Piala AFF Suzuki 2020: Malaysia 1-4 Indonesia

Malaysia menentang Indonesia dalam perlawanan akhir kumpulan B bagi menentukan siapa yang akan mengiringi Vietnam ke separuha akhir, Indonesia hanya memerlukan keputusan seri.

Seperti dijangka perlawanan berlangsung sengit seperti yang terjadi dalam perlawanan-perlawanan lalu.

Pratama Arhan mencuba melakukan rembatan melalui gerakan solo yang mudah menembusi pertahanan Malaysia tapi rembatannya tersasar.

Sepakan penjuru inswinger Indonesia menuju bucu tiang jauh diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat yang kemudiannya telah terlepas bodo bolanya.

Mujur bola terlepas tidak memasuki gawang dan hampir saja aksi kelakar terjadi. Selamat gawang Malaysia.

Malaysia kembali menyerang dan menguji kubu Indonesia dan berjaya mendapatkan dua sepakan penjuru berturut-turut.

Perlawanan berterusan rancak dengan Malaysia garang menekan dan Indonesia menunggu untuk melakukan serangan balas pantas.

Kegopohan Rizal Ghazali berjaya dikawal dengan baik dan mengeluarkan Malaysia dari bahaya.

Akhirnya Kogileswaran Raj A/l Mohana Raj membuka tirai jaringan dengan satu rembatan, padu dan indah, sungguh sempurna gol dari Kogi ini.

Kesilapan pemain Indonesia yang gagal mengeluarkan bola dengan kemas menyaksikan bola sampai ke kaki Kogi yang terus merembat.

Indonesia terus mengasak dan Irfan Jaya datang ke sebelah kanan Khairul Fahmi yang sempat membuat hadangan untuk lontaran ke dalam.

Sangat luar biasa lontaran ke dalam Indonesia dari Pratama Arhan. Lain macam.

Syafiq Ahmad memperolehi peluang terbaik untuk menggandakan kedudukan ketika penjaga gol Indonesia, Nadeo Argawinata sudah keluar namun lambungannya tersasar.

Witan Sualeman melakukan cutback di dalam kotak memecahkan benteng Malaysia dan hantaran itu mudah disempurnakan Irfan Jaya dengan gawang terbuka.

Pratama Arhan melakukan rembatan yang berjaya ditepis Khairul Fahmi namun Irfan Jaya yang tidak dikawal mudah menolak masuk untuk gol kedua.

Indonesia datang lagi kali ini palang menjadi penyelamat selepas dua kali bola meniti palang. Kualiti penyudah Indonesia menyelamatkan Malaysia dari gol lebih.

Tamat separuh masa pertama menyaksikan Indonesia bangkit dan mendahului 2-1.

Akhyar Rashid yang mengalami kecederaan di hujung babak pertama dikeluar dan Dominic Tan dimasukkan dengan Dion Cools bermain lebih ke atas membantu serangan.

Indonesia terus memperkemaskan pertahanan dengan memasukkan pertahanan tinggi lampai mereka, Elkan Baggot.

Pratama Arhan terus menjarakkan kedudukan dengan gol ketiga melalui satu rembatan bebas tidak dikawal memberi Arhan masa dan ruang yang secukupnya.

Kedudukan getir buat Harimau Malaya yang memerlukan kemenangan.

Kesilapan ketua pasukan Malaysia, Baddrol Bakhtiar menyebabkan bola mudah dirampas Rachmat Irianto yang terus merembat tetapi terbias.

Bola sampai ke kaki Irfan Jaya yang sekali lagi tidak dikawal mujur percubaannya tersasar.

Syafiq Ahmad berjaya merapatkan defisit dari hantaran jauh Faisal Halim namun dibatalkan kerana Dion Cools didapati bersalah ketika perebutan bola tinggi dengan Nadeo Argawinata .

Kogileswaran dikeluarkan dan pemain pilihan ramai, Guilherme De Paula dimasukkan pada minit ke-60. Akyar Rashid pula menggantikan Arif Aiman.

