Pendapatan Neymar RM1.62 Billion Je Di Al Hilal

Neymar akan menikmati pendapatan yang sangat tinggi di tanah Arab Saudi. Superstar dari Brazil itu setuju menyertai Al Hilal pada jendela perpindahan kali ini.

Al Hilal membayar hampir €100 juta untuk mendapatkan pemain itu dari PSG.

Dan dikhabarkan Neymar setuju dengan kontrak 2 tahun di Al Hilal. Ramai yang merasakan langkah Neymar ke Arab Saudi adalah kerana wang semata mata.

Hal ini kerana pemain itu masih memiliki kemampuan untuk beraksi di peringkat tertinggi di Eropah.

Sebenarnya, selain daripada wang, Neymar sudah tidak selesa untuk terus kekal di PSG. Sebelum ini PSG pernah cuba menjualnya namun gagal.

Musim lalu peminat PSG benar benar sudah melampaui batas apabila melakukan tunjuk perasaan di hadapan rumahnya, meminta dia berambus.

Dia dituduh makan gaji buta oleh peminat PSG. Tuduhan itu sangat pelik kerana Neymar pada masa itu masih dalam proses pemulihan kerana kecederaan dialaminya.

Neymar bukan lagi bintang utama di PSG pada musim lalu. Sebaliknya Mbappe dan Messi menjadi bintang utama di kelab Paris itu.

Pada jendela perpindahan kali ini, Neymar mendengar PSG terbuka mendengar tawaran untuk pemain itu.

Dan Neymar menggunakan kesempatan yang ada untuk membuka pintu hatinya kepada kelab dari Arab Saudi yang mahukan khidmatnya.

Ramai pemain menikmati gaji yang lumayan di sana. Ronaldo menerima €200 juta semusim. Begitu juga dengan Karim Benzema.

Neymar dikatakan menerima gaji tetap €100 juta semusim di Al Hilal. Yang bermakna dia akan menerima €200 juta secara keseluruhan sebagai gaji tetap.

Gaji itu bersih dan tidak akan dikenakan cukai oleh kerajaan Arab Saudi.

Seterusnya, extra €120 juta lagi hadir daripada tajaan dan bonus. Neymar berhak mengawal tajaan peribadi yang dia ada masuk terus ke poketnya tanpa dibahagikan atau melalui kelab.

Dia boleh mendapatkan tajaan peribadi sesuka hatinya. Misalnya Neymar berminat memakai kasut toyu untuk latihan. Maka dia boleh melakukannya.

Jadi Neymar akan menerima pendapatan €320 juta dalam masa 2 tahun bersamaan dengan sekitar RM1.62 billion.

Neymar seringkali dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik pada eranya. Malangnya dia gagal menepati ramalan ramai pihak yang menganggap dia bakal menggantikan Ronaldo atau Messi sebagai pemenang Ballon d’Or.

Dia ke PSG satu masa dulu untuk keluar dari bayang bayang Messi demi untuk mengejar pengiktirafan seperti pemain terbaik di dunia.

Dia pemain yang penuh dengan skil gelecekan dan gulingan yang legenda.

Malangnya, di PSG dia tetap dihantui Messi yang menyertai kelab itu dan kemudian memenangi Piala Dunia 2022 ketika berseragam kelab PSG.

Kini era baharu dijangka akan menyaksikan pertembungan antara Erling Haaland dengan Kylian Mbappe serta Antony yang dijangka akan menjadi calon sebenar sebagai pemain yang akan merebut Ballon d’Or.

Neymar akan diperkenalkan dalam satu acara pengenalan gilang gemilang pada Rabu ini.

Sebab Jumaat ada agenda lain pula kan..

Arab Saudi kini menjadi tempat pemain pemain dari liga utama di Eropah datang berkarier. Sudah tentunya tawaran gaji yang luar biasa menjadi punca kenapa mereka sanggup datang ke Arab Saudi.

Sebelum ini Ronaldo turut klaim bahawa dia telah menjadi pencetus gelombang pemain pemain handalan di dunia berebut datang ke Arab Saudi.

Di mana selepas Ronaldo menyertai Al Nassr, ramai pemain lain yang datang selepas itu. Termasuk pemenang Ballon d’Or musim lalu Karim Benzema.

BACA:  Pemilik PSG Mahu Neymar 'Berambus' Dari Kelab