Penyerang Chelsea, Diego Costa bakal dikenakan tindakan disiplin

Penyerang Chelsea, Diego Costa bakal dikenakan tindakan disiplin oleh Football Association akibat dari aksinya ke atas Laurent Kosielny.

Costa pada awalnya terlepas dari dikenakan tindakan oleh pengadil Mike Dean dalam perlawanan menentang Arsenal di Stamford Bridge sabtu lalu.

Bagaimanapun, tindakan Costa melempang muka Kosielny akan direviu melalui rakaman video perlawanan dan akan dinilai jawatankuasa FA.

Chelsea dan Arsenal juga berdepan tindakan hukuman setelah gagal mengawal pemain kelab masing-masing.

Costa dengan penuh bernafsu menolak Koscielny
Costa dengan penuh bernafsu menolak Koscielny

“Penyerang Chelsea tersebut telah terlibat dalam satu insiden bersama pemain Arsenal Laurent Koscielny pada minit ke 43 perlawanan. Dia perlu menjawab(pertuduhan) sebelum pukul 6 petang hari Selasa 22 September 2015.

“Insiden off the ball yang tidak dilihat ketika itu oleh pegawai perlawanan akan dirujuk kepada panel yang dianggotai tiga bekas pengadil elit.

“Setiap ahli panel pengadil akan menonton sedutan video secara berasingan dan akan tentukan sama ada kelakuan itu patut dikenakan kad merah atau tidak. Untuk mengambil tindakan bagi kelakuan yang telah berlalu, dan disusuli denda dari FA, keputusan dari panel mestilah melebihi dari dua undi.

“Pertahanan Arsenal, Gabriel telah dikenakan hukuman kerana tindakan yang tidak sepatutnya setelah dikenakan kad merah, manakala rakan sepasukannya Santi Cazorla telah diberi amaran.

“Akhir sekali, kedua-dua kelab telah dituduh kerana gagal mengawal pemain mereka di bawah undang-undang FA E20.

“Kedua-dua kelab dan Gabriel diberikan sehingga Khamis 24 September 2015 pukul 6 petang untuk menjawab pertuduhan.”

BACA:  Costa Dedah Cerita Sebenar Di Sebalik Masalah Beliau Dengan Conte