Shahrel Fikri masuk menggantikan Syafiq Ahmad. Memasuki minit ke-89 tiada lagi gol dari Malaysia untuk membesarkan peluang untuk terus hidup.

KH Yudo hampir saja menjaringkan gol keempat hasil kesilapan Junior Eldstal mujur Syahmi Safari datang memotong.

Elkan Baggot menunjukkan reputasinya sebagai pemain yang digeruni, kebal di kubu dan tidak terlawan di udara dengan gol keempat dari sepakan percuma.

Langsung Elkan Baggot gagal dicabar untuk melakukan satu tandukan bebas. Game over buat Malaysia.

Di masa kecederaan gol kelima hampir terhasil tetapi diselamatkan tiang.

Langsung tiada cabaran dari pemain Malaysia di separuh masa kedua, hanya Dion Cools nampak berusaha sehingga ke wisel penamat.

Indonesia layak menang dan layak mara ke separuh akhir kerana ternyata pasukan yang jauh lebih baik.

Kesebelasan utama Malaysia vs Indonesia

Junior Eldstal kembali dari kecederaan dan telah digandingan bersama Dion Cools di pertahanan tengah, Faisal Halim akhirnya membuat penampilan pertama di Piala AFF 2020.

Hanya Aidil Zafuan sahaja tidak disenaraikan dan Shahrul Saad ada di bangku simpanan, manakala Syafiq Ahmad mengepalai jentera serangan.

Penjaga Gol

Khairul Fahmi Che Mat โ€“ Melaka United FC (32 Tahun)

Pertahanan

Dion-johan Cools โ€“ FC Midtjylland (25 Tahun)
Junior Eldstal โ€“ Chonburi FC (30 Tahun)
Mohd Rizal Mohd Ghazali โ€“ Kedah Darul Aman FC (29 Tahun)
Muhammad Syahmi Safari โ€“ Selangor FC (23 Tahun)

Tengah

Baddrol Bakhtiar โ€“ Kedah Darul Aman FC (33 Tahun)
Muhammad Safawi Rasid โ€“ Johor Darul Taโ€™zim FC (24 Tahun)
Kogileswaran Raj A/l Mohana Raj โ€“ Petaling Jaya City FC (23 Tahun)
Arif Aiman Mohd Hanapi โ€“ Johor Darul Taโ€™zim FC (19Tahun)
Mohamad Faisal Abdul Halim โ€“ Terengganu FC (23 Tahun)

Penyerang

Muhammad Syafiq Ahmad โ€“ Johor Darul Taโ€™zim FC (26 Tahun)

Pemain Simpanan

Kalamullah Al-hafiz Md Rowi โ€“ Petaling Jaya City FC (26 Tahun)
Mohd Khairulazhan Mohd Khalid โ€“ Selangor FC (32 Tahun)
Shahrul Mohd Saad โ€“ Johor Darul Taโ€™zim FC (28 Tahun)
Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi โ€“ Selangor FC (20 Tahun)
Quentin Cheng Jiun-ho โ€“ Penang FC (22 Tahun)
Muhammad Ariff Farhan Md Isa โ€“ Kedah Darul Aman FC (25 Tahun)
Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar โ€“ Terengganu FC (25 Tahun)
Dominic Tan โ€“ Police Tero FC (24 Tahun)
Luqman Hakim Shamsudin โ€“ KV Kortrijk (19 Tahun)
Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi โ€“ Selangor FC (27 Tahun)
Guilherme De Paula Lucrecio โ€“ Johor Darul Taโ€™zim FC (35 Tahun)
Muhammad Akhyar Abdul Rashid โ€“ Johor Darul Taโ€™zim FC (22 Tahun)

Tidak disenaraikan

Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak โ€“ Johor Darul Taโ€™zim FC (34 Tahun)

Vietnam 3-0 Malaysia

Malaysia turun dengan kesebelasan yang sama ketika menumpaskan Laos tempoh hari dengan Khairul Fahmi Che Mat masih mengekalkan tempatnya sebagai penjaga gawang, dengan dibantu oleh empat pertahan, Rizal Ghazali di sebelah kanan, Syahmi Safari di sebelah kiri serta juga Aidil Zafuan dan Shahrul Saad di bahagian tengah.

