Pengurus Norway, Stale Solbakken telah mendakwa otak genius Arsene Wenger telah dicuci oleh FIFA kerana selama ini dia menganggap bekas pengurus Arsenal itu sebagai ‘lelaki paling bijak di dunia’.
Arsene Wenger kini memegang jawatan Ketua Pembangunan Bola Sepak Global di FIFA tugasannya kini adalah membentangkan hasil dapatan Kumpulan Kajian Teknikal Piala Dunia disepanjang kejohanan berlangsung.
Awal bulan ini, warga emas berusia 73 tahun itu dikecam ramai selepas dia mendakwa pasukan yang mengelak ‘demonstrasi politik’ di Piala Dunia menunjukkan prestasi lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya.
“Anda tahu apabila anda pergi ke Piala Dunia, anda tahu anda tidak boleh kalah dalam perlawanan pertama. Pasukan yang mempunyai pengalaman untuk beraksi dalam kejohanan seperti Perancis dan England bermain dengan baik pada perlawanan pertama.”
“Dan pasukan juga yang bersedia dari segi mental … [dan] mempunyai pemikiran untuk memberi tumpuan kepada persaingan dan bukan pada demonstrasi politik.”
🗣 "Teams like France, England, and Brazil played well in the first game. The teams who were mentally ready to focus on the competition and not on political demonstration."
Arsene Wenger says teams who avoided political demonstrations played better at the #FIFAWorldCup pic.twitter.com/QGWOEhSWCu
— Football Daily (@footballdaily) December 4, 2022
Stale Solbakken yang jelas ketinggalan keretapi telah menjawab komen Arsene Wenger dalam temu bual dengan saluran TV Norway TV2 dan dia tidak menahan diri dalam penilaiannya terhadap Wenger.
“Saya berasa gementar apabila melihat lelaki paling bijak di dunia, Arsene Wenger, yang dipandang tinggi selama bertahun-tahun, entah bagaimana telah dicuci otak dan kini membuat kenyataan yang paling bodoh.”
“Ia menakutkan dengan semua orang yang kami sanjungi dalam dunia bola sepak selama bertahun-tahun. Terdapat polarisasi yang berlaku sekarang. Dan saya khuatir ia akan menjadi lebih teruk.”
Norway coach Stale Solbakken slams 'brainwashed' Arsene Wenger https://t.co/P9D3zWsdnB
— MailOnline Sport (@MailSport) December 15, 2022
Menjelang pembukaan kejohanan bulan lalu, Solbakken berkata lebih banyak perkara yang sepatutnya dilakukan untuk menghalang Piala Dunia di Qatar daripada berlaku.
“FIFA adalah kegagalan terbesar. Saya rasa tiada siapa yang selesa dengannya. Kebimbangan peribadi saya adalah mengenai isu hak asasi manusia dan bagaimana FIFA telah mengendalikannya, nyata ia tidak baik.”
“Saya tidak fikir bola sepak telah melakukannya dengan cukup, saya tidak fikir wartawan telah melakukan secukupnya.”
“Hanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini tiba-tiba ‘oh Piala Dunia di Qatar’. Tahun pertama selepas ia diberikan kepada Qatar, seluruh dunia hanya tidur, termasuk orang bola sepak dan wartawan.”
“Kami mempunyai perasaan yang kuat tentang Qatar selama ini dan telah cuba memberi tekanan kepada FIFA dan di sisi politiknya.”
Norway manager Stale Solbakken is furious about Arsene Wenger's recent comments https://t.co/taJkFraje0
— Mirror Football (@MirrorFootball) December 15, 2022
Tahun lepas, pemain Norway mengadakan bantahan terhadap isu hak asasi manusia di Qatar menjelang kelayakan Piala Dunia menentang Gibraltar dengan memakai baju-t yang tertera perkataan “HAK ASASI MANUSIA – di dalam dan di luar padang”.
Martin Odegaard dan pengurus Stale Solbakken telah mengumumkan Norway akan membuat kenyataan sebelum perlawanan.
“Kami sedang mengusahakan sesuatu yang konkrit,” kata Solbakken dalam sidang akhbar pra-perlawanan.
“Ia mengenai memberi tekanan kepada FIFA untuk lebih tegas, malah lebih tegas dengan pihak berkuasa di Qatar, untuk mengenakan syarat yang lebih ketat.”
Martin Odegaard yang mengalami kecederaan dalam perlawanan itu menambah:
“Saya mempunyai tanggapan bahawa ramai (pemain) berminat dengan perkara ini, mengambil berat mengenainya dan mahu melakukan sesuatu untuk mencuba dan menyumbang dengan cara yang baik.”
Odegaard suffered an injury scare in Gibraltar 😬https://t.co/2Tn2jWfMbB pic.twitter.com/it9qrEBp5q
— MARCA in English (@MARCAinENGLISH) March 25, 2021
Stale Solbakken menyatakan Arsene Wenger telah membuat kenyataan yang bodoh dan hakikatnya Wenger masih bijaksana sini seperti selalu dan apa yang diperkatannya itu adalah tepat.
Pasukan yang membawa mesej politik gagal di Piala Dunia malahan Norway sendiri gagal untuk melayakkan diri apatah lagi menjejakkan kaki ke Qatar.
Tujuh pasukan jahanam England, Wales, Belanda, Belgium, Switzerland, Germany, dan Denmark yang membawa mesej politik paling jauh perginya hanya ke suku akhir sebelum pulang.
Empat pasukan yang membawa mesej politik kandas di peringkat kumpulan dan ini sudah cukup membuktikan kata-kata Wenger itu berasas dan benar.
Peringkat Kumpulan – Wales, Belgium, Germany dan Denmark
Pusingan 16 – Belanda dan Switzerland
Suku Akhir – England