Penjaga gol Hemel Hempstead, Sam Beasant dengan tenang telah mengajing percubaan yang terlalu dahsyat dan kelaut pemain lawan dengan satu aksi layangan badan yang sungguh cantik walaupun bola jauh berpuluh meter.
Aksi yang mecuit hati dan melucukan ini terjadi dalam perlawanan National League South menemukan Hemel Hempstead menentang Bath City yang berlangsung di Twerton Park.
Sepakan percuma Hemel Hempstead mudah dipathakan oleh pemain Bath City dan membuka peluang untuk Bath City melakukan serangan balas.
Pemain Bath City, Tom Smith yang berjaya melarikan bola telah melakukan satu percubaan berani sebelum tiba di garisan tengah padang selepas melihat Sam Beasant keluar dari kawasan gol.
— Football Shithousery (@FootyRustling) March 1, 2021
Tom Smith tidak mahu meneruskan larian dan merencana serangan dengan mencuba membuat satu sepakan lob dari tengah padang.
Malangnya percubaan dan teknik sepakan Tom Smith tidak begitu bagus di mana bola menuju kelaut dan sangat jauh jaraknya daripada gawang yang sepatutnya menjadi sasaran.
Melihat percubaan itu Sam Beasant yang merupakan bekas penjaga gol Braintree, Cambridge United dan Maidenhead telah melakukan satu aksi kelakar.
Penjaga gol berusia 32 tahun itu telah membuat satu layangan badan yang sungguh cantik seperti mahu menyelamatkan bola.
Aksi Sam Beasant itu nyata menghiburkan dan mengundang tawa dari penonton yang hadir menyaksikan perlawanan di Twerton Park itu.
Sam Beasant pantas bangun dan mengutip bola dan para penonton pula meneruskan sorakan dan gelak tawa melihat detik yang sangat mengujakan lagi luar biasa.
Walaupun mengalami detik memalukan dan dimalukan pemain lawan, ketawa terakhir dalam perlawanan itu menjadi milik Tom Smith.
Tom Smith telah menjaringkan satu sepakan percuma padu dengan rembatan sangat deras penuh kegeraman membelah gawang untuk meletakkan Bath City di depan dengan dua gol.
— Football Latest (@FootbaIILatest) March 1, 2021
Tom Smith tidak meraikan jaringan itu dengan satu lompatan dan tumbukan ke udara dan tidak menganjing kembali perlakuan Sam Beasant.
Kalau Tom Smith celebrate dengan meniru balik layangan badan Sam Beasant lagi padu. Dua kali gelak penonton.
Kejadian ini berlaku pada Januari tahun lepas sebab tu ada penonton dan kembali tular selepas dimuat naik ke media sosial/