Perangai Setan Redmayne Buang Nota Penalti Penjaga Gol Peru

Dalam kesibukan aksi bola sepak antarabangsa, Penjaga gol Australia, Andrew Redmayne telah mencuri perhatian ramai kerana aksi tarian tiangnya di gawang telah membawa Australia ke Piala Dunia 2022.

Nama Andrew Redmayne sekali lagi menjadi sebutan dengan satu lagi aksi penuh menghiburkan apabila telah menunjukkan perangai setannya dengan membuang botol minuman penjaga gol Peru, Pedro Gallese yang dilekatkan nota sepakan penalti

Sudah menjadi lumrah dalam bola sepak moden hari ini apabila penjaga gol akan dibekalkan dengan maklumat dan nota analisis pengambil sepakan penalti lawan dipenentuan sepakan penalti.

Nota seperti inilah yang akan menjadi panduan dan rujukan penjaga gol dalam membuat keputusan tepat bagi menafikan sepakan penalti pihak lawan.

Biasanya nota ini diberikan dengan sehelai kertas akan ditampal diatas botol minuman milik penjaga gol.

Sebelum ini di perlawanan akhir Piala Negara Afrika diantara Mesir dan Senegal, botol minuman yang dilekatkan nota milik penjaga gol Mesir telah dijumpai selepas perlawanan.

Botol itu telah dibaluti kertas dengan perincian penuh mengenai teknik sepakan setiap pemain Senegal yang akan mengambil sepakan penalti.

Penjaga gol Peru, Pedro Gallese tidak terkecuali apabila mempunyai nota yang sama namun dengan setannya penjaga gol Australia, Andrew Redmayne telah membuang botol itu di belakang papan iklan selepas sepakan pertama.

Entah satu suratan atau kebetulan selepas itu Pedro Gallese gagal menyelamatkan baki sepakan apabila cemerlang menafikan sepakan pertama Australia dari Martin Boyle.

Perbuatan Andrew Redmayne yang dianggap agak keji dan bermain kotor itu kantoi apabila telah dirakam dengan sangat jelas oleh kamera kepunyaan The Movistar Deportes.

Tindakan bijak Andrew Redmayne inilah yang membuang segala kelebihan yang ada pada lawan antara faktor yang membawa Australia ke Piala Dunia selain aksi heroic Andrew Redmayne menyelamatkan sepakan terakhir Peru.

Ketika dipenentuan sepakan penalti, Andrew Redmayne telah dilabel sebagai badut kerana aksinya yang unik dengan menari-nari, melompat dan mencangkung menantikan sepakan lawan dan Andrew Redmayne membuktikan sebaliknya.

Perlawanan antara Peru dan Australia ini berakhir dengan keputusan terikat tidak dapat dipisahkan iaitu seri selepas 90 minit permainan sehinggalah tamat diheret waktu tambahan menjadi 120 minit.

Permainan penuh berhati-hati ditampilkan kedua-dua pasukan yang memberi kebosanan tahap maksima di mana hanya tiga percubaan tepat sahaja hadir disepanjang tempoh 2 jam perlawanan.

Peru dan Australia pernah berkongsi kumpulan pada Piala Dunia 2018 yang menyaksikan Perancis muncul juara dan untuk edisi seterusnya hanya satu pasukan sahaja layak.

Pemenang perlawanan play-off yang dipanggil Inter-Confederation Qualification: Play-off ini terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti.

Jurulatih Australia telah mengambil risiko yang sangat besar apabila menukar penjaga gol untuk penentuan pemenang perlawanan yang dianggap sebagai satu perjudian setara dengan cabutan loteri.

Penjaga gol Sydney FC, Andrew Redmayne menggantikan bekas penjaga gol Brighton, Mat Ryan pada minit ke-120 dan ia terbukti sebagai pertukaran yang memberi penuh inspirasi.

Andrew Redmayne masuk dengan menggalas tanggungjawab dan tekanan yang teramat besar namun telah mempamerkan aksi yang teramat menarik dengan menari-nari, melompat-lompat ke kiri ke kanan dan mencangkung ketika sepakan penalti berlangsung dari sepakan pertama sehingga terakhir.

Australia memulakan sepakan penalti pertama dengan langkah kiri apabila Martin Boyle gagal menyempurnakan sepakan dan Gianluca Lapadula tiada masalah untuk memberi kelebihan kepada Peru.

Pada sepakan ketiga kedudukan kembali seimbang apabila Luis Advincula gagal menjaringkan penalti untuk Peru selepas Craig Goodwin tenang melakukan sepakan.

