Kelayakan Piala Dunia CONMEBOL: Peru 0-2 Argentina

Argentina meneruskan kempen kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan dan masih mengekalkan rekod tanpa kalah apabila meneruskan Peru dengan jaringan 2-0.

Sejak wisel permulaan ditiup Peru menguasai perlawanan namun penguasaan bola tidak membawa apa-apa makna tanpa jaringan gol.

Disebalik penguasaan Peru selaku tuan rumah, Argentina lebih berbahaya apabila kerap mencipta peluang dan merencanakan gol.

Nicolas Gonzales membuka tirai jaringan perlawanan pada minit ke-17 melalui kaki kiri yang menyudahkan umpanan Lo Celso disebelah kiri.

Hantaran lolos Leandro Paredes berjaya menemui Lautaro Martinez yang berjaya memperdayakan penjagai Peru sebelum menolak bola ke gawang dalam situasi 1 vs 1.

Selepas jaringan Lautaro Martinez itu tiada lagi tambahan gol dari kedua-dua pasukan dan keputusan dua kosong kekal hingga tamat perlawanan.

Argentina kini menghuni tangga kedua dibelakang Brazil dengan mengutip 10 mata selepas tiga kemenangan dan satu seri.

Empat pasukan teratas akan layak ke Piala Dunia 2022 Qatar dan pasukan tempat kelima akan bermain di slot play-off.

Peru (4-2-3-1): 1-Gallese (PG), 3-Corzo, 4-Santamaria, 2-Abram, 6-Trauco, 23-Aquino, 19-Yotun, 18-Carrilo, 10-Cueva, 20-Flores, 9-Lapadula.

Argentina(4-4-1-1): 1-Armani (PG), 4-Montiel, 2-Lucas Martinez, 19-Otamendia, 3-Tagliafico, 20-Lo Celso, 5-Parades, 8-De Paul, 10-Messi, 22-Lautaro Martinez, 21-Gonzales.

BACA:  Argentina dan Belanda Berdepan Siasatan FIFA Ekoran Kontroversi Selepas Perlawanan