Piala AFF B-16: Malaysia 3-0 Kemboja

Skuad bawah 16 tahun Malaysia telah memulakan aksi Piala AFF Bawah 16 tahun 2022 yang berlangsung di Indonesia dengan langkah kanan apabila menewaskan kemboja tiga gol tanpa balas pada perlawanan pembukaan.

Corak permainan menarik dan bijak menggunakan ruang, skuad muda negara membuka tirai kejohanan Piala AFF B-16 demgan kemenangan 3-0 ke atas Kemboja dalam perlawanan pada malam tadi.

Malaysia tidak menunggu lama untuk menghadirkan impak di dalam perlawanan pertama kejohanan ini apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-6 hasil jaringan Arami Wafiy Zakimi – yang bermula daripada gerakan set-pieces.

Berhadapan dengan Kemboja yang sentiasa kompak ketika bertahan, anak buah Osmera Omaro bijak menggunakan ruang yang ada, sebelum Arami Wafiy memanfaatkan bola muntah hasil tepisan kurang kemas penjaga gol Kemboja untuk Malaysia mendahului 1-0.

Pasukan negara bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga minit ke-59 perlawanan untuk melebarkan kedudukan kepada 2-0, selepas pemain pertahanan Kemboja, Tum Sophat tertanduk bola ke gawang sendiri, selepas bola percubaan pemain Malaysia terlebih dahulu terkena palang gol.

Skuad muda negara melengkapkan kemenangan 3-0 apabila sekali lagi memanfaatkan gerakan set-pieces – kali ini melalui sepakan penjuru – apabila tandukan Faris Danish Asrul menerjah jaring menewaskan penjaga gol Kemboja pada minit ke-78 perlawanan.

Pasukan negara sepatutnya mampu menghasilkan lebih banyak jaringan sekiranya beberapa peluang keemasan yang diperolehi terutama dalam situasi satu lawan satu dengan penjaga gol mampu disempurnakan dengan lebih klinikal.

Tiga mata pertama ini pasti menjadi tonik berguna kepada pasukan negara di dalam saingan Kumpulan C yang turut terdiri daripada Australia.

Myanmar melakar kejutan besar untuk perlawanan pertama apabila menumbangkan Australia 3-2.

Pasukan negara bakal berhadapan Myanmar untuk perlawanan peringkat kumpulan seterusnya yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini.

Skuad kebangsaan B-16 tahun yang beraksi dikejohanan AFF B-16 yang bermula 31 julai sehingga 12 ogos ini dikendalikan oleh Osmera Omaro.

Yogyajakarta, Indonesia menjadi tuan rumah dan semua perlawanan peringkat kumpulan berlangsung di Stadium Maguwoharjo Sleman.

Malaysia berada dalam kumpulan C bersama-sama Australia, Myanmar dan kemboja.

Skuad Harimau Malaya B-16 ini akan memulakan kempen saingan Kumpulan C bertemu Kemboja pada 2 Ogos, diikuti aksi berikutnya berdepan Myanmar pada 5 Ogos dan aksi terakhir kumpulan menentang Australia pada 8 Ogos 2022.

Sebanyak 12 pasukan bertanding dalam kejohanan ini dan dibahagikan kepada tiga kumpulan.

Kumpulan A – Vietnam, Indonesia, Filipina dan Singapura
Kumpulan B – Thailand, Laos, Timor Leste dan Brunei
Kumpulan C – Malaysia, Australia, Myanmar dan Kemboja

Untuk mara ke separuh akhir, Malaysia wajib menang semua perlawanan kerana tiga pasukan juara kumpulan serta satu pasukan terbaik di tempat kedua akan layak ke separuh akhir pada 10 Ogos manakala perlawanan penentuan tempat ketiga dan Final dijadual berlangsung pada 12 Ogos 2022 di Stadium Maguwoharjo Sleman.

Senarai Skuad Malaysia B-16

Osmera Omaro telah membawa 25 pemain untuk Kejohanan AFF B-16 dan seramai 23 pemain berasal dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan 3 pemain dari Johor Darul Ta’zim (JDT).

Berikut Merupakan senarai Lengkap 25 pemain:

1. Muhammad Farish Farhan Bin Mohd Zalani – AMD B-16

2. Muhamad Dainei Bin Mat Disa – AMD B-16

3. Muhamad Faris Danish Bin Mohd Asrul – AMD B-16

4. Muhammad Adam Mikaeel Bin Shahrizan – AMD B-16

5. Muhammad Afiq Danish Bin Hasniruddin – AMD B-16

6. Muhammad Aiman Yusuf Bin Muhammad Nabil – AMD B-16

7. Muhammad Zainurhakimi Bin Zain Azraii – AMD B-16

8. Che Ku Muhammad Aidil Idham Bin Che Ku Ridzuan – AMD B-16

9. Muhammad Aqim Hazmi Bin Hasmadi – AMD B-16

10. Muhammad Arami Wafiy Bin Mohamad Zakimi – AMD B-16

11. Muhammad Danish Bin Darus – AMD B-16

12. Muhammad Danish Iskandar Bin Marzizul – AMD B-16

13. Muhammad Qahir Dzakirin Bin Rosfaizi – AMD B-16

14. Ahmad Danial Bin Razali – AMD B-16

15. Muhammad Anjasmirza Bin Saharudin – AMD B-16

16. Muhammad Syazrul Haziq Bin Zainuddin – AMD B-16

17. Mulia Hairi Bin Muliasugeharto – AMD B-16

18. Muhammad Nabil Fitri Bin Mustaffa – AMD B-16

19. Muhammad Aiman Amsyar Bin Sha’ari – AMD B-16

20. Muhammad Afiq Danish Bin Zulkifli – AMD B-16

21. Muhammad Ammar Shauqi Bin Azri – Johor Darul Ta’zim (JDT)

22. Adib Ibrahim Bin Adnan – Johor Darul Ta’zim (JDT)

23. Muhammad Danial Idraqi Bin Mohd Asmir – Johor Darul Ta’zim (JDT) B-16

24. Muhammad Aisy Al-hakim Bin Hasnizam – AMD B-16

25. Muhammad Afiq Hakimi Bin Mahat – AMD B-16

BACA:  Malaysia Bakal Ke Piala Dunia 2034