Pengulas Turki Dipecat Serta Merta Kerana Sebut Nama Hakan Sukur

hakan sukur

Seorang pengulas bola sepak di salah sebuah stesen penyiaran Turki, Alper Bakircigil telah dipecat serta merta hanya kerana menyebut nama Hakan Sukur dalam ulasan Piala Dunianya.

Alper Bakircigil yang bertugas di stesen penyiaran Turki TRT, telah ditugaskan untuk mengulas perlawanan di antara Maghribi dan Kanada di kumpulan F.

Dalam ulasannya untuk perlawanan yang disiarkan di saluran TRT, Alper Bakircigi telah menyebut satu fakta Piala Dunia kepada penonton di Turki bahawa gol terpantas dalam sejarah Piala Dunia dijaringkan oleh Hakan Sukur.

Walaubaagaimanapun, fakta itu tidak boleh diterima dengan begitu baik oleh majikannya dan disebabkan itu Bakircigil digantikan pada separuh masa kedua dan kemudiannya dipecat.

Alper Bakircigil menerima berita tidak enak itu semasa rehat separuh masa bahawa dia akan digantikan dengan pengulas lain untuk baki perlawanan Maghribi vs Kanada.

Alasannya mudah dan tidak masuk akal untuk kita terima kecuali mereka yang berada di Turki, hanya kerana dia menyebut nama bekas pemain bola sepak Turki, Hakan Sukur semasa siaran.

Walaupun faktanya betul, hanya menyebut nama Sukur sudah cukup untuk dia disingkirkan daripada jawatannya.

Pengulas itu mengucapkan selamat tinggal di Twitter selepas perlawanan.

“Saya telah diketepikan daripada institusi TRT, tempat saya bekerja dengan bangga selama bertahun-tahun, selepas acara yang berlangsung hari ini. Perpisahan termasuk dalam cinta. Semoga berjumpa lagi. Selamat tinggal..” Tweet Bakircigil.

Hakan Sukur sendiri telah menyiarkan sedutan rakaman video perlawanan Magribi vs Kanada di Twitter rasminya yang telah diulas oleh Alper Bakircigi yang telah menyebut namanya pada minit 4 dan 51 saat.

Korkma Titre..!! 😄🇹🇷⚽️

Jangan takut titers..!! 😄🇹🇷⚽️

Kemudian Hakan Sukur membuat satu lagi Tweet dengan meletakkan pautan berita yang menyatakan seorang pengulas TRT di pecat di separuh masa pertama kerana telah menyebut namanya.

Hakan Sukur menzahirkan rasa simpati dengan apa yang menimpa Alper Bakircigil:

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang melaporkan atas nama saya tanpa menggunakan bahasa rejim. 🤗”

“Hakan Şükür mempunyai kesalahan tetapi Dia tidak dan tidak akan melakukan apa-apa untuk membuat keluarganya atau rakyat negara tunduk.”

“Terdapat berjuta-juta orang di negara saya, seperti saya, yang dikutuk dengan politik ini. Saya sangat kesal dengan awak kawan .”

Bermain di posisi penyerang, Hakan Sukur boleh dikatakan sebagai pemain Turki yang paling dikenali di seluruh dunia. Melakukan 112 penampilan buat negaranya, Sukur masih memegang rekod penjaring terbanyak buat pasukan Turki dengan 51 gol.

Bakatnya dikesan sejak dia muda lagi apabila mula bermain untuk pasukan kebangsaan Turki pada tahun 1992 ketika dia berusia 20 tahun. Dalam 11 perlawanan pertamanya, Sukur telah menjaringkan 6 gol!

Dalam kempen Euro 1996 di England, penyerang prolifik ini telah diletakkan dalam kesebelasan utama dalam setiap perlawanan ketika Turki tersingkir di peringkat kumpulan.

Pada Euro 2000 pula, Sukur menjaringkan dua gol ketika membenam cabaran Belgium 2-0 dalam perlawanan terkahir kumpulan, sekaligus melayakkan Turki ke pusingan suku akhir.

Di Piala Dunia 2002 pula, Sukur mencipta rekod apabila menjaringkan gol terpantas dalam sejarah Piala Dunia apabila menerobos gol Korea Selatan dalam masa 10.8 saat selepas sepak mula. Turki memenangi perlawanan tersebut 3-2.

Pada tahun 2007, Sukur bermain kali terakhir buat Turki pada usia 36 tahun.

Walaupun pernah merantau ke negara lain, Sukur masih mampu mencipta dan memegang rekod jaringan gol terbanyak dalam Liga Bola Sepak Turki dengan 249 gol.

Tetapi selepas bersara, penyerang Turki itu menceburkan diri dalam politik dan kemudian dituduh terlibat dalam pertubuhan pengganas dan terpaksa melarikan diri.

Hakan Sukur kini tinggal di AS bersama keluarganya dan tidak dapat pulang ke rumah kerana bimbang dia akan ditahan.

Bekas penyerang Inter Milan dan Turki itu dilaporkan bekerja sebagai pemandu Uber di Amerika kerana akaun banknya telah dibekukan.

BACA:  Selepas Gambar Tertomos Ketika Main Ragbi Jadi Bahan Troll, Sanusi Buat Counter Attack 'Kita Pelit, Depa Yang Koyak'