Piers Morgan Kecam Lineker, Shearer, Zabaleta Dan Ferdinand Kerana Puji Messi

Piers Morgan nyata tidak dapat menahan emosi dan perasaan apabila telah mengecam pundit BBC, Gary Lineker, Alan Shearer, Pablo Zabaleta dan Rio Ferdinand hanya kerana mereka memuji persembahan Lionel Messi.

Gary Lineker, Alan Shearer, Pablo Zabaleta dan Rio Ferdinand bertugas di studio untuk perlawanan Argentina vs Australia dan bersiaran untuk British Broadcasting Corporation (BBC).

Prestasi Lionel Messi mendapat pujian dunia bola sepak kerana telah menampilkan permainan terbaiknya setakat ini di Piala Dunia 2022 dan membawa Argentina ke suku akhir.

Lionel Messi telah menjaringkan gol yang ke-789 dalam kariernya dalam penampilan ke-1000 dalam bola sepak profesional untuk Argentina dan kelab.

Piers Morgan yang kini semakin mengkukuhkan reputasinya sebagai pembela nombor satu Cristiano Ronaldo nyata tidak senang dengan pujian yang dihamburkan ke atas Messi.

Gary Lineker, Alan Shearer, Pablo Zabaleta dan Rio Ferdinand sebagai fanboi Lionel Messi yang sangat menyedihkan dengan satu ciapan di Twitternya:

“Peminat Messi tanpa henti oleh seluruh pasukan pundit BBC semakin menyedihkan. Bimbang salah seorang daripada mereka mungkin mengalami “kemalangan” di studio.

“Tenangkan dirimu, kawan-kawan. Dia mempunyai permainan yang baik menentang pasukan biasa. Lihat bagaimana dia bermain menentang pasukan yang bagus.”

Piers Morgan yang tidak tenang dengan ulasan di TV itu menyuruh Gary Lineker, Alan Shearer, Pablo Zabaleta dan Rio Ferdinand bertenang sambil memperlekehkan Messi.

Jelas Piers Morgan tak rileks, mungkin Australia hanyalah pasukan biasa-biasa namun mereka telah mempamerkan prestasi terbaik dalam sejarah Piala Dunia mereka.

Lagipun mereka beraksi di pusingan 16 yang menampilkan 16 pasukan bola sepak terbaik dunia ketika ini dan mana-mana pasukan mampu mencipta kejutan.

Aksi dari Lionel Messi itu pula sememangnya ditunggu-tunggu dan mahu dinikmati oleh peminat bola sepak tanpa berpaksikan kepada fanboi Messi atau fanboi Ronaldo.

Gary Lineker yang juga terkenal dengan mulut yang boleh tahan tidak berinsuran itu telah menciap kembali hantaran asal Piers Morgan itu dengan nada menganjing.

Bekas pemain England itu nyata terhibur melihat Piers Morgan datang untuk membela dan mempertahankan Ronaldo walaupun tiada siapa mengecam pemain Portugal itu.

Gary Lineker telah menulis:

“Senang melihat anda muncul secara ringkas dari dalam perut Ronaldo untuk menyatakan pendapat anda. 😂😂”

Kerana tindakan kurang cerdiknya itu, Piers Morgan mendapat kecaman ramai dan rata-ratanya mengungkit kembali bagaimana Piers Morgan memuji jaringan kontroversi yang tidak dijaringkan oleh Ronaldo.

Rio Ferdinand telah berkata bahawa Messi telah mempamerkan prestasi individu terbaik yang kami lihat di Piala Dunia ini sejauh satu batu.

Mungkin kerana pujian Ferdinand yang menyatakan orang ramai melihat Messi seperti dewa selepas apa yang dilakukannya di padang membuatkan Piers Morgan panas.

Alan Shearer pula rasa bertuah berada dalam stadium dapat melihat aksi Messi yang sangat memukau dan kemampuannya memacu rakan sepasukan.

Penonton Rakam Aksi Memukau Messi

Satu rakaman video dari penonton telah menonjolkan lebih jelas bukti betapa geniusnya Lionel Messi ketika gol pertama Argentina terhasil ketika menentang Australia.

