyatakan bahawa beliau telah menghadapi dua penyerang terbaik dunia. Beliau berjaya meneutralkan ancaman banyak kali.โ€

Edison Cavani masih lagi tidak membuat penampilan bersama Manchester United kerana memerlukan sedikit masa lagi untuk mendapatkan kecergasan bagi beraksi di tahap tertinggi.

Cavani telah menolak untuk menyambung kontrak bagi beraksi di Champions League selepas liga kembali bersambung dan perlawanan terakhirnya adalah 7 bulan yang lalu ketika PSG menewaskan Borussia Dortmund.

Musim terakhirnya bersama PSG, Cavani hanya menjaringkan 4 gol dalam 14 penampilan, ini bermakna Cavani kekurangan jumlah perlawanan musim lalu dan boleh menjadi faktor yang mendatangkan kerisauan.

Namun jika benar tunjuk ajar yang diberikan beliau membantu kecemerlangan Tuanzebe maka tanpa berada di padang Cavani telah memberikan sesuatu.

Cavani Penjaring terbanyak Sepanjang Zaman PSG

Edison Cavani yang berusia 33 tahun telah diumumkan secara rasmi oleh Machester United sebagai pemain terbaru mereka pada hari terakhir jendela perpindahan pemain atau nama popularnya deadline day.

Pemain penyerang Uruguay itu hadir secara percuma dengan status ejen bebas selepas dilepaskan oleh Paris Saint-Germain pada akhir bulan Jun yang lalu dengan tawaran kontrak selama setahun.

Sepanjang kariernya diperingkat kelab, Cavani telah merekodkan 341 gol dalam 556 perlawanan termasuklah 200 gol dalam 300 penampilan bersama Paris Saint-Germain selama tujuh tahun.

Harus diingat Cavani telah menghabiskan masa selama 3 musim bersama PSG dengan bermain di posisi sayap kanan kerana kehadiran Zlatan Ibrahimovic di posisi penyerang tengah(Centre-Foward).

Selepas Zlatan Ibrahimovic keluar untuk bersama Setan Merah barulah Cavani dapat bermain di tempat terbaiknya dengan merekodkan secara purata hampir satu gol bagi setiap perlawanan.

Dengan jumlah 200 gol bersama Pasukan Kota Paris itu, Cavani pergi dengan gelaran penjaring terbanyak sepanjang zaman Paris Saint-Germain.

Edison Cavani telah menjaringkan 50 gol DALAM 116 penampilan dan satu gelaran Copa America untuk Paraguay dan pernah menjadi penjaring terbanyak di Ligue serta Serie A.

Pemain Uruguay ini telah menjaringkan 30 gol atau lebih dalam 6 musim dalam 10 musim terakhirnya.

Sebelum bersama PSG pada 2013, Cavani telah menobatkan dirinya sabagai penyerang bertaraf dunia bersama Napoli dengan menjaringkan 104 gol dalam 138 perlawanan.

Pada awal karier, Cavani bersama pasukan liga Uruguay, Danubio sebelum melebarkan kariernya ke Eropah bersama Palermo dan meletuk bersama Napoli sebelum menarik minat PSG.

BACA:ย  Bruno Fernandes Jelaskan Kenapa Beliau Hantar Bola Kepada Cavani