Piala Dunia 2022: England Menang Bergaya, USA Juga Layak

Selepas Belanda dan Senegal dari kumpulan A mengesahkan mereka ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2022, kini giliran negara kumpulan B pula untuk membuat perhitungan.

Perlawanan antara Iran vs USA dan Wales vs England turut dijalankan secara serentak dan kesemua negara masih mempunyai peluang akhir dengan syarat mencatatkan kemenangan ke atas lawan masing-masing.

England seperti biasa merupakan pasukan tumpuan walau seteruk mana pun mereka bermain, manakala Iran vs USA pula lebih hangat kisah luar padang mereka dengan setimen dan perseteruan yang sudah lama berlarutan.

Wales pula seperti mampu mencipta kejutan namun berdasarkan dua perlawanan awal seperti mereka tidak mampu menjadi kuda hitam namun dalam bola sepak semuanya mungkin selagi permainan belum tamat.

Kempen England setakat ini selain kemenangan 6-2 ke atas Iran tiada apa yang istimewa melainkan menyajikan kebosanan sehingga Harry Redknapp tak sabar tunggu EPL kembali.

Phil Foden yang mencetuskan sensasi kerana tidak diturunkan Southgate ketika seri dengan hambarnya vs USA membuat penampilan dari kesebelasan utama.

Separuh masa pertama menyaksikan Wales langsung tidak memberi cabaran kepada permainan membosankan England menjadikan pertembungan ini berganda bosannya.

Marcus Rashford memecahkan kebuntuan buat England pada awal separuh masa kedua pada minit ke-50 melalui satu sepakan percuma yang sungguh cantik lagi padu.

Gol itu menjadi pemangkin semangat buat Tiga Singa apabila Phil Foden terus menggandakan kedudukan 68 saat kemudian.

Cantik sungguh hantaran Harry Kane, belum sempat habis penat raikan gol pertama, England terpaksa raikan gol kedua pula.

England sangat klinikal dengan dua gol daripada dua percubaan di 45 minit terakhir. Terkena dua gol Wales tersentak dan mula mahu bermain bola.

Keyakinan dipamerkan oleh Gareth Southgate apabila melakukan tiga pertukaran serentak mengeluarkan Kyle Walker, Harry Kane dan Declane Rice pada minit ke-58.

Pemain hebat yang dipertikaikan kenapa tidak dapat bermain, Trent Alexander-Arnold, Callum Wilson dan Kalvin Phillips menjadi pengganti.

Tidak lama berselang, Luke Shaw pula keluar dan Kieran Trippier masuk.

Kesebelasan utama Wales : Ward; N Williams, Mepham, Rodon, Davies; Ampadu, Allen; Bale, Ramsey, James; Moore.

Pemain Simpanan : A Davies, Gunter, Wilson, Johnson, Roberts, Morrell, Lockyer, J Williams, Harris, Thomas, Levitt, Cabango, Colwill, Smith.

Kesebelasan utama England : Pickford; Walker, Stones, Maguire, Shaw; Rice; Henderson, Bellingham; Foden, Kane, Rashford.

Pemain Simpanan : Pope, Ramsdale, Grealish, Sterling, Trippier, Phillips, Dier, Coady, Saka, Alexander-Arnold, Mount, Wilson, Maddison, Gallagher.

Iran USA

Christian Pulisic menjaringkan gol pertama USA dengan mudah menyundul masuk umpanan lambung Sergino Dest dan Pulisic terbaring kerana perlanggaran ketika mahu menjaringkan gol.

Tanpa sempat meraikan gol itu, Christian Pulisic telah digantikan dengan Brenden Aaronson kerana mengalami kecederaan dan tidak mampu meneruskan perlawanan.

Di separuh masa pertama, Iran langsung tidak menghadirkan sebarang ancaman tanpa sebarang percubaan ke gawang USA yang tenang mendominasi perlawanan.

Jaringan tunggal Pulisix sudah cukup untuk membawa USA ke pusingan seterusnya.

Kesebelasan utama Iran : Beiranvand, Rezaeian, Majid Hosseini, Pouraliganji, Mohammadi, Noorollahi, Ezatolahi, Hajsafi, Gholizadeh, Azmoun, Taremi.

Pemain Simpanan : Moharrami, Khalilzadeh, Ansarifard, Amiri, Niazmand, Kanaani, Ghoddos, Cheshmi, Torabi, Karimi, Abedzadeh, Hossein Hosseini, Jalali.

Kesebelasan utama USA : 1-Matt Turner, 2-Sergiño Dest, 4-Tyler Adams (capt.), 5-Antonee Robinson, 6-Yunus Musah, 8-Weston McKennie, 10-Christian Pulisic, 13-Tim Ream, 20-Cameron Carter-Vickers, 21-Tim Weah, 24-Josh Sargent.

Pemain Simpanan: 12-Ethan Horvath, 25-Sean Johnson, 3-Walker Zimmerman, 7-Gio Reyna, 9-Jesús Ferreira, 11-Brenden Aaronson, 14-Luca de la Torre, 15-Aaron Long, 16-Jordan Morris, 17-Cristian Roldan, 18-Shaq Moore, 19-Haji Wright, 22-DeAndre Yedlin, 23-Kellyn Acosta, 26-Joe Scally

BACA:  Southgate: England Belum Lagi 'Artikel' Yang Lengkap, Mampu Jadi Lebih Baik