Hello! Drogba Pemain Terbaik Afrika Jauh Lagi Padu Dari Salah โ€“ Yakubu

Mohamed Salah kini dinobatkan sebagai pemain terbaik di dunia walaupun musim baharu baru sahaja memasuki 10 perlawanan untuk liga beberapa perlawanan untuk Champions League dan Piala Liga.

Pemain Mesir itu diangkat gila-gila sebagai hebat terutamanya oleh peminat Liverpool yang kau tahu la macam mana, sehinggakan dibandingkan dengan Cristiano Ronaldo dan juga Lionel Messi.

Perbandingan yang tidak masuk akal juga jika hanya untuk 10 perlawanan di Premier League sahaja setakat ini namun boleh la kita semua setuju buat masa ini Mohamed Salah yang terbaik.

Jika dibandingkan dengan Ronaldo dan Messi sememangnya teramat jauh untuk layak kerana perbandingan untuk Ronaldo adalah Messi dan Messi adalah Ronaldo sebagaimana Pele dan Maradona dari era berlainan.

Ronaldo-Messi atau Pele-Maradona mereka dilabel sebagai pemain terbaik sepanjang zaman bukanlah kerana hanya 10 perlawanan sahaja. Tapi tula perbandingan tak masuk akal terus dilakukan.

Ikon bola sepak Nigeria, Yakubu Ayegbeni telah memecahkan kebuntuan mungkin kerana meluat apabila melihat Salah dibandingkan dengan Ronaldo dan juga Messi.

Yakubu Ayegbeni telah menyatakan bahawa pemain terbaik Afrika terbaik yang pernag beraksi di Premier League adalah bekas penyerang dan legenda pasukan Chlesea, Didier Drogba yang berasal dari Ivory Coast.

Satu kenyataan yang berani dari Yakubu Ayegbeni dan satu perbandingan yang lebih masuk akal dan diperdebatkan buat Salah yang berasal dari yang berada di benua Afrika.

Walaupun rekod jaringan Salah akan jauh mengatasi rekod legenda Chelsea itu, bekas penyerang Nigeria itu tidak melihat pemain Mesir itu sebagai pemain Afrika terhebat yang pernah beraksi di Liga Inggeris.

Walaupun bekas mesin gol Everton dan Middlesbrough itu tidak dapat melihat sebarang rasional untuk menganggap pemain berusia 29 tahun itu sebagai pemain Afrika terbaik Yakubu tetap kagum dengan perkembangan Salah.

โ€œAnda tidak boleh mengatakan Salah adalah pemain Afrika terhebat yang bermain dalam Liga Perdana. Drogba adalah sesuatu yang istimewa kerana dia menjaringkan gol untuk keseronokan,โ€ kata Yakubu Ayegbeni kepada Goal.

โ€œNamun, anda perlu memberi penghargaan kepada Salah kerana memecahkan rekod legenda besar itu, yang menjadikannya salah seorang pemain Afrika terhebat dalam liga utama Inggeris, tetapi buat masa ini, dia sememangnya bukan yang terhebat.โ€

Selepas mempamerkan prestasi yang meyakinkan di kelab liga utama Switzerland, FC Basel, Salah yang merupakan pemain Terbaik Afrika dua kali itu menyertai Chelsea pada 23 Januari 2014 dengan bayaran yang dilaporkan berjumlah ยฃ11 juta.

Walau bagaimanapun, dia gagal untuk menembus masuk ke dalam pasukan utama The Blues, lalu dipinjamkan ke kelab Itali, Fiorentina dan Roma sebelum dibeli secara tetap oleh Roma.

Salah kembali ke England pada 2017 untuk bersama Liverpool, Yakubu Ayegbeni menjelaskan mengapa bintang The Reds itu bergelut di London dan bagaimana pengalaman itu telah membentuknya menjadi mesin penjaring gol.

โ€œApabila dia datang ke Chelsea, dia masih muda dan tidak mampu untuk menyerlah kerana The Blues mempunyai beberapa bintang terkemuka ketika itu.โ€

โ€œItulah sebabnya dia pergi ke Fiorentina sebelum berpindah ke AS Roma. Dia bermain dengan baik di Itali dan dia ditandatangani oleh Liverpool.โ€

Walaupun tidak menanggap Salah yang terbaik, Yakubu tetap mengangkat Salah sebagai pemain yang hebat dan memuji kecemerlangan Salah tampilkan.

โ€œAku fikir apa yang berlaku kepada Salah sekarang ialah dia lebih memahami Liga Perdana berbanding sebelum ini. Selain itu, pengalamannya di luar England sangat berharga untuknya.โ€

โ€œWalaupun begitu, kita perlu memuji pemain Mesir itu untuk penampilan cemerlangnya kerana bukan mudah untuk bermain seperti yang dia lakukan sekarang di mana sangat luar biasa.โ€

Musim terbaik Salah adalah pada 2017/18 apabila memecahkan rekod semusim di Premier League dengan menjaringkan 32 gol dan rekod itu kekal menjadi milik Salah sehingga kini.

Didier Drogba mempamerkan musim terbaiknya pada 2009/2010 apabila menjaringka 29 gol semusim untuk Chelsea di Premier League dan Drogba tidak sekonsisten Salah yang menjaringkan 20 lebih semusim.

Jika dikira dari segi rekod jaringan, Salah telah memotong Drogba di mana Salah telah menjaringkan 107 gol dalam 168 perlawanan di Premier League termasuk ketika bersama Chelsea.

Didier Drogba pula telah menjaringkan 104 gol di Premier League dalam 104 perlawanan, walaupun Salah kurang 86 perlawanan rekod jaringannya telah memotong Drogba yang telah bersara.

Jika dikira berdasarkan jumlah Trofi yang diraih, Drogba jauh lebih cemerlang berbanding Salah, namun Yakubu seronok tengok main bola kerana jaring gol untuk suka-suka.

Rekod dan Trofi Drogba Di Premier League:

Perlawanan : 254
Gol : 104
Assist : 55

Premier League: 2004โ€“05, 2005โ€“06, 2009โ€“10, 2014โ€“15
FA Cup: 2006โ€“07, 2008โ€“09, 2009โ€“10, 2011โ€“12
Football League Cup: 2004โ€“05, 2006โ€“07, 2014โ€“15 runner-up: 2007โ€“08
FA Community Shield: 2005, 2009
UEFA Champions League: 2011โ€“12

Rekod dan Trofi Salah Di Premier League:

Perlawanan : 168
Gol : 107
Assist : 40

Premier League: 2019โ€“20
UEFA Champions League: 2018โ€“19 runner-up: 2017โ€“18
UEFA Super Cup: 2019
FIFA Club World Cup: 2019

BACA:ย  Klopp: Liverpool Intai Kedudukan Manchester United