Bermain di posisi pemain tengah bertahan adalah bekas pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar. Pemain muda Mukhairi Ajmal bergandingan dengan Syafiq Ahmad sebagai sumber kreatif pasukan.

Safawi Rasid kekal di bahagian sayap kanan manakala Ariff Aiman pula bermain di bahagian sayap kiri, bagi memberikan sokongan kepada penyrang utama negara, Luqman Hakim.

Sebaik sepak mula, Vietnam jelas menguasai perlawanan menerusi gerakan-gerakan pantas di kalangan pemain mereka. Tambahan pula, anak buah Park Hang โ€“Seo bagaikan baru berguru dengan Ralf Rangnick di mana mereka kerap melakukan pressing awal setiap kali pemain Malaysia mendapat bola.

Malaysia pula bermain dengan sangat berhati-hati di mana anak buah Tan Cheng Hoe lebih banyak menunggu bola di dalam kawasan sendiri, menantikan kedatangan bola bersama pemain Vietnam sambil melakukan serangan balas jika ada kesempatan.

Malang buat Malaysia pada awal perlawanan apabila kapten, Aidil Zafuan terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan dan digantikan oleh Dominic Tan.

Pada minit ke-20, Vietnam nyaris medapat gol pertama apabila pemain bernombor 20, Nguyแป…n Cรดng Phฦฐแปฃng, langsung tidak dikawal ketika menerima hantaran lintang dari sebelah kanan. Mungkin silau, Chong Phuong sekadar menanduk angin dan bola singgah tidak tepat di kepalanya.

Selepas menerima asakan bertali arus tanpa belas, akhirnya gawang Malaysia bolos juga. Pemain Vietnam memulakan gerakan di sebelah kiri sebelum melakukan cutback kepada Nguyen Quang Hai yang melakukan larian breakthrough tanpa dikawal mana-mana pemain Malaysia.

Quang Hai kemudiannya melepaskan rembatan lencong ke sebelah kanan Khairul Fahmi Che Mat yang hanya mampu tergamam dan terkesima melihat bola meluru laju ke dalam gol.

Selang seminit kemudian, Malaysia berpeluang untuk menjaringkan gol penyamaan apabila tandukan ke belakang oleh pemain tengah Vietnam, gagal diagak oleh pemain Vietnam yang sorang lagi tu.

Luqman Hakim berjaya mendapatkan bola dan ketika dia hanya berdepan dengan penjaga gol lawan, sepakan kaki kirinya sekadar terkeceper ke sebelah kiri gol Vietnam dan bola bergolek sampai terkena papan iklan Oppo A95.

Pada minit ke-36, gol Malaysia bolos lagi dan kali ini menerusi Chong Phuong. Pemain berjersi nombor 10 ini menerima bola menerusi satu flick cantik daripada rakan sepasukannya, dan berjaya menewaskan dua pertahanan Malaysia sebelum melepaskan satu rembatan menewaskan Khairul Fahmi.

Nguyen Cong Phuong mempamerkan kemahirannya menggelecek pemain Harimau Malaya mencari ruang dan melepaskan rembatan terkena tiang dan masuk ke gawang.

Pada penghujung babak pertama, Syafiq Ahmad hampir menjaringkan gol pertama buat negara selepas menerima hantaran yang cantik daripada Baddrol Bakhtiar. Walaubagaimanapun, cubaannya berjaya ditangkis oleh penjaga gol Vietnam.

Kepenghujung separuh masa pertama Malaysia terus bergelut untuk bersaing dengan Vietnam yang teramat solid permainan mereka dengan penuh berdisiplin.

Hanya dua sahaja percubaan Harimau Malaya tanpa sebarang percubaan tepat serta tanpa sebarang sepakan penjuru, membuktikan betapa Vietnam mendominasi perlawanan.

