Penyokong England Sudah Mula Lepak di ‘Mamak’ Pukul 7 Pagi, 10 Jam Sebelum Sepak Mula

Bahang pertemuan antara pasukan England dan Jerman dalam pusingan 16-pasukan di Euro 2020 semakin dirasai di seluruh dunia, di mana peminat bola sepak sudah mula bersembang tentang gosip, ramalan, taktikal dan juga membincangkan siapa pemain England yang paling kacak selain Harry Kane.

Kemeriahan ini dapat dilihat menerusi hantaran-hantaran di laman sosial seperti di Facebook dan Twitter, dengan penyokong kedua-dua pasukan saling berbalas banter dan usikan sambil cuba membakar line.

Memandangkan England mempunyai liga yang paling terkenal di dunia – Liga Perdana Inggeris – maka pasukan ini mendapat sokongan yang banyak daripada rakyat di negara lain, termasuklah sebuah negara bakas jajahan takluk mereka di Asia Tenggara.

Walau semeriah mana sekalipun, perasaan berdebar dan cuak itu tetap tidak dapat menandingi apa yang dirasai oleh para penyokong England yang tinggal di England.

Menjelang pertemuan bersejarah tersebut, para penyokong tidak senang duduk sejak awal-awal lagi dan bagaikan cacing kepanasan memikirkan di mana lokasi terbaik untuk menonton perlawanan paling penting pasukan mereka setakat ini.

Iya lah, stadium hanya benarkan 50 peratus kapasiti, dan tiket pula perlu dibahagi sama rata dengan penyokong Jerman.

Disebabkan perlawanan ini adalah perlawanan penting, takkan lah nak tengok di rumah, kan?

Jadi, demi mendapatkan tempat menonton yang seronok dan bersuasana stadium, maka para penyokong selalunya akan menonton bola sepak di pub, atau kalau ikut budaya di Malaysia – di mamak lah.

Memandangkan kerusi pub yang terhad, maka ada penyokong England di Sheffield yang duduk di pub seawal 7 pagi, walaupun perlawanan hanya akan bermula pada pukul 5 petang waktu tempatan!

Dalam satu rancangan yang dipanggil Selamat Pagi Britain (Ya, diorang tiru Selamat Pagi Malaysia), yang disiarkan di ITV, wartawan dan jurukamera telah meronda kawasan-kawasan panas dan mereka sempat menemubual penyokong yang sudah ‘menge-chup’ kerusi di pub di dinihari.

“Kami terima orang datang melawat dari seluruh negara yang nak ambil selfie sahaja di depan tempat ni,” ujar Adam, seorang pemilik pub.

“Malam ni adalah malam yang penting. Dalam [pub] ni akan penuh nanti.

“Pada masa yang sama ada banyak kerusi kosong di taman arak jadi kalau kau nak suasana yang padu, sinilah tempat dia.”

Gila tak penyokong England?

Boleh lah tahan. Tapi ada penyokong di Malaysia yang pergi ke stadium pada pukul 3 pagi lagi, walaupun sudah mempunyai tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan pada tahun 2009 dulu!

Pada awal bulan ini, seorang penyokong England telah membuat prank terhadap teman wanitanya yang berbangsa Wales, dengan menghiasi rumah mereka dengan bendera England dan gambar Raheem Sterling dan beberapa pemain England yang lain.

Rumah yang dihiasi dengan bendera England.

David Jones, 36 tahun, berasal dari Hereford, terjerumus ke dalam ‘peperangan’ negara dengan teman wanitanya, Ashleigh, yang berasal dari Brecon.

Tindakan Jones ini ada asasnya. Selalunya Ashleigh akan meletakkan bendera Wales di dalam rumah apabila perlawanan ragbi melibatkan pasukan Naga Merah tersebut berlangsung. Jadi di kesempatan Euro ini, Jones mengambil langkah membalas dendam.

Ketika teman wanitanya sedang bekerja jauh dari rumah di Credenhill, Jones menghabiskan masa selama dua jam menghiasai rumah mereka dengan bendera England, dan juga kadbod yang mempunyai gambar pemain seperti Harry Kane, Raheem Sterling dan Phil Foden.

Selepas penat pulang dari kerja, Ashleigh terkejut kerana rumahnya menjadi kubu pertahanan England.

“Dia tak berapa suka mula-mula,” Jones bercakap kepada Sport Bible.

“Tapi sekarang ni dia rasa kelakar dah. Nasib baik aku masih boleh masuk rumah!”

Nasib baik England tak lawan Wales dalam Euro ni. Kalau tidak, mungkin ada yang menjalani kehidupan single kot lepas tu.

Sumber : SB

BACA:  Dua Bintang England Bakal Tukar Kerakyatan Dan Mahu Mewakili Ghana Di Qatar