Selepas tamat lima sepakan kedudukan masih terikat dengan 4-4 dan memasuki fasa sudden death (tiba-tiba mati) disepakan keenam. Andrew Redmayne terus melakukan tarian tiang.

Dalam pada melakukan tarian tiang gol, Andrew Redmayne menghasilkan aksi penyelamatan terbesar dan terhebat dalam kariernya untuk menggagalkan sepakan Alex Valera dan menghantar Australia ke Piala Dunia 2022.

Segalanya tentang Andrew Redmayne sangat menarik dengan tarian dan aksi heroicnya serta ini merupakan penampilan ketiga Andrew Redmayne di pentas antarabangsa bersama Australia.

Selalu bawak jadi tukun kat tepi padang je la dan ternyata aksi luar akal Andrew Redmayne telah menjadi bualan dunia bola sepak.

Kejayaan Australia mara ke Piala Dunia 2022 yang bakal berlangsung di Qatar ini menjadi penampilan keenam Australia dalam sejarah kewujudan pasukan bola sepak lelaki.

Ini merupakan kali kelima secara berturut-turut Australia berjaya mara ke Piala Dunia sejak tahun 2006. Tak sia-sia la sertai bola sepak Asia (AFC).

Kemenangan ini secara automatiknya telah meletakkan Australia di kumpulan D Piala Dunia 2022 bersama-sama dengan Perancis, Denmark dan Tunisia.

Boleh dikatakan satu reunion buat Australia, Perancis dan Denmark apabila negara ini berada dalam kumpulan yang sama di Piala Dunia Rusia 2018. Peru terpaksa beralah.

Perjalanan karier Andrew Redmayne yang kini berusia 33 tahun yang pernah bermain untuk pasukan Australia B20 dan B23 agak penuh berliku sebelum menjadi wira Australia hari ini

Selepas bermain bersama pasukan Australia U23 pada 2011 Andrew Redmayne tidak pernah dipanggil ke pasukan Senior sehinggalah pada tahun 2019 dan membuat debut menentang Korea Selatan dalam perlawanan persahabatan.

Pada tahun 2016 Andrew Redmayne hampir berhenti dari bola sepak dan merancang untuk menjadi seorang guru apabila bergelut di Western Sydney.

Namun perpindahannya ke Sydney FC pada 2017 telah memberi sinar baru dan kini beliau telah berjaya membawa Australia ke Piala Dunia dipenampilan ketiga.

Bukan Kali Pertama Redmayne Menang Dengan Tarian Tiang Golnya

Anda mungkin tidak pernah mengenali penjaga gol bernama Andrew Redmayne yang beraksi untuk Sydney FC di A-League yang mana telah menghadiahkan pasukannya satu trofi dengan gaya penyelamatan yang cukup pelik dan unik ketika penentuan sepakan penalti.

Dalam perlawanan A-League Grand Final 2019, Redmayne menjadi hero buat Sydney FC apabila menyelamatkan dua sepakan penalti yang diambil pemain Perth Glory untuk memberikan kemenangan untuk pasukannya.

Sydney FC meraikan kejayaan mereka muncul juara

Redmayne pernah mewakili Australia Bawah 23-tahun pada tahun 2011, dan kini sudah mencecah usia 31 tahun.

Aksi final tersebut berlangsung dengan sengit tetapi kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan sepanjang 120 minit permainan dan ia terpaksa dibawa ke penentuan sepakan penalti bagi mencari pemenang.

Kebanyakan pemain dan peminat tidak begitu menyukai penentuan sepakan penalti tetapi bagi penjaga gol, ia merupakan detik yang paling ditunggu kerana ia merupakan peluang terbaik untuk mencipta nama selaku hero pasukan.

Dan ternyata, Redmayne menggunakan detik tersebut dengan sebaiknya apabila beliau menggunakan cara penyelamatan yang orthodoks untuk menidakkan Perth Glory.

Mungkin Redmayne mengambil inspirasi dari penjaga gol seperti Jerzy Dudek dan Bruce Grobbelaar untuk menghasilkan cara penyelamatan sebegitu.

Dan ternyata, gaya unik Redmayne berjalan dengan lancar dan beliau berhasil menyelamatkan dua sepakan penalti yang diambil oleh Andy Keogh dan Brendon Santalab. .

Redmayne dengan gaya penyemalatan yang unik dan tidak pernah dibuat orang

Santalab misalnya cuba untuk melakukan penalti panenka tetapi dapat dibaca dengan baik oleh Redmayne.

BACA:  Bomoh Peru Buat Ritual Luar Stadium Ikat Kaki Neymar