Peminat bola sepak telah membuat tuduhan liar dan agak masuk akal dengan menyatakan Neymar sengaja mengutip dua kad kuning yang membawa kepada kad merah ketika PSG menentang Strasbourg.
Juara bertahan Ligue 1 itu turun menentang Strasbourg untuk perlawanan pertama mereka selepas liga Eropah kembali bersambung yang terus menyajikan aksi penuh drama.
Tetapi ia adalah malam yang perlu dilupakan untuk Neymar, yang menerima dua kad kuning berturut-turut pada separuh masa kedua.
Amaran pertamanya adalah kerana menghulurkan dan meletakkan tangan ke muka lawan tetapi yang kedua hadir kurang dua minit kemudian, adalah untuk simulasi yang mengejutkan dan memalukan.
Walaupun tiada apa-apa sentuhan dan kekasaran dari lawan, Neymar memilih untuk rebah ke tanah dengan cara yang menyedihkan dan pengadil pula memilih untuk menghukumnya dengan menunjukkan kad kuning kedua yang membawa kad merah kepada pemain Brazil itu.
Neymar telah dilihat membantah keras keputusan pengadil dan pergi berhadapan dengan pengadil muka ke muka dari jarak kurang beberapa sentimeter.
Peminat berpendapat Neymar sengaja menerima dua kad kuning dan digantung satu perlawanan supaya dia boleh meraikan Malam Tahun Baru dengan riang ria tanpa perlu bermain permainan pada hari berikutnya iaitu pada 2 Januari waktu Malaysia.
Neymar's red card last night, after picking up a 2nd yellow for diving, means he will be suspended for PSG's next game on 1st January.
Looks like someone had a decent NYE party to go to ๐ pic.twitter.com/mHYhjNWfgd
โ Footy Accumulators (@FootyAccums) December 29, 2022
Pada tahun 2020, pemain berusia 30 tahun itu menafikan khabar angin bahawa dia menganjurkan perayaan lima hari di rumahnya di tengah-tengah pandemik COVID-19.
Neymar sebaliknya menyiarkan imej dirinya sedang menikmati hidangan di rumah untuk menyambut tahun baharu. Neymar tidak mendapat sebarang faedah daripada keraguan tentang mengapa dia dibuang padang seperti mana yang dicetuskan di media sosial.
Neymar purposely getting a red card to miss the game on January 1st pic.twitter.com/XHt33gSF4S
โ Craque (@CraqueHD) December 29, 2022
Peminat telah membuat andaian bahawa dengan Neymar digantung permainan bermakna dia boleh menghadiri parti tahun baru sehingga ke pagi.
Mereka berpendapat Neymar mahukan cuti tahun baru sepertimana mereka, nak ambil cuti sakit nampak sangat kan? Kutip kad merah jela.
Dilaporkan juga Neymar terus meninggalkan gelanggang keramat PSG, Parc des Prince selepas diarahkan meninggalkan padang.
๐จ๐จNeymar gor RED card on PURPOSE so he can party on New Year.
PSG next game is on 1.1.2023. vs Lens#Neymar #PSG #France #Football #Fussball #Live #Strasbourg pic.twitter.com/5TD6lzdagFโ FootballAddict (@FootbaIIAddict) December 28, 2022
Bekas bintang Barcelona dan Santos itu mempunyai reputasi apabila turun ke padang mampu melakonkan watak teater sejak menjadi terkenal tetapi telatahnya yang terikini tidak akan menjejaskan reputasinya malah mengukuhkan reputasinya sebagai pelakon dan penerjun bola sepak terbaik.
Sebelum mengutip kad merah pada minit ke-62 itu, Neymar telah menyajikan peminat PSG dengan satu assist cantik sebelum menggelecek pemain Strasbourg dengan teknik elastico untuk menutmeg lawan.
Terkedu pemain Strasbourg terkena nutmeg penuh berseni dengan combo melibatkan dua skill beraras tinggi.
Neymarโs elastico nutmeg ๐ง๐ท๐ฅถ๐ฎโ๐จ
โ PSG Report (@PSG_Report) December 28, 2022
Aksi elastico dan lakonan Neymar dalam perlawanan ini bukan satu tetapi dua, di mana Neymar telah mengayam-ayamkan pemain Strasbourg dengan elastico.
Dan apabila disentuh Neymar terus menerbangkan badannya ke belakang untuk mencari sesuap penalti namun tidak diendahkan pengadil.
Marquinhos boleh tahan juga dalam perlawanan ini apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-14 melalui satu sundulan tajam menyambar sepakan percuma cantik Neymar.
Kemudian Marquinhos telah menjaringkan gol untuk Strasbourg pada minit ke-51 dan jaringan ini telah digelar sebagai gol sendiri.
Neymar sent off for diving ๐ธ YEY they caught you ๐ ๐ ๐ ๐ ๐ ๐ ๐ #PSGRCSA #ucl dont try this with byern ๐ ๐ ๐ ๐ ๐ ๐ @ChampionsLeague
Red card ๐ ๐ ๐ ๐ ๐ pic.twitter.com/59ogQp9Qurโ cutekelly sky (@CutekellySky) December 28, 2022
10 minit kemudian Neymar dilayangkan kad merah selepas mengutip dua kad kuning pada minit ke-61 dan 62.
Ternyata ketiadaan Neymar memberi tekanan kepada PSG untuk meraih tiga mata dan memberi kelebihan kepada Starsbourg sekurang-kurangnya berkongsi mata.
Namun itu tidak terjadi apabila Kylian Mbappe muncul wira apabila berjaya mendapatkan sepakan penalti selepas bajunya ditarik Gerzino Nyamsi pada masa kecederaan.
Tiada masalah untuk Kylian Mbappe terus menjaringkan gol dengan pengalaman penaltinya di Piala Dunia yang lalu. Dan PSG akan bertemu Lens pada hari tahun baru.