Perlawanan suku akhir pertama antara Belanda dan USA tidaklah begitu menarik namun bolehlah buat raso-raso dan sekadar mahukan suasano sebagai pemanas badan sebelum menyaksikan aksi Messi yang memukau.

Pada minit ke-35, Messi telah menunjukkan sisi geniusnya yang sudah diketahui ramai tetapi tidak pernah mengecewakan dan membosankan.

Messi telah muncul di tempat yang betul pada masa yang tepat untuk meletakkan pasukannya di hadapan dengan gol yang diambil dengan bijak yang bermula dari satu sepakan percuma.

Pemenang Ballon d’Or sebanyak tujuh kali itu mengambil sepakan percuma cantik dari sudut yang agak minima dan berjaya dikeluarkan melalui satu tandukan oleh Harry Souttar.

Bola sampai kepada Papu Gomez yang terus menolak kembali kepada Messi terus membuat larian untuk bertukar hantaran dengan Alexis Mac Allister yang menghantar kepada Nicolas Otamendi.

Hantaran sedikit kuat dan sentuhan pertama Otamendi agak buruk dan bola terus disambar Messi untuk membuat satu rembatan leret yang penuh dengan kelajuan.

Entah la sentuhan pertama Otamendi teruk atau memang nak setup bola bagi ke Messi. Namun gerakan itu sungguh genius dan bertambah-tambah sedap dengan rakaman jarak dekat penonton.

Dapat dilihat dengan jelas liuk-lentok pergerakan Messi penuh berseni yang sangat mengujakan dan segalanya tampak mudah dengan lariannya langsung tidak diikat pemain Australia yang seakan terpesona.

Selepas bertukar hantaran dengan Alexis Mac Allister, Messi kemudian ditemui Rodrigo De Paul dengan hantaran berwajaran sempurna. Messi hanya memukul bola ke sudut bawah dengan agak mudah. Anda boleh menonton rakaman peminat di bawah.

Pada minit ke-65 Messi telah melakukan satu larian solo dari tengah padang dengan menggelecek beberapa orang pemain dan membelah pertahanan Australia.

Walaupun tiada gol terhasil namun satu lagi aksi rakaman penonton dari sudut lain menampilkan keindahan dan kelicikan Messi yang sebenar. Seperti sajian istana di zaman.

Ini merupakan gol kesembilan Messi di Piala Dunia dan ini merupakan gol pertama Messi untuk Argentina di pusingan kalah mati dalam penampilan ke-1000 kariernya.

Rekod terus tercipta apabila Lionel Messi kini telah memenangi lebih banyak anugerah FIFA Man of the Match rasmi sebanyak 8 kali berbanding pemain lain dalam sejarah pertandingan.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa aksi Lionel Messi ketika menentang Austaralia merupakan aksi terbaiknya setakat ini di Piala Dunia 2022.

Argentina 2-1 Australia

Argentina bermula baik dan terus mengatur gerak serangan untuk memberi tekanan kepada kubu Australia dan sepertinya mahu mencari gol seawal mungkin.

Australia masih tenang untuk menyerap tekanan daripada Argentina dan melancarkan serangan apabila berpeluang dan tidak hanya bertahan sahaja.

Walaupun nampak seperti saling menyerang tapi percubaan kurang terhasil di mana Australia tidak mencatatkan sebarang percubaan.

Lionel Messi akhirnya memecahkan kebuntuan dengan menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-35 dengan satu lencongan yang leret.

Pada awalnya sepakan percuma cantik Messi telah ditepis keluar oleh penjaga gol Australi, Mathew Ryan dan bola berjaya di rampas semula.

Sentuhan kurang kemas Nicolas Otamendi terus disambar Lionel Messi yang terus menghasilkan gol. Assist diberikan kepada sentuhan terus Otamendi.

Selain jaringan daripada Lionel Messi itu tiada aksi menarik yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan dalam perlawanan ini dengan Argentina melakukan dua percubaan dan Australia hanya satu.

Selepas 12 minit separuh masa kedua bersambung, Julian Alvarez menggandakan kedudukan sekaligus menghukum kesilapan penjaga gol Australia, Mathew Ryan.