Bersambung separuh masa kedua, Tan Cheng Hoe mengeluarkan Mukhairi Ajmal dan memasukkan Kogileswaran. Guilherme De Paula juga dimasukkan.

Malaysia bermula positif apabila mula mengasak dan berjaya mendapatkan sepakan penjuru pertama dan kedua dalam perlawanan ini.

Kecederaan terus membelenggu pertahanan tengah Malaysia, selepas Aidil Zaquan mengalami kecederaan, Shahrul Saad pula terpaksa dikeluarkan.

Malaysia kini tiada pemain tengah semulajadi kecuali Dominic Tan yang tersisa. Berbaki dua minit permainan segala tidak menjadi buat Malaysia.

Aksi longlai terus dipamerkan hanya bertahan menyerap asakan demi asakan dari Vietnam yang terus berdisiplin.

Pada minit ke-82, Ariff Aiman melakukan percubaan terbaik Malaysia dengan rembatan dari sudut sempit sebelum disusuli satu lagi percubaan jarak jauh.

Dipenghujung perlawanan Nguyen Hoang Duc menjaringkan gol ketiga melalui satu gerakan solo yang mudah memperkotak-katikkan tiga pertahanan Harimau Malaya.

Rembatan dilepaskan dicelahan pemain sekali lagi membuatkan Khairul Fahmi Che Mat meratap tanah melihat bola menujuk ke bucu gawang.

Malaysia akan berdepan Indonesia dalam perlawanan terakhir dan kemenangan satu-satunya pilihan Malaysia untuk mara ke separuh akhir.

Ternyata Vietnam berada ditahap lain dan tersendiri jika dibandingkan dengan pasukan Asia Tenggara yang lain.

Malaysia 4-0 Laos

Malaysia meneruskan momentum kemenangan dalam perlawanan kedua Piala AFF Suzuki 2020, selepas berjaya menewaskan Laos 4-0.

Untuk perlawanan ini, ketua jurulatih Harimau Malaysia telah melakukan beberapa pertukaran berbanding kesebelasan utama ketika menentang Kemboja di mana tiada kelibat pemain naturalisasi negara, Guilherme De Paula.

Khairul Fahmi Che Mat masih mengekalkan tempatnya sebagai penjaga gawang, dengan dibantu oleh empat pertahan, Rizal Ghazali di sebelah kanan, Syahmi Safari di sebelah kiri serta juga Aidil Zafuan dan Shahrul Saad di bahagian tengah.

Bermain di posisi pemain tengah bertahan adalah bekas pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar. Pemain muda Mukhairi Ajmal bergandingan dengan Syafiq Ahmad sebagai sumber kreatif pasukan.

Safawi Rasid kekal di bahagian sayap kanan manakala Ariff Aiman pula bermainย  di bahagian sayap kiri, bagi memberikan sokongan kepada penyrang utama negara, Luqman Hakim.

Malaysia memulakan perlawanan dengan baik dan mengawal permainan dengan baik, serta mampu melancarkan serangan yang berbahaya terutamanya menerusi kepantasan Safawi Rasid dan Arif Aiman.

Walaubagaimanapun, pemain Malaysia agak alpa di mana pada minit kelima, pemain Laos mendapat peluang untuk menjaringkan gol di mana tanpa dikawal, pemain Laos yang berbaju putih (maaflah tak ingat nama) berjaya melakukan drive cross ke depan gol Malaysia. Namun Khairul Fahmi Che Mat dengan tangkas merebahkan badan dan menampan bola tersebut ke luar padang.

Hasilnya pada minit ketujuh, Safawi Rasid berjaya meletakkan Harimau Malaya di depan. Gol bermula daripada gerakan dari sebelah kiri daripada Arif Aiman yang melakukanย pressing awal ke atas pemain pertahanan Laos.

