Piala Dunia Kelab Libatkan 32 Pasukan Bermula 2025

Presiden FIFA, Gianni Infantino telah mengumumkan bahawa Piala Dunia Kelab akan dikembangkan kepada 32 pasukan kelab terbaik dari seluruh dunia bermula pada tahun 2025.

Badan induk bola sepak dunia sudah lama ingin mengadakan pertandingan domestik yang boleh bersaing dengan Liga Juara-Juara UEFA dan rancangan itu kini menjadi kenyataan.

Piala Dunia Kelab pada masa ini hanya menampilkan tujuh pasukan dengan pemenang setiap trofi paling berprestij konfederasi bersaing untuk merebut gelaran global

Tetapi formatnya akan difikirkan untuk menjadikannya lebih sejajar dengan Piala Dunia dan Piala Dunia Kelab ini akan diadakan setiap empat tahun.

Rangcangan mengembangkan pasukan Piala Dunia Kelab hampir direalisasi dengan 24 pasukan kelab akan tetapi telah ditangguhkan pada tahun 2021.

Perkara ini telah diumumkan oleh Gianni Infantino dalam satu Mesyuarat Majlis FIFA sebelum perlawanan akhir Piala Dunia FIFA di Doha, Qatar.

“Seperti yang anda akan ingat, kami telah bersetuju beberapa tahun lalu untuk mengadakan Piala Dunia Kelab lelaki baharu dengan 24 pasukan.”

“Ini sepatutnya berlaku pada 2021 [tetapi] ditangguhkan kerana Covid. Oleh itu, Piala Dunia Kelab lelaki baharu akan berlangsung pada 2025 dan akan menampilkan 32 pasukan, pasukan terbaik di dunia.”

Gianni Infantino bersungguh-sungguh mahu jadikan kejohanan kelab ini seperti Piala Dunia namun format kejohanan masih dalam perbincangan.

“Sudah tentu, butiran mengenainya masih perlu dibincangkan dan dipersetujui, tetapi kejohanan 32 pasukan akan diteruskan, menjadikannya benar-benar seperti Piala Dunia.”

Infantino seterusnya mendedahkan bahawa Piala Dunia Kelab 2023 akan diadakan di Maghribi, sementara turut mengumumkan rancangan untuk Piala Dunia Kelab Wanita baharu dan pelancaran Siri Dunia FIFA – yang akan membolehkan negara-negara terkemuka dari seluruh dunia bersaing secara lebih teratur.

“Kepentingan mengadakan perlawanan antara pasukan kebangsaan dari benua berbeza dengan lebih kerap, itu ideanya, prinsipnya, telah dipersetujui dan dihuraikan.”

Untuk peminat bola sepak sudah pastinya perkara ini amat menarik namun bagi pasukan kelab sudah pastinya isu jadual yang padat menjadi perkara pokok walaupun diadakan setiap empat tahun.

Format asal Piala Dunia kelab yang diperkenalkan pada tahun 2000 menemukan pasukan juara dari setiap benua badan induk dan hanya membabitkan 7 pasukan juara:

1. AFC Champions League (Asia)
2. CAF Champions League (Africa)
3. CONCACAF Champions League (North, Central America and Caribbean)
4. CONMEBOL Libertadores (South America)
5. OFC Champions League (Oceania)
6. UEFA Champions League (Europe)
7. Tuan Rumah (Juara Kebangsaan)

Format ini memberi peluang besar kepada pasukan dari Eropah dan Amerika selatan di mana, kelab tuan rumah akan bermain di perlawanan play-off menentang juara OFC Champions League (Oceania).

Pemenang play-off ini akan ke suku akhir menyertai juara AFC Champions League (Asia), CAF Champions League (Africa) dan CONCACAF Champions League (North, Central America and Caribbean).

Pemenang suku akhir pula akan bertemu juara UEFA Champions League (Europe) dan CONMEBOL Libertadores (South America) yang sedia menanti. Adilkah format ini?

Real Madrid memegang gelaran terbanyak, setelah memenangi pertandingan itu sebanyak empat kali. Kemenangan sulung Corinthians kekal sebagai keputusan terbaik daripada juara liga kebangsaan negara tuan rumah.

Pasukan dari Sepanyol telah memenangi kejohanan itu tujuh kali, yang paling banyak untuk mana-mana negara. Juara dunia semasa ialah Chelsea, yang menewaskan Palmeiras 2–1 selepas masa tambahan di Final Piala Dunia Kelab FIFA 2021.

Pada awalnya kejohanan kelab ini dikenali sebagai FIFA Club World Championship pada tahun 2000 sebelum dibatalkan dari tahun 2001 sehingg 2004 dan disambung kembali sehingga kini dari 2005.

Pada 2006 kejohanan ini dijenamakan semula sebagai FIFA Club World Cup.

BACA:  Harimau Malaya Sah Berhadapan Pasukan Ranking Ke-96 Dan Ke-80 Dunia September Ini