Perancis akhirnya telah membuat satu aduan rasmi berkenaan sikap melampaui batas yang telah dipamerkan oleh penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez ke atas pemain keramat mereka, Kylian Mbappe.
Selepas beberapa siri mengejek, troll dan menganjing dari Emiliano Martinez yang dilihat semakin melampaui batas ia menimbulkan ketidaksenangan di hati peminat Perancis.
Antara kelakuan Martinez terhadap Kylian Mbappe adalah dengan bertafakur selama seminit di bilik persalinan dan memegang patung yang ditepek wajah Mbappe diatasnya.
Bagi Presiden Persatuan Bola Sepak Perancis, Noel Le Graet merasakan tindakan Martinez telah pegi ‘terlalu jauh’ lalu di telah memutuskan untuk menulis surat aduan rasmi.
FFF president Noël Le Graët says he has written to his Argentinian counterpart regarding Emiliano Martínez's taunting of Kylian Mbappé.https://t.co/YvxydwcEB2
— Get French Football News (@GFFN) December 22, 2022
Aduan rasmi itu tidak dibuat kepada badan induk bola sepak dunia tetapi telah dibuat kepada Presiden Persatuan bola sepak Argentina. Presiden Persatuan Bola Sepak Perancis, Noel Le Graet menyatakan bahawa:
“Saya menulis surat kepada rakan sejawatan saya dari Persekutuan bola sepak Argentina, saya mendapati sangat keterlaluan, ini tidak normal, dalam konteks pertandingan sukan dan saya sukar untuk memahaminya,”
“Ini sudah terlalu jauh. Tingkah laku Mbappe adalah teladan.”
Martinez telah dikecam kerana mengejek Mbappe dengan kejam lagi brutal, sebelum ini bekas pemain pertahanan Perancis, Adil Ramy telah mengutuk tindakan Martinez itu.
“Emiliano Martínez es la mayor mierda del mundo del fútbol. El hombre más odiado. El guante de oro era para Bono”.
✍️ Adil Rami 🇫🇷, via Instagram. pic.twitter.com/P8ZDszavYo
— Secta Deportiva (@SectaDeporOk) December 22, 2022
Dia menggelar bintang Aston Villa itu sebagai ‘Terpaling anak haram dalam bola sepak’ dan ‘lelaki yang paling dibenci’ dalam catatan media sosial yang meletup-letup.
Kemudian, dalam catatan lain, dia mendakwa Yassine Bounou dari Maghribi sepatutnya memenangi anugerah Sarung Tangan Emas.
Dan akhirnya, Rami mendakwa pemenang Kasut Emas Kylian Mbappe telah “menyakitkan” lawannya sehingga ke tahap di mana mereka meraikan mengalahkannya lebih daripada menjulang Piala Dunia itu sendiri.
“Kylian Mbappé membuat mereka trauma sehinggakan mereka meraikan kemenangan menentang anak ajaib kami lebih daripada Piala Dunia mereka!”
🎙️ Adil Rami on the Argentinian supporters:
“Kylian Mbappé traumatizes them so much that they celebrate the victory against our prodigy more than their World Cup!” 🤣 pic.twitter.com/9S2KncQE6p
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) December 22, 2022
Ramai mengecam Martinez selepas tamat Piala Dunia. Mengenai telatahnya semasa penentuan sepakan penalti, Chris Sutton menganggap ia sebagai satu perbuatan yang ‘keji’ dengan membuang bola ketika Tchouameni mahu melakukan sepakan.
“Saya tidak terlalu terpikat dengan telatah Martinez dalam penentuan sepakan itu,” katanya kepada The Mail.
“Saya fikir ia adalah satu perkara yang agak keji untuk dilakukan (membuang bola). Saya boleh memahami permainan minda dan kepanasan ketika anda melakukan apa sahaja yang diperlukan.”
“Tetapi saya fikir ia sama sekali tidak perlu. Jika Tchouameni berjalan melepasi Martinez (dalam kawalan kehormatan) anda mungkin berasa ingin membidasnya.”
Look at the Martinez throwing the ball away. This puts pressure on the penalty taker.
And again no yellow card!
Tchouameni should have waited to put pressure back on Martinez!! pic.twitter.com/RSzqPnUiqO
— Salman (@xoxdeinox) December 19, 2022
Tindakan Martinez yang menari-nari riang selepas Tchouameni gagal menyempurnakan sepakan penalti yang tersasar itu nyata tidak menyenangkan Sutton.
“Saya tidak menyukainya sama sekali tetapi saya boleh memahami Martinez ketika itu cuba memenangi Piala Dunia.”
“Tetapi dia tidak hanya melepaskannya beberapa ela, dia melancarkannya 15, 20 ela jauhnya. Saya benar-benar merasakan perasaan Tchouameni pada saat itu.”
“Itu tidak dihidupkan. Ia akan menjadi menarik jika Martinez diberikan kad kuning untuk itu kerana dia masih perlu menghadapi penalti seterusnya.”
Terlalu banyak sebenarnya perbuatan Emiliano Martinez ini lakukan dalam perlawanan akhir yang menjengkelkan ramai terutamanya yang tewas dan tersakiti dengan permainan mindanya dipenentuan sepakan penalti sehingga adalam perarakan piala.
Namun telatah Martinez itu walaupun agak melampau tetapi sangat menghiburkan.