Arif Aiman kemudiannya melakukan umpanan ke dalam kotak penalti, dengan Luqman Hakim dan Safawi Rasid sedia menunggu. Tanpa dicabar mana-mana pemain Laos, Safawi Rasid dengan tenang menolak bola menewaskan penjaga gol Laos.

Pada minit kesepuluh, Malaysia nyaris menambah gol apabila sepakan penjuru daripada Arif Aiman ditanduk padu oleh kapten, Aidil Zafuan.

Tetapi sayang seribu kali sayang, tandukan tersebut singgah di palang pasukan lawan.

Pada minit ke-34, Malaysia akhirnya berjaya menggandakan kedudukan sekali lagi menerusi Safawi Rasid. Gol berpunca daripada tendangan sudut daripada pemain muda, Arif Aiman ke arahย far post pasukan Laos.

Dengan cabaran daripada pemain Laos, Safawi Rasid berjaya melonjak dan melakukan tandukan yang perlahan tetapi mengelirukan sehinggakan pemain lawan yang berada di atas garisan gol tidak dapat menendang bola, dan bola lolos ke celah kangkangnya.

Kedudukan dua gol tanpa balas yang berpihak kepada Malaysia kekal sehingga ke wisel penamat separuh masa pertama.

Secara keseluruhannya, Malaysia menguasai 54 peratus permainan dan berjaya melakukan dua cubaan tepat dan tiga cubaan melilau.

Akan tetapi, Malaysia merekodkan sembilan kekasaran โ€“ agak tinggi untuk satu separuh masa.

Berikut adalah statistik penuh untuk separuh masa pertama.

Malaysia memulakan separuh masa kedua dengan agak berhati-hati dan jarang melakukan hantaran membelah barisan pertahanan lawan.

Pada minit ke-51, larian pantas bersama bola daripada Arif Aiman hampir pasti dapat menambah jaringan buat Malaysia, di mana dia telah melakukan hantaran lintang ke depan gol Laos. Namun hantaran tersebut hanya beberapa inci sahaja jauh daripada kaki Luqman Hakim.

Minit ke-56 menyaksikan Baddrol Bakhtiar mendapat ruang di luar kotak penalti lawan di mana dia tanpa dikawal telah melepaskan satu rembatan padu ke arah pintu gol Laos. Namun bola rembatannya hanya sedikit tersasar daripada menembusi gol lawan.

Pada minit ke-58, Luqman Hakim telah dikasari oleh pemain bernombor 24, Aphixay di luar kotak penalti Laos. Safawi Rasid mengambil sepakan tersebut dan berjaya melepaskan satu tendangan padu tepat ke arah gol lawan, tetapi dapat ditampan oleh Keo-Dudone.

Shahrel Fikri terlepas peluang keemasan pada minit ke-71 selepas dia menerima satu lorongan yang mantap daripada Baddrol Bakhtiar di dalam kotak penalti. Walaubagaimanapun rembatannya sekadar lalu di depan gol Laos, meskipun penjaga gol sudah pun tertewas.

Tidak lama kemudian, Shahrel Fikri dua kali terlepas peluang untuk menggandakan jaringan buat Malaysia. Pertama rembatannya ketika berhadapan satu sama satu dengan penjaga gol, namun sepakannya terkena kaki penjaga gol lawan. Seminit kemudian, rembatan dari jarak dekatnya pula terkena tiang gol Laos.

Gol yang ditunggu pasukan Malaysia akhirnya tiba pada minit ke-78. Shahrul Saad yang menerima bolaย through di depan kotak penalti Laos, dengan tenang melakukan menyepak leret bola ke sebelah kiri penjaga gol lawan.

Dua minit kemudian, Safawi Rasid melengkapkan hatriknya apabila dia menolak mudah bola ke dalam gol selepas menerima hantaran daripada Kogileswaran, mesikpun dicabar dua pemain lawan.

Selepas selesai tugasnya, Tan Cheng Hoe bertindak mengeluarkan Safawi Rasid dan menggantikannya dengan Guilherme De Paula, atau lebih mesra disapa sebagai Zul, di kalangan penyokong bola sepak Malaysia.

