Harry Kane telah dikeluarkan pada minit ke-74 permainan aksi bertemu Scotland awal pagi tadi, selepas beliau mempamerkan rentak permainan yang sangat hambar.
Kane seolah berjalan santai mengisi masa lapang di atas padang ketika beliau bermain bertemu seteru utama negaranya, Scotland.
Ketua pasukan England itu langsung tidak menyumbang apa-apa ketika aksi kemenangan 1-0 England menewaskan Croatia pada hujung minggu lalu.
Gareth Southgate delivers Harry Kane verdict and reacts to England being booed off | @johncrossmirror https://t.co/mhwlARHuTb pic.twitter.com/AadEgHNWbe
— Mirror Football (@MirrorFootball) June 18, 2021
Dan beliau sekali lagi mempamerkan rentak permainan hambar dan wajib di maki ketika aksi pertemuan bertemu Scotland pada hari ini di Wembley.
Selepas beraksi dua perlawanan, Kane langsung tak berjaya untuk mencatatkan on target dan sama sekali tidak mendatangkan bahaya kepada barisan pertahanan lawan.
Beliau dilihat begitu malas untuk mengutip bola atau mencari ruang, sebaliknya hanya berjalan santai menunggu bola, dan mensia-siakan bola dengan membuat keputusan yang mengarut.
Pemain yang dianggap penyerang terhebat dunia itu hanya sempat menyentuh bola sebanyak 10 kali sahaja sepanjang aksi babak pertama permainan.
Frustrating one but a clean sheet and one group game to win to finish top. 🦁🦁🦁 pic.twitter.com/E5yB1xmiMR
— Harry Kane (@HKane) June 18, 2021
Southgate yang mungkin sudah tidak tahan melihat kemalasan Kane, telah memutuskan untuk mengeluarkan beliau dan digantikan dengan Rashford.
Rashford telah dimasukkan pada minit ke-74 permainan dalam usaha England untuk mencari gol kemenangan seterusnya mengesahkan tempat untuk mereka di pusingan 16 terbaik.
10 – Harry Kane had just 10 touches in the first half; the fewest of any player in the match, while just one was in Scotland's box and the England forward completed just two of five passes attempted. Isolated. #ENG #EURO2020 pic.twitter.com/hDwf3F7wGf
— OptaJoe (@OptaJoe) June 18, 2021
Kane melepaskan lilitan kaptennya lalu berjalan keluar meninggalkan padang dengan penuh kehampaan.
Aksi hambar yang beliau pamerkan telah mengundang pelbagai reaksi dari para peminat di media sosial.
Harry Kane when he has creative midfielders surrounding him. #ENGSCO pic.twitter.com/sW28JgD4sB
— Saliba-hyve (@brickwarl) June 18, 2021
Harry Kane 🏴 has zero shots on target after two games at EURO 2020. 👀 #EURO2020 pic.twitter.com/Sdc4fQLD68
— RouteOneFootball (@Route1futbol) June 18, 2021
Rate Harry Kane’s performance out of 10… pic.twitter.com/Ear0tFTuyA
— talkSPORT (@talkSPORT) June 18, 2021
📸 – Rashford coming on now, replacing Harry Kane. pic.twitter.com/yhZyK84eSb
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) June 18, 2021
Harry Kane after two games at the 2018 World Cup:
🥅 5 shots on target
⚽️ 5 goalsHarry Kane after two games at Euro 2020:
🥅 0 shots on target
⚽️ 0 goals#ENG #ENGSCO #Euro2020 pic.twitter.com/QLkcRgblSA— bwin (@bwin) June 18, 2021
“Apa dia buat? Sepanjang perlawanan dia hanya berjalan, dia langsung tak berusaha cari bola di bahagian midfield. Apa yang sebenarnya berlaku pada dia?”
“Adakah dia sedang memikirkan soal perpindahan dia? Dia main terlalu teruk, dia seolah bukan Kane yang kita kenal.”
“Jika Kane terus begini, dia akan jadi pemain paling tidak berprestasi dalam pertandingan ini, Southgate mungkin perlu rehatkan dia untuk perlawanan selepas ini.”
Begitulah komen-komen dari para peminat yang mengkritik aksi hambar Kane sepanjang perlawanan bertemu Scotland itu.
Walau bagaimanapun, masih ramai peminat yang sebenarnya risau melihat aksi Hambar yang dipamerkan oleh Kane, kerana merasakan beliau harapan untuk bantu England memenangi pertandingan ini.
Harry Kane still hasn’t had a shot on target at #EURO2020 #ENG #SCO pic.twitter.com/G64EmGGWUR
— Goal (@goal) June 18, 2021
Kane merupakan penyerang utama dan nadi penting dalam sistem serangan skuad The Three Lions, kemerosotan prestasinya jelas akan menjejaskan peluang England untuk pergi lebih jauh.
Selain Kane, Sterling juga tidak menunjukkan tahap persembahan terbaiknya dalam perlawanan ini, dan Southgate perlu lakukan sesuatu jika beliau mahu membawa England mara ke peringkat seterusnya.
Kane dalam saingan liga telah mempamerkan rentak permainan yang sungguh menakjubkan bersama Tottenham Hotspur musim lalu.
Beliau berjaya memenangi anugerah kasut emas Premier League selepas menjaringkan 23 gol dan mencatatkan 14 assists bersama Tottenham Hotspur.
Apa yang merisaukan peminat England adalah, melihat pemenang kasut emas Piala Dunia 2018 itu langsung tidak berkesan sepanjang kejohanan Euro 2020 ini.
Kane tidak berjaya mempamerkan rentak persembahan terbaiknya dalam kedua-dua aksi perlawanan awal peringkat kumpulan.
🦁 74 minutes for @HKane tonight as @England drew 0-0 with Scotland.#EURO2020 pic.twitter.com/mG66USdCK5
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) June 18, 2021
Satu-satunya peluang keemasan yang berjaya dicipta oleh skuad England ketika bertemu Scotland adalah datangnya dari John Stones.
Bola tandukan John Stones hasil umpanan Mason Mount dari sepakan sudut sekadar menggegar palang gol sahaja, dan itulah satu-satunya peluang keemasan yang berjaya dicatatkan oleh The Three Lions.
Keputusan seri ini menyebabkan England perlu mencatatkan kemenangan bertemu Czech Republic nanti untuk memastikan mereka layak ke peringkat seterusnya.
Czech sudah selesa selepas mencatatkan dua kemenangan dari dua perlawanan mereka, namun England perlu mengutip tiga mata penuh untuk layak memandangkan Scotland juga masih berpeluang untuk layak.
Scotland akan bertemu Croatia pada 23 Jun nanti dan mereka perlu mencatat kemenangan besar, sambil berharap England tewas di tangan Czech Republic untuk mara ke pusingan 16 terbaik.
🗣 "It's not just about one person"
Gareth Southgate defended Harry Kane's display during England's 0-0 draw with Scotland, insisting it was the whole team who could not come up with the answers at Wembley. pic.twitter.com/kSXI2kZed7
— Sky Sports News (@SkySportsNews) June 18, 2021
Jika England berjaya menewaskan Czech Republic, mereka akan mara ke pusingan 16 terbaik selaku Juara kumpulan, dan jika ia berlaku, lawan mereka di peringkat kalah mati adalah naib Juara dari kumpulan F.
Kumpulan F dibarisi oleh pasukan-pasukan handalan dunia seperti Perancis, Jerman dan Portugal, jadi dengan persembahan serba tidak menjadi seperti ini, ia tentunya akan memberikan masalah kepada England nanti.