Pengulas US Cadangkan Besarkan Gawang, 2 Gol Dikira Untuk Jaringan Dari Luar Kotak, Penalti Dari Jarak 35 Ela

Seorang pengulas bola sepak dari Amerika Syarikat (US), Alexi Lalas telah mencadangkan untuk besarkan gawang, 2 gol dikira untuk jaringan diluar kawasan penalti, penalti diambil dari jarak 35 ela dan macam-macam lagi.

Alexi Lalas telah membuat cadangan ini adalah untuk menambah baik permainan bola sepak mengikut kaca mata dan pandangnya sendiri. Orang US faham-faham jela.

Pengulas bola sepak itu telah menggunakan Twitter rasminya untuk memberi cadangan itu:

Bagaimanakah ⚽️ akan bertambah baik? Contoh:

– Jadikan gawang gol lebih besar
– 2-mata(gol) untuk jaringan di luar kawasan penalti
– Sepakan 35ela bukannya sepakan penalti
– Sepakan ke dalam ganti lontaran ke dalam
– Hoki “kotak penalti” untuk hukuman pemain
– Offsaid hanya digunakan untuk jarak 35 ela terakhir
– Bola terkena tangan atau handball dengan sebarang sentuhan bola ke tangan/lengan

Ternyata cadangan dari pengulas Fox Sports itu tidak diterima baik oleh pengguna media sosial lalu mengecam Alexi Lalas dengan cadangan yang tidak masuk akal langsung.

Ternyata jika cadangan ini dilaksanakan maka bola sepak tidak akan lagi menjadi permainan bola sepak seperti kita kenali hari ini.

Jika dilihat ke akaun Twitter, Alexi Lalas ternyata koyak dengan komen peminat bola sepak dan membalas beberapa komen itu secara menganjing.

Boleh dikatakan cadangan ini adalah sangat mengarut namun kotak penalti atau sin bin itu pernah dicadangakan oleh ketua pegawai pembangunan teknikal FIFA, Marco Van Basten pada 2017.

Marco Van Basten, telah mencadangkan agar sin bin diperkenalkan bagi kesalahan atau kekasaran yang tidak cukup teruk sehingga melayakkan pemain mendapat kad merah. Menurut lagenda Belanda itu lagi, kad oren mungkin sesuai untuk jenis kesalahan ini.

Sin bin berasal dari sukan ragbi di mana jika seseorang pemain dilayangkan kad kuning, maka dia perlu menginggalkan padang selama 10 minit. Dalam tempoh 10 minit tersebut, pemain akan duduk di satu kerusi, sambil termenung menonton rakan sepasukan bekerja keras. Selepas tempoh tersebut, pemain akan dibenarkan untuk kembali bermain.

Sepanjang berada di sin bin, pemain tidak dibenarkan merokok, makan nasi Vanggey dan telefon bimbit hendaklah dimatikan atau diletakkan dalam mod penerbangan.

Sebenarnya sin bin ni sudah pun mula diuji di beberapa negara dan kejohanan dan salah satu nya ialah ketika satu kejohanan bawah 16 tahun yang disertai pasukan belia B-16 Republik Ireland.

Tom O’Connor – jurulatih pasukan tersebut berkata, pemain yang dikenakan sin bin tidak diberikan kad kuning sebaliknya hanya diberikan arahan. Menurutnya lagi, beberapa isu dan persoalan timbul setelah peraturan ini dilaksanakan di dalam permainan.

1- Jika dua pemain yang dikenakan sin bin dalam satu permainan, pasukan tersebut akan hanya bermain dalam tempoh sembilan orang, dan sukar untuk jurulatih menyusun taktik dan formasi.

2- Dalam ragbi, prop dan hooker boleh diganti sekiranya mereka dimasukkan ke tong dosa. Adakah penjaga gol bola sepak memilik hak yang sama?

3- Sekiranya penjaga gol yang disin bin diganti, adakah penjaga gol tersebut boleh kembali bermain selepas tempoh 10 minit tersebut?

4- Apa akan terjadi sekiranya satu pasukan tersebut mempunyai 5 pemain yang disin bin?

Sejak itu cadangan itu telah senyak sehingga ke hari ini dan sebelum itu Major League Soccer (MLS) pernah menggunakan penalti dari jarak 35 ela seperti penalti dalam sukan hoki.

Walau bagaimanapun, format ini tidak bertahan lama kerana peminat bola sepak di Amerika Syarikat sendiri tidak gembira dengan format tersebut.

Akhirnya pada tahun 1999, MLS kembali menggunakan cara tradisi dalam penentuan sepakan penalti, sama seperti negara-negara lain.

BACA:  Kisah Kante dari Liga Divisyen 9 Perancis, Kini Juara Piala Dunia