Penyokong England Sudah Mencacah Tatoo Piala Euro di Lengan, Tanda Yakin Tiga Singa Bakal Juara

Seorang penyokong England telah bertindak di luar kawalan pemikiran manusia normal apabila telah mencacah tatoo di betisny yang memaparkan gambar Piala Henri Delaunay sebagai tanda keyakinan yang tinggi bahawa pasukan negaranya bakal muncul juara Euro pada malam esok.

Selepas pasukan England menewaskan Denmark dalam masa tambahan pada perlawanan separuh akhir di Wembley pada hari Rabu lalu, seluruh negara tersebut yakin bahawa bola sepak akhirnya akan ‘pulang semula ke tempat asalnya’.

Anak buah Gareth Southgate akan mencipta sejarah baharu negara tersebut jika mereka berjaya menewaskan Itali pada hari Ahad nanti, dan jika ini berlaku, tidak dapat dibayangkan apa yang akan berlaku di kalangan seluruh rakyat mereka.

Pada hari Khamis lalu, Lewis Holden, bapa kepada dua anak, telah bertindak di luar batas-batas normal manusia disebabkan terlalu yakin bahawa bola sepak akan balik rumah. Dia telah mencacah tatoo di betis kanannya  yang mempunyai grafik piala Euro 2020, disertakan dengan kapsyen ‘England Pemenang’ di atas piala.

Lewis bangga dengan tatoo di betis. Gambar : SB

Di bawah piala tersebut, dia telah meletakkan tulisan ‘It’s Coming Home’.

Lewis yang berasal dari Oldham telah bertaruh dengan seorang rakannya yang meerka akan mencacah tatoo yang sama jika England muncul juara. Tetapi dek terlalu girang dan teruja, dia sudah mendahului kawannya selepas menghubungi beberapa pencacah tatoo ketika dia sedang mabuk meminum arak sambil menonton perlawanan menentang Denmark.

“Aku belum sumpah [jinx] lagi. Aku dah buatnya balik rumah,” ujar lelaki berusia 26 tahun tersebut.

“Semua orang cakap yang aku dah bawa majal tapi aku tak rasa macam tu. Aku yakin.

“Hari Isnin nanti orang semua akan beratur nak tengok tatoo ni. Kalau kita menang, aku akan potong rambut macam Foden tau.”

Tiga tahun lalu, seorang pemuda, Jamie Richardson dari Castleford telah bertindak seakan si Lewis ini apabila dia mencacah tatoo ‘England juara Piala Dunia 2018’ di perutnya.

Dia membuat keputusan untuk mempunyai tatoo seperti itu selepas England mendahului Panama 5-0 sebelum tamat separuh masa pertama, tetapi selepas England tersingkir di tangan Croatia di separuh akhir, tindakannya kelihatan ada sesuatu yang tidak kena dengan akalnya.

Walaubagaimanapun, dia mengatakan dia tidak menyesal dengan tindakannya tersebut.

“Lebih baik aku ada kepercayaan dan tewas daripada tak pernah percaya langsung,” ujar Jamie kepada DailyStar, selepas kekalahan mereka di separuh akhir.

“Aku tak menyesal. Aku bangun pagi dan berasa sangat bangga menjadi orang Inggeris hari ini.

“Semua pemain akan pulang sebagai wira. Mereka sudah membuatkan seluruh negara berasa bangga.

“Gareth Southgate telah membawa beban ini dengannya sejak 1996 dan sekarang dia boleh balik dan maklum yang dia sudah berikan kami sesuatu untuk dipercayai.”

Jamie dengan tatoo di perut. Gambar : SB

Entah macam mana cerita pada hari Ahad nanti, sama-samalah kita tunggu.

Lawan England di perlawanan akhir nanti semestinya bukan calang-calang pasukan. Sejak daripada awal kempen Euro pada tahun ini, mereka telah menunjukkan bahawa mereka mampu pergi jauh walaupun bukan sebagai pasukan pilihan, dengan pasukan seperti England, Jerman, Perancis, Sepanyol, Portugal dan Belgium dilihat lebih berpeluang berbanding mereka.

Walaubagaimanapun, anak buah Roberto Mancini berjaya mengenepikan cabaran pasukan lawan dalam setiap perlawanan dengan gaya seorang juara, kecuali ketika peringkat separuh akhir di mana mereka terpaksa berhempas pulas menahan asakan demi asakan daripada pasukan Sepanyol, sebelum muncul pemenang menerusi penentuan sepakan penalti.

Chiellini kapten paling cool

Diketuai kapten berwibawa, Giorgio Chiellini, Itali pasti tidak akan mahu melihat Harry Kane menjadi kapten yang menjulang piala yang paling berprestij di Eropah tersebut. Dia dan pasangannya di pertahanan, Leonardo Bonucci pasti akan melakukan yang terbaik demi membawa Piala Euro balik ke Rom, selepas kali terakhir mereka lakukannya pada tahun 1968.

Sumber : SB

BACA:  Soutgate Pertahan Maguire Walaupun Setelah Jaring Gol Sendiri