Walaubagaimanapun, keputusan perlawanan kekal sehingga ke wisel penamat dan Safawi Rasid dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Secara keseluruhannya, Malaysia menguasai perlawanan sebanyak 62 peratus dan berjaya melakukan 14 cubaan ke arah gol lawan, termasuk tujuh tepat ke sasaran.

Hari ini boleh dikatakan hari yang tenang bagi Khairul Fahmi Che Mat di mana dia tidak banyak menerima bola untuk ditepis. Sepanjang perlawanan, dia telah melakukan dua penyelamatan.

Kemboja 1-3 Malaysia

Saingan kumpulan B memulakan aksi di Piala AFF 2020 selepas Thailand dan pasukan tuan rumah, Singapura berjaya menewaskan lawan masing-masing dalam perlawanan permbukaan.

Malaysia bertemu kemboja yang dibimbing pemain legenda Jepun, Keisuke Honda di Stadium Bishan, Singapura, perlawanan yang wajib menang untuk mara ke pusingan kalah mati.

Kemboja tidak boleh dipandang rendah walaupun mempunyai rekod yang agak teruk dan kekuatan mereka agak misteri dan tidak boleh dipandang rendah serta terlebih yakin.

Pemain penyerang Kemboja, Chan Vathanaka yang pernah merumput di liga Malaysia masih lagi menjadi tonggak pasukan kemboja, kualiti dan ketajaman pemain ini masih lagi berbisa.

Guilherme De Paula yang sentiasa hilang dalam perlawanan masih masih lagi diberi kepercayaan oleh Tan Cheng Hoe untuk merobek gol lawan.

Di usia 35 tahun ini peluang terakhir Guilherme De Paula perlu membuktikan dirinya layak untuk menyarung jersi Harimau Malaya.

Tepat jam lima tiga puluh petang, Kemboja dan Malaysia merasmikan perlawanan pembukaan kumpulan B yang turut dihuni oleh Indonesia, Vietnam dan Laos.

Syafiq Ahmad terlebih dahulu mencuba dengan satu tandukan yang berpunca dari sepakan percuma dan Harimau Malaya datang lagi untuk sepakan penjuru pula.

Minit ke-4 aksi keras sudah ditunjukkan Kemboja apabila mengasari Akhyar Rashid untuk sepakan percuma kedua.

Kemboja datang menyerang dan telah menyebabkan pertahanan Malaysia kelam-kabut dan Kemboja mendapat sepakan penjuru pertama.

Rembatan jauh leret Safawi Rasid telah memaksa penjaga gol Kemboja, Keo Soksela melayangkan badan.

Pemain yang dituduh sebagai pemain pilihan Netizen telah melakukan satu percubaan bahaya dengan satu acahan badan yang memukau.

Akhirnya Malaysia berjaya berada dihadapan hasil jaringan penalti Safawi Rasid selepas Akhyar Rashid telah dikasari dalam kotak penalti pada minit ke-23.

Pada minit ke-25 Junior Eldstal telah dikeluarkan dan pemain muda Mukhairi Ajmal dimasukkan.

Kemboja sesekali datang menyerang tapi sangat bahaya ini kerana gandingan pertahanan Malaysia sangat teruk dan huru-hara.

Sentuhan penyudah tumpul Kemboja dan ketangkasan Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan gawang Malaysia.

Situasi sama dialami serangan Malaysia untuk menggandakan kedudukan dengan beberapa percubaan dari Akhyar Rashid dan juga Guilherme De Paula.

Kedudukan 1-0 kekal hingga berakhir 45 minit pertama dengan permainan yang tidak jelas dan agak hambar dipamerkan kedua-dua pasukan.

Keserasian jelas tiada dalam pasukan Malaysia. Separuh masa kedua menyaksikan Kemboja memperkemaskan permainan dan mula menguasai perlawanan.

Baddrol Bakhtiar hadir dengan satu rembatan padu yang sedikit tersasar dan selepas itu Akhyar Rashid menggandakan kedudukan.