Entah apa yang merasuka Matthew Ryan yang cukup melakukan gelecekkan selepas menerima hantaran ke belakang ketika dua pemain Argentina datang menekan.

Akibatnya Ryan telah kehilangan bola dan gol Alvarez terus menampakkan kebodohan Ryan yang cuba menyalahkan rakan sepasukan.

Australia akhirnya berjaya memecahkan telur dan pengulas menyatakan itu gol nasib selepas rembatan deras Craig Goodwin terkena Enzo Jeremias Fernandez dan biasan itu terus menerjah gawang.

Pemain Australia gol terus nasib, bila Messi dapat bola terus magic, magic, lawan Australia je kot.

Aziz Behich telah bertukar menjadi Lionel Messi dalam sejenak dengan satu gelecekkan solo memukau tetapi penyudahnya dinafikan dengan satu hadangan.

Lautaro Martinez yang masuk menggantikan Julian Alvarez gagal untuk membunuh perlawanan selepas melepaskan beberapa peluang ketika dalam situasi satu lawan satu.

Australia terus melawan hingga ke wisel penamat dan hampir menyamakan kedudukan dengan rembatan deras Garang Kuol dan memaksa Emi Martinez meregangkan badan selebar mungkin.

Dan rembatang Garang Kuol yang garang itu terkena bahu. Pemain Argentina menzahirkan rasa lega dan terus Emi Martinez dipeluk.

Dengan kemenangan ini Argentina akan bertemu Belanda di suku akhir.

Kesebelasan Utama Argentina (4-3-3): E Martinez; Molina, Romero, Otamendi, Acuna; De Paul, Fernandez, Mac Allister; Alvarez, Messi, Gomez.

Pemain Simpanan: Armani, Foyth, Tagliafico, Montiel, Paredes, Pezzella, Di Maria, Rulli, Palacios, Correa, Almada, Rodriguez, Dybala, Lautaro Martinez, Lisandro Martinez.

Kesebelasan Utama Australia (4-3-3): Ryan; Degenek, Souttar, Rowles, Behich; Baccus, Mooy, Irvine; Leckie, Duke, McGree.

Pemain Simpanan: Atkinson, Karacic, Tilio, Wright, Maclaren, Hrustic, Mabil, Redmayne, Devlin, Vukovic, Deng, Kuol, King, Cummings.

Perjalanan ke Pusingan 16

Perlawanan kedua pusingan 16 Piala Dunia terakhir telah pun tiba menemukan Argentina dan Australia dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Ahmed Bin Ali.

Pemenang perlawanan ini akan bertemu Belanda yang sudah menanti di suku akhir apabila lebih awal turun untuk menundukkan USA 1-3.

Kemampuan Australia di Piala Dunia 2022 tidak boleh dipandang rendah, walaupun tidaklah mempamerkan permainan yang meyakinkan mereka bermain dengan penuh semangat.

Dan yang paling bahaya tentang Australia ini adalah kemampuan mereka untuk menjaringkan gol namun Argentina antara pasukan kegemaran untuk muncul juara.

Perjalanan Argentina ke Pusingan 16:

Argentina berada dalam kumpulan C bersama Arab Saudi, Mexico dan Polans. Argentina bangkit selepas tewas kepada Arab Saudi untuk menang dalam baki dua perlawanan dan menjadi juara kumpulan.

1. Argentina 1-2 Arab Saudi
2. Argentina 2-0 Mexico
3. Poland 0-2 Argentina

Perjalanan Australia ke Pusingan 16:

Australia telah diundi berada dalam kumpulan D yang turut dihuni oleh juara bertahan Perancis, Tunisia dan Denmark. Australia kental mencipta kejutan untuk menyingkir Denmark yang dilihat sebagai pilihan untuk mengiringi Perancis.

1. Perancis 4-1 Australia
2. Tunisia 0-1 Australia
3. Australia 1-0 Denmark

BACA:  Piers Morgan Pertahankan Idrissa Gueye Yang Dihentam Kerana Boikot Geng 'Kunyit'