Penyokong Arsenal Yakin Liverpool Akan Menangis Di Emirates

Penyokong Gunners sangat teruja dengan persembahan semasa yang ditunjukkan oleh anak-anak buah Mikel Arteta itu dengan mereka kini yakin Liverpool akan menangis di Emirates.

Arsenal berjaya merekodkan lima kemenangan secara berturut-turut dalam saingan Premier League, dengan mereka juga merupakan antara pasukan yang paling berprestasi pada ketika ini.

Selepas berjaya mencatatkan kemenangan demi kemenangan, para peminat semakin yakin yang mereka bakal mampu menewaskan Liverpool awal pagi esok.

Tambahan pula, Liverpool pada ketika ini tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka, dengan anak-anak buah Jurgen Klopp itu bergelut dalam tiga perlawanan terakhir mereka.

Liverpool bergelut untuk menewaskan West Ham ketika kedua-dua pasukan bertemu di Anfield pada awal bulan lalu, dengan The Reds hanya mampu mencatatkan keputusan 1-0 sahaja.

Jentera serangan Liverpool dilihat serba tidak menjadi dalam perlawanan tersebut dan tidak dinafikan kecemerlangan Alisson Becker berjaya membantu Liverpool mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan tersebut.

Liverpool kemudiannya tewas 1-0 di tangan Inter Milan di Anfield dalam aksi saingan Champions League dengan mereka dalam perlawanan tersebut juga nampak tidak berada di tahap persembahan terbaik masing-masing.

Ketika aksi bertemu Brighton, walaupun Liverpool berjaya mencatatkan kemenangan 2-0, namun harus diakui yang para pemain Liverpool dalam perlawanan itu beraksi dengan sangat hambar.

Melihat kepada rekod beberapa perlawanan terakhir Liverpool, para penyokong Arsenal merasakan yang mereka berpotensi untuk mencatatkan kemenangan, seterusnya mengukuhkan kedudukan di kelompok empat teratas dalam carta liga.

Liverpool kini berjaya mengekalkan rekod lapan kemenangan berturut-turut dalam saingan Premier League, sementara Arsenal pula mencatat rekod lima kemenangan secara berturut-turut.

Pertama kali dalam sejarah saingan Premier League sejak tahun 2009, dua pasukan yang ada rekod lima kemenangan berturut-turut akan bertemu satu sama lain seperti aksi Liverpool bertemu Arsenal awal pagi esok.

Ia bermaksud sudah tentu akan ada antara mereka yang akan gagal meneruskan rekod cemerlang tersebut dengan kedua-dua mereka bakal bertembung di Emirates awal pagi nanti.

Liverpool kini sedang bersemangat untuk mengejar Manchester City dengan mereka kini hanya dipisahkan dengan empat mata sahaja.

Liverpool walau bagaimanapun masih mempunyai kelebihan satu perlawanan yang belum dimainkan dan andai mereka berjaya menewaskan Arsenal, maka mereka bakal satu mata sahaja di belakang The Citizens.

Liverpool sememangnya sangat berkobar-kobar mahu menewaskan Arsenal dan mahu terus mencucuk rapat Man City, namun sepertinya Gunners tidak akan beri laluan mudah.

Di bawah merupakan antara ciapan-ciapan dari para penyokong Arsenal yang begitu yakin mereka bakal tewaskan Liverpool awal pagi esok.

Seperti pertemuan mereka dalam saingan Carabao Cup sebelum ini, penyokong Arsenal turut memiliki perasaan yang sama dengan mereka yakin Liverpool akan menangis.

Walau bagaimanapun, Liverpool pada ketika itu berjaya menewaskan mereka 2-0, dan turut cemerlang menjulang gelaran Carabao Cup selepas menewaskan Chelsea dalam aksi perlawanan akhir.

Kini, kedua-dua mereka akan sekali lagi bertemu, dan penyokong Arsenal yakin, Liverpool akan menangis di bumi Emirates, seterusnya menguburkan harapan anak-anak buah Jurgen Klopp itu untuk mencabar gelaran liga.

Tidak dinafikan juga pertembungan antara kedua-dua pasukan ini akan sangat menarik untuk disaksikan kerana kedua-dua mereka terdesak mahu mencatat kemenangan.

Liverpool mahu mencabar gelaran liga, sementara Arsenal pula mahu mengukuhkan kedudukan mereka di kelompok empat teratas dengan kedua-dua pasukan turut mahu kekalkan rekod kemenangan secara berturut-turut mereka dalam saingan Premier League.

BACA:  Gol Padu Jaringan Lautaro Martinez Gagal Bawa Inter Ke Peringkat Suku Akhir