Hantaran lolos cantik Syafiq Ahmad yang membelah padang telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh Akhyar Rashid dengan gerakan solo.

Akhyar telah dicabar dua pemain Kemboja namun menghantar mereka ke tanah dengan satu tarikan bola ke belakang.

Guilherme De Paula hadir memberi sokongan namun Akhyar memilih untuk menyudahkan sendiri gerakannya itu untuk gol kedua.

Akhyar berlari keriangan dan De Paula hanya melihat tiada kegembiraan dari De Paula yang terus dikeluarkan dan digantikan dengan Luqman Hakim.

Satu gerakan cantik dilakukan oleh Akhyar dan satu suapan cantik dibekalkan kepada Safawi Rasid namun satu sepakan lemah sahaja mampu dilepaskan.

Kogileswaran yang masuk dari bangku simpanan menjaringkan gol ketiga selepas menolak mudah hantaran Luqman Hakim.

Kontroversi tercetus dipenghujung perlawanan apabila, pengadil perlawanan telah menghadiahkan sepakan penalti kepada Kemboja.

Khairul Fahmi Che Mat yang berjaya menangkap kemas bola dituduh melakukan kekasaran ke atas pemain Kemboja. Bola dalam dakapan dah tu.

Kad kuning untuk Khairul Fahmi Che Mat dan Kemboja menjaringkan gol saguhati dari sepakan penalti melalui Sath Rosib.

Kesebelasan utama Malaysia vs Kemboja

Penjaga Gol

Khairul Fahmi Che Mat โ€“ Melaka United FC (32 Tahun)

Pertahanan

Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak โ€“ Johor Darul Taโ€™zim FC (34 Tahun)
Shahrul Mohd Saad โ€“ Johor Darul Taโ€™zim FC (28 Tahun)
Mohd Rizal Mohd Ghazali โ€“ Kedah Darul Aman FC (29 Tahun)
Muhammad Syahmi Safari โ€“ Selangor FC (23 Tahun)

Tengah

Junior Eldstal โ€“ Chonburi FC (30 Tahun)
Muhammad Syafiq Ahmad โ€“ Johor Darul Taโ€™zim FC (26 Tahun)
Baddrol Bakhtiar โ€“ Kedah Darul Aman FC (33 Tahun)
Muhammad Akhyar Abdul Rashid โ€“ Johor Darul Taโ€™zim FC (22 Tahun)
Muhammad Safawi Rasid โ€“ Johor Darul Taโ€™zim FC (24 Tahun)

Penyerang

Guilherme De Paula Lucrecio โ€“ Johor Darul Taโ€™zim FC (35 Tahun)

Pemain Simpanan

Kalamullah Al-hafiz Md Rowi โ€“ Petaling Jaya City FC (26 Tahun)
Muhammad Ariff Farhan Md Isa โ€“ Kedah Darul Aman FC (25 Tahun)
Dominic Tan โ€“ Police Tero FC (24 Tahun)
Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar โ€“ Terengganu FC (25 Tahun)
Kogileswaran Raj A/l Mohana Raj โ€“ Petaling Jaya City FC (23 Tahun)
Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi โ€“ Selangor FC (20 Tahun)
Arif Aiman Mohd Hanapi โ€“ Johor Darul Taโ€™zim FC (19Tahun)
Luqman Hakim Shamsudin โ€“ KV Kortrijk (19 Tahun)
Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi โ€“ Selangor FC (27 Tahun)

Tidak disenaraikan

Mohd Khairulazhan Mohd Khalid โ€“ Selangor FC (32 Tahun)
Quentin Cheng Jiun-ho โ€“ Penang FC (22 Tahun)
Mohamad Faisal Abdul Halim โ€“ Terengganu FC (23 Tahun)
Dion-johan Cools โ€“ FC Midtjylland (25 Tahun)

BACA:ย  Piala AFF Suzuki 2020: Vietnam 3-0 Malaysia