Pochettino Dakwa Messi Hampir Sertai Espanyol Pada tahun 2005

Pengurus Tottenham Hotspurs, Mauricio Pochettino mendakwa Lionel Messi sangat hampir untuk menyertai Espanyol pada tahun 2005.

Messi yang kini berusia 31 tahun masih lagi seorang remaja yang bermain di akademi Barcelona ketika Espanyol mengenal pasti bakat luar biasa yang dimiliki Messi. Pochettino pula pada ketika itu masih lagi bermain untuk Espanyol dan berada di atas padang ketika Messi melakukan debutnya dalam pasukan utama.

Bayangkan Messi bermain untuk Espanyol

Pochettino yang kini menguruskan Tottenham bagaimanapun mendedahkan Messi hampir bergelar pemain Espanyol jika beliau tidak beraksi baik dalam kejohanan Piala Joan Camper pada tahun tersebut.

Dalam aksi Piala Joan Camper menentang Juventus, Messi mempamerkan aksi yang menyerlah bersama pasukan utama dan ia berjaya mengubah pendirian Barcelona untuk terus mengekalkan khidmat pemain berkenaan.

Dalam sidang media menjelang pertemuan Barcelona menentang Tottenham Hotspurs dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi Khamis nanti, Pochettino menceritakan kembali sejarah beliau dengan pemenang Ballon d’Or sebanyak 5 kali itu.

“Saya mula mendengar nama Messi ketika saya masih lagi bermain untuk Espanyol. Terdapat seorang remaja berbadan kecil bermain di akademi milik Barcelona.”

“Messi tiba di Barcelona ketika berusia 13 tahun dari Argentina