Piers Morgan Klaim Arsenal Padu Sebab Arteta Dengar Kritikan Membina Daripadanya

Peminat tegar Arsenal dan Cristiano Ronaldo iaitu Piers Morgan kini membuat tuntutan pelik. Di mana menurutnya prestasi Arsenal berubah secara drastik di bawah Arteta adalah kerana pengurus itu mendengar nasihatnya.

Morgan antara individu yang lantang mengecam Arteta sebagai masih mentah dan tidak sesuai menjadi pengurus Arsenal.

Dia berkali kali melancarkan tanda pagar, Arteta Out di Twitternya. Sentiasa mengecam Arteta dan Arsenal sebagai pasukan lembik pada masa itu.

Tetapi kini segalanya berubah. Arteta ternyata orang yang tepat dalam usaha membina semula Arsenal.

Dan Piers Morgan secara berbesar hati mengambil kredit untuk transformasi luar biasa Arsenal di bawah Mikel Arteta dan perlumbaan merebut gelaran EPL mereka musim ini.

Dia menganggap tweet dia dulu yang selalu kutuk kutuk Arsenal dan Arteta sebagai kritikan membina. Dan dia merasakan Arteta telah melihat kritikan itu dari sudut yang berbeza. Menjadikannya motivasi dan bergerak maju ke hadapan demi masa depan Arsenal.

The Gunners kini berada di puncak Liga Perdana Inggeris, dengan lima mata di hadapan pasukan di tempat kedua Manchester City ketika mereka memburu kejuaraan dengan serius.

Arteta telah mengubah nasib kelab sepenuhnya, setelah pada mulanya mengalami masa yang sukar. Tetapi Arsenal dan pengurus Sepanyol itu kini sedang menuai hasil.

Morgan adalah salah seorang pengkritik utama Arteta pada awal perkhidmatannya kerana dia menyasarkan tweet kejam di tengah-tengah perlawanan yang sukar.

Bagaimanapun, dia kini sepenuhnya bersama pengurus berusia 40 tahun itu dan berkata bahawa tweet menghinanya Arteta dahulu telah menjadi motivasi dan mendorong mereka.

“Saya sangat, sangat gembira kerana tweet motivasi saya didengari dan diambil tindakan,” katanya di talkSPORT.

Morgan juga berkata pasukan semasa adalah pasukan terbaik Arsenal yang pernah dihasilkan oleh kelab itu sejak Invincibles yang legenda.

“Saya tidak pernah melihat Emirates sekuat dan bersatu seperti ini dalam menyokong pasukan dan pengurus seperti sekarang,” tambahnya.

“Media menyukai cara Arsenal bermain. Kami dimanjakan dalam lapan tahun pertama di bawah Wenger dengan cara mereka bermain.”

Pundit berusia 57 tahun itu menyambung: “Saya rasa ini adalah kualiti terbaik bola sepak dan skuad terbaik yang kami ada sejak zaman Invincibles.”

“Adakah kita akan memenangi liga? Kita akan lihat, tetapi hanya tinggal 13 perlawanan lagi.”

“Empat perlawanan seterusnya kami agak mudah dan saya katakan bahawa kita jangan mengambil mudah.”

“Jika City kalah dan kami mendahului lapan mata… saya akan serahkan yang lain kepada anda.”

Pasukan Arteta telah memenangi 19 daripada 25 perlawanan liga mereka musim ini dan, seperti yang dinyatakan di atas, berada di hadapan lima mata daripada juara bertahan liga perdana Inggeris, Man City.

Arsenal meneruskan kempen liga mereka pada hari Sabtu apabila mereka menerima kunjungan Bournemouth.

Dan Piers Morgan bukan sahaja terkenal kerana menjadi penyokong Arsenal. Dia juga terkena kerana menjadi peminat tegar Ronaldo.

Dia malah mengadakan temuramah kontroversi bersama pemain legenda Portugal itu. Di mana Ronaldo mengutuk kelabnya ketika itu, Man United dan pengurus Erik Ten Hag.

Temuramah itu menjadi titik tolak kepada pemergian Ronaldo dari Old Trafford.

Dia ditamatkan kontrak oleh Man United. Dan kini beraksi untuk kelab Liga Pro Saudi, Al Nassr.

Ronaldo kini sedang menikmati bola sepaknya semula di Liga Arab Saudi tersebut. Menjadi tumpuan peminat di sana setiap kali beraksi.

BACA:  Piers Morgan Pertahankan Idrissa Gueye Yang Dihentam Kerana Boikot Geng 'Kunyit'