Piatek Nekad Bawa AC Milan Kembali Ke Zaman Kegemilangan

Penyerang antarabangsa Poland, Krzysztof Piatek berharap mampu membawa AC Milan kembali ke era kegemilangan selepas mempamerkan permulaan yang cemerlang sejak berpindah ke kelab tersebut pada jendela perpindahan Januari lalu.

Piatek menyertai Milan dari Genoa untuk menggantikan tempat yang ditinggalkan Gonzalo Higuain yang menamatkan tempoh pinjamannya lebih awal untuk bermain dengan Chelsea.

5 gol dari 6 perlawanan untuk Milan setakat ini. Memang padu

Yuran perpindahan Piatek dianggarkan berjumlah €35 juta tetapi jika dilihat pada persembahan beliau setakat ini, Milan mungkin telah membuat pembelian paling berbaloi musim ini.

Pemain berusia 23 tahun ini telah menjaringkan 6 gol dari 5 perlawanan untuk Milan setakat ini. Berdasarkan persembahan yang dipamerkan Piatek setakat ini, tidak mustahil sekiranya untuk melihat sesuatu yang istimewa dari pasukan Milan musim ini.

Selepas sekian lama mendominasi bola sepak Eropah dan Itali, Milan mengalami zaman kejatuhan dimana mereka gagal memenangi kejuaraan liga sejak musim 2010/2011. Untuk rekod, Milan telah mengumpul 18 kejuaraan Serie A dan 7 trofi Liga Juara-Juara Eropah.

Walau bagaimanapun, dominasi Juventus disamping masalah kewangan yang membelenggu pasukan tersebut menyebabkan Milan gagal bersaing di peringkat tertinggi. Kali terakhir Milan memenangi trofi adalah 8 tahun lepas iaitu kejuaraan Serie A musim 2010/2011 ketika pasukan tersebut dikendalikan oleh Massimiliano Allegri.

6 bulan di Genoa, 19 perlawanan , 13 gol terhasil. Memang power

Dalam satu temu ramah bersama akhbar dari Poland Przeglad SportowyPiatek berazam untuk membawa Milan kembali mengecapi era kegemilangan lalu selepas sekian lama ‘terlena’.

“Jika saya mempunyai segala kualiti yang ditulis dalam surat khabar, saya mungkin akan menjadi pemain paling hebat dalam sejarah.”

“Saya berharap Milan akan kembali mencapai zaman kegemilangan supaya suatu hari nanti segala pujian yang saya terima hari ini benar-benar berhak saya terima.”

“Pada pendapat saya, sesetengah surat khabar suka berlebih-lebihan. Saya hanya ambil kisah sesetengah pujian sahaja. Saya berpuas hati dengan gol jaringan saya setakat ini.”

Walaupun baru sebulan bersama Milan, Piatek cepat untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Beliau berkata ikatan persahabatan yang erat di antara pemain-pemain Milan merupakan faktor utama mengapa beliau cepat menyesuaikan diri.

“Saya lebih suka pemain yang duduk makan semeja dengan saya iaitu [Hakan] Calhanoglu, [Tiemoue] Bakayoko, [Lucas] Paqueta, [Franck] Kessie, [Ricardo] Rodriguez dan [Fabio] Borini. Kami benar-benar seperti satu pasukan.”

“Paqueta juga tahu bagaimana saya mahu menerima bola dan beliau juga mempunyai skill teknikal yang agak hebat.”

Pengganti kepada Lewandowski dalam pasukan Poland.

Piatek menyertai Genoa pada awal musim ini dan beliau tidak mengambil masa yang lama untuk menarik perhatian pasukan-pasukan ternama sekitar Eropah. Piatek mendakwa beliau memilih masa yang tepat untuk meninggalkan Poland  bagi mengembangkan kariernya.

“Saya meninggalkan Poland apabila saya benar-benar bersedia untuk menghadapi segala cabaran dari segenap aspek, fizikal, mental dan teknikal.”

“Saya boleh berpindah lebih awal tetapi saya memilih untuk kekal di Poland setahun lebih lama dan saya langsung tidak menyesal dengan keputusan tersebut.”

BACA:  Theo Hernandez Menjaringkan Gol Solo Dari Jarak 80 Ela Yang Sungguh Dasyat