Seorang peminat bola sepak telah membuat kajian tentang perbandingan siapakah yang lebih hebat antara Didier Drogba dan Thierry Henry.
Hasil dari kajiannya telah dimuat naik ke laman Twitter milik beliau. Lagenda Ivorian Drogba adalah seorang pemain yang hebat ketika beraksi bersama kelab dan Negaranya.
Thread: Why Didier Drogba was a better footballer than Thierry Henry. Only facts. pic.twitter.com/Z17406jFgi
— Keyser Soze (@Hustler_Futbol) August 10, 2018
Bekas ketua pasukan Ivory Coast, Drogba, merupakan pemegang rekod penjaring terbanyak Negaranya. Beliau juga telah Memenangi empat kejuaraan Liga Perdana serta memenangi Liga Juara-juara Eropah bersama pasukan Chelsea.
Henry yang ketika ini sudah berusia 42 tahun, merupakan seorang pemain penyerang terbaik yang pernah Arsenal miliki.
Beliau telah membantu Gunners memenangi Kejuaraan Liga Perdana dengan tidak terkalahkan. Henry merupakan salah seorang penjaring terbanyak untuk pasukan Arsenal.
Hasil kajian dari Keyser Soze, beliau dengan jelasnya memberitahu bahawa Drogba adalah pemain yang lebih hebat berbanding Henry.
Mengapa Didier Drogba dikatakan lebih hebat berbanding Thierry Henry?
Henry telah beraksi dalam 9 perlawanan akhir sepanjang kariernya tetapi tidak pernah menjaringkan sebarang gol.
Drogba pula telah beraksi dalam 10 perlawanan akhir sepanjang karier beliau dan telah menjaringkan 10 gol.
Henry played in 9 cup finals, scored 0 goals. Drogba played in 10 cup finals. Scored 10 goals.
Henry was notoriously terrible in big games. You can't be "great" and not be clutch. You can't think of any player in any sport that isn't clutch but is great. pic.twitter.com/rlGOiWBFoj
— Keyser Soze (@Hustler_Futbol) August 10, 2018
Henry sememangnya dikenali sebagai penyerang yang hebat sewaktu zaman kegemilangannya dahulu. Namun beliau tidak memberi impak atau aksi yang baik ketika dalam perlawanan besar terutama dalam mana-mana perlawanan akhir.
Perlawanan akhir Liga Juara-juara tahun 2006, ketika Arsenal sedang mendahului Barcelona 1-0, Henry mendapat peluang untuk menjaringkan gol dalam perlawanan satu lawan satu berdepan Valdes.
Namun beliau mempersia-siakan peluang itu dan menyebabkan Arsenal tewas 1-2 kepada Barcelona. Kalau henry berjaya jaringkan gol, Arsenal sudah ada satu Piala Liga Juara-juara sekarang.
Perlawanan akhir Liga Juara-juara 2012, Chelsea ketinggalan 1-0 kepada Bayern. Pada minit ke-88 Drogba menjadi wira Chelsea apabila berjaya menjaringkan gol dengan satu tandukan yang cantik dan mengikat Bayern dengan keputusan 1-1.
2006 Champions League final. Arsenal up 1-0 vs Barca. Henry 1v1 with Valdes to seal the Champions League. Bottles it and costs his team
2012 Champions League final. Chelsea losing 1-0 to Bayern. 88th minute, Drogba makes it 1-1. Also scored winning penalty in shootout. pic.twitter.com/47htveBauI
— Keyser Soze (@Hustler_Futbol) August 10, 2018
Perlawanan berlanjutan hingga ke penentuan sepakan penalti, Drogba berjaya menjaringkan gol dan Chelsea memenangi perlawanan itu. Nampak Drogba punya kehebatan dalam perlawanan besar?
Pada tahun 2012, Drogba menjaringkan dua gol menentang Valencia ketika diperingkat kumpulan. Chelsea hampir tersingkir dari kejohanan pada waktu itu.
Beliau juga menjaringkan gol-gol penting ketika menentang Napoli, Barcelona dan Bayern. Drogba berusia 34 tahun pada waktu itu, Henry pula pada usia 34 tahun beliau hanya bermain bersama pasukan New York Red Bulls.
Pada usia 35 tahun Drogba berjaya mendominasi pasukan Juventus dengan menjaringkan gol yang cantik serta melakukan assist untuk menewaskan The Old Lady.
At age 35. Drogba dominated Conte's Juventus in the CL. Big goals and assist to beat them with Galatasaray. One of the biggest nights in Galatasaray history. Before almost knocking out Madrid. At age 35, Henry was a pundit. pic.twitter.com/aNGT8GSUBJ
— Keyser Soze (@Hustler_Futbol) August 10, 2018
Perlawanan itu adalah antara perlawanan paling bersejarah untuk pasukan Galatasaray. Ketika Henry berusia 35 tahun pula beliau sudah menjadi seorang pundit.
Pencapaian terbaik Henry dalam Liga Perdana adalah menjaringkan 30 gol dan enam assist untuk Arsenal ketika musim 2003/04.
Drogba pula pernah menjaringkan 29 gol dan melakukan 10 assist untuk pasukan Chelsea pada musim 2009/10. Lebih menarik lagi pada musim itu, Drogba bercuti selama sebulan kerana menyertai AFCON.
Drogba memenangi Liga Juara-juara bersama barisan pemain yang tidak ternama. Bertrand dan Kalou bermain di bahagian sayap, dan Drogba sudah berusia 34 tahun ketika itu.
Henry pula gagal membantu Arsenal untuk memenangi Liga Juara-juara lalu berhijrah ke Barcelona bermain bersama Eto’o dan Messi untuk memenangi Liga Juara-juara.
"Drogba wasn't complete, he was just a target man"
Well watch this video then
— Keyser Soze (@Hustler_Futbol) August 10, 2018
Ini hanyalah fakta yang mengatakan Drogba lebih baik berbanding Henry. Namun Henry tetap seorang pemain Lagenda yang hebat pernah bermain di Liga Perdana.
Drogba tidak sempurna tetapi dia adalah yang terbaik.