Penjaga gol muda Atletico Madrid, Antonio Gomis sudah pasti tidak akan melupakan debutnya bersama pasukan senior apabila diturunkan diturunkan selaku pemain penyerang.
Pemain berusia 19 tahun itu diberikan penampilan pertama bersama pasukan utama oleh Diego Simeone ketika Atletico Madrid menentang Numancia dalam perlawanan persahabatan pra-musim.
Perlawanan itu, yang dimenangi Atletico Madrid 4-0, telah diputuskan lebih awal dengan baki permainan tersisa masih banyak kerana pasukan Diego Simeone telah menjaringkan empat gol selepas hanya 52 minit permainan.
Atlético Madrid B goalkeeper, Antonio Gomis, made his senior debut yesterday… at CB 😳
Coming on in the 76th minute in place of the injured Mario Hermoso, Gomis helped Atléti maintain their clean sheet. A good, albeit odd day at the office for the youngster. pic.twitter.com/cXxOnKArB5
— COPA90 (@Copa90) July 28, 2022
Namun perlawanan itu telah berakhir dengan kelainan yang jarang berlaku apabila Gomis diberi peluang untuk beraksi.
Thomas Lemar membuka jaringan untuk Atletico selepas hanya lapan minit dan kelebihan mereka digandakan hanya selepas setengah jam apabila Angel Correa menjaringkan gol kedua.
Geoffrey Kondogbia menjadikan kedudukan 3-0 apabila tamat separuh masa dan hanya mengambil masa tujuh minit selepas separuh masa kedua untuk Matheus Cunha mencetak gol empat.
This Atleti fan took a selfie with Koke in between the match 😂 pic.twitter.com/JcoCSQy4lY
— Mohit 🧸🐍 (@mohitxzv) July 28, 2022
Perkara aneh terjadi ketika perlawanan di mana Koke terpaksa berhenti bermain seketika pada pertengahan permainan untuk berswafoto dengan peminat.
Tetapi detik itu menjadi kerdil apabila penampilan pertama Antonio Gomis yang tidak dijangka muncul selepas 76 minit.
Pemain pertahanan Mario Hermoso malangnya mengalami kecederaan dan dengan Simeone telah menggunakan kesemua pemain gantian yang ada.
Dan satu-satunya pemain yang tersisa dan tidak digunakan lagi ialah penjaga gol berusia 19 tahun yang belum pernah bermain untuk pasukan utama dalam apa jua kapasiti sama sekali.
Antonio Gomis (portero del b) || Highlights vs Numancia || 2022. pic.twitter.com/Oj3MMatfeL
— Parte Médico (@PartemedicoATM) July 27, 2022
Kepelikan terjadi apabila Antonio Gomis sebenarnya dimasukkan sebagai outfield player (pemain diposisi selain penjaga gol).
Pada awalnya Antonio Gomis memakai jersi Nahuel Molina, tetapi kemudian menanggalkannya dan akhirnya membuat penampilan sulungnya dengan memakai jersi bernombor 18 milik pemain pertahanan Felipe.
Antonio Gomis dijangka beraksi sebagai pemain pertahanan namun Diego Simeone memilih untuk meletakkan penjaga gol muda itu di posisi penyerang.
Ternyata Antonio Gomis tidak mengecewakan apabila mempamerkan aksi memukau hadiran yang hadir dengan satu skill yang menarik yang sempat dirakam kamera.
🚨| Academy GOALKEEPER Antonio Gomis comes in for Mario Hermoso to play as a center-back.
He first wears Nahuel Molina’s shirt and then switches to Felipe’s shirt. 😂😂😂
[📸 @JaviGomezCh] pic.twitter.com/u1HtAPnHUK
— Atletico Universe (@atletiuniverse) July 27, 2022
Antonio Gomis beraksi agak baik selaku penyerang bagi seorang penjaga gol yang mempunyai kesedaran tinggi mempamerkan skill ketika diasak dan berjaya mencipta ruang.
Perkara ini dilakukan Antonio Gomis dengan sangat lancar dan tenang dikemunculan pertama yang mampu membuatkan ramai pemain gugup apatah lagi beraksi diposisi lain.
Antonio Gomis langsung tidak gentar dan tidak kekok bermain selaku penyerang selama 14 minit dipadang.
Disebalik revolusi penjaga gol moden yang bertindak selaku ball playing goalkeeper yang lebih progresif rasanya tidak ramai penjaga gol mampu bermain diluar posisi asal dengan baik tanpa melakukan aksi bodoh.
Antonio Gomis (portero del Atleti B)
tuvo que salir a jugar de delantero con la camiseta de su compañero Felipe y dejó un detallazo de calidad🙌🏻😎.[📽vía: @ooc1903] pic.twitter.com/lxQBzMOUwi
— La cara B del futbol (@lacarabdeporte) July 28, 2022
Perkara sebegini bukan pertama kali terjadi dalam bola sepak dan pernah berlaku walaupun jarang-jarang.
Pada tahun 2016, pengurus Liverpool, Jurgen Klopp telah menurunkan penjaga gol, Shamal George selaku outfield player dan kebetulannya dalam perlawanan persahabatan menentang Atletico Madrid.
Seorang lagi penjaga gol Liverpool yang dikenali ramai, Pepe Reina juga pernah beraksi sebagai pemain tengah di pra musim ketika menentang pasukan liga Jerman Kaiserslautern juga pada 2016.
📅 | #OnThisDay in 2005
🤯 David James played UP FRONT as City searched for a goal that'd send them into the UEFA Cup – his movement in the box caused a Boro player to hand the ball but @ManCity MISSED the pen and Boro qualified instead.#MCFC | #ManCity pic.twitter.com/01E13Thvlz
— City Report (@cityreport_) May 14, 2020
Sementara itu bekas penjaga England, David James pernah mencipta sensasi pada 2005 apabila beraksi sebagai penyerang untuk Manchester City dalam perlawanan sebenar.
James dihantar ke hadapan oleh pengurus Stuart Pearce sebagai jalan terakhir dalam perlawanan menentang Middlesbrough pada hari terakhir musim 2004-05, ketika City cuba untuk memastikan tempat ke Piala UEFA.
Ia hampir membuahkan hasil apabila James terlibat dalam gerakan City yang dianugerahkan penalti minit akhir, tetapi Robbie Fowler gagal menyempurnakan sepakan penaltinya yang diselamatkan oleh Mark Schwarzer.