Peter Crouch telah membuat satu lawak antarabangsa yang membabitkan dirinya sendiri apabila beliau telah terlupa bahawa beliau pernah menjaringkan gol di Champions League.
Bekas pemain Liverpool ini telah menggeletek ulu hati ramai penonton ketika menyaksikan perlawanan antara Borussia Dortmund dan Manchester City.
Kemenangan berpihak kepada Manchester City di Signal Iduna Park dengan jaringan 2-1 dan mara ke separuh akhir dengan agregat 4-2.
2 – Phil Foden is only the second player aged younger than 21 to score in both legs of a UEFA Champions League quarter-final tie, after Kylian Mbappe in 2016/17 for Monaco against Borussia Dortmund (18). Phenom. pic.twitter.com/PLCL5yxUH2
— OptaJoe (@OptaJoe) April 14, 2021
Pemain muda, Manchester City, Phil Foden telah beraksi dengan cemerlanga apabila menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan suku akhir itu.
Pengacara rancangan yang ke udara di saluran BT Sport, Jake Humphrey telah membuat satu kuiz pantas mengenani jaringan Phil Foden itu.
“Baiklah, masa untuk kuiz. Phil Foden merupakan pemain Inggeris kelima menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan suku akhir Champions League. Boleh sesiap beritahu nama empat lagi pemain?”
"They're both special."@JoleonLescott, Owen Hargreaves and Peter Crouch think that Phil Foden and Jude Bellingham are both set to go to the very top 📈 pic.twitter.com/uxKXivwJlF
— Football on BT Sport (@btsportfootball) April 14, 2021
Peter Crouch bersama dua lagi tetamu jemputan iaitu Owen Hargreaves dan Joleon Lescott dillihat berusaha keras memacu minda mereka mencari jawapan.
Joleon Lescott memberikan nama Wayne Rooeney. Owen Hargreaves menyebut nama Steven Gerrard, kemudian keluar nama Frank Lampard dan seterusnya David Beckham.
Melihat ketiga-tiga tetamunya bergelut mencari jawapan, Jake Humphrey mendedahkan tiga nama dan membiarkan tetamunya memberi nama terakhir.
“Wayne Rooney, Frank Lampard, Raheem Sterling…”
Jake Humphrey memberi petunjuk terakhir dengan memandang Peter Crouch sambil menyebut:
“Satu lagi..”
Namun Peter Crouch masih lagi tidak menemui jawapan dan Jake Humphrey terus memberitahu jawapannya:
“Peter Crouch.”
“Betul ke?” Peter Crouch mula tersipu-sipu malu dan memberi respon sambil ketawa terbahak-bahak.
Kemudian Peter Crouch menambah lagi dan mula membangga diri.
“Oh.. kau tahu, aku pemain yang hebat.”
😂 @petercrouch really forgot that he'd scored in both legs of a Champions League quarter-final…
"Good times!" 👌 pic.twitter.com/yn8FDgVnCt
— Football on BT Sport (@btsportfootball) April 14, 2021
Mereka pun ketawa bersama, menangis bersama, ku bersumpah harap kita mati pun bersama, sejak dua menjak ini, makin kerap ku diganggu visi, bila celik juga bila mimpi, aku nampak kau tapi bukan aku yang disisi, dia membelaimu dengan izin dan permisi.
Terus terbantut hajat Jack Humprey untuk bertanya apa perasaan Peter Crouch apa perasaan menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan suku akhir Champions League.
Peter Crouch merupakan seorang pemain bola sepak yang mesra alam menjadikannya seorang yang disenangi ramai, kalau kau nak bahan Crouch jangan harap, dia akan bahan diri sendiri dahulu.
All I can say is I’m sorry Ryan Shawcross……….. 🤦🏼♂️
— Peter Crouch (@petercrouch) April 14, 2021
Selepas bersara daripada dunia bola sepak pada tahun 2019, Peter Crouch mengikut jejak pemain yang lain dengan menjadi pengulas bola sepak bersama BT Sport yang menghiburkan.
Bekas pesara bola sepak berusia 40 tahun itu mempunyai rancangan podcast yang sangat berjaya ‘That Peter Crouch Podcast’.
Peter Crouch memulakan karier profesionalnya bersama Tottenham Hotspur pada tahun 1998 dan tidak pernah membuat sebarang penampilan lalu dipinjamkan ke Dulwich Hamlet dan IFK Hässleholm.
Peter Crouch was the first player in Premier League history to score 50 headed goals in the competition.
• 468 games
• 108 goals
• 58 assists
• 7 clubsOne perfect hat-trick. 🤖 pic.twitter.com/XtBanzry4Z
— Squawka Football (@Squawka) July 12, 2019
Selepas itu Peter Crouch berkelana untuk bersama Queens Park Rangers, Portsmouth, Aston Villa dan Southampton.
Pada 2005 pemain penyerang England itu telah menyertai Liverpoop sehingga 2008 sebelum kembali bersama Portsmouth dan Tottenham Hotspurs.
Tahun 2011 menyaksikan pemain tinggi lampai itu menumpahkan taat setia bersama Stoke City sehingga 2019 dan menamatkan karier bersama Burnley juga pada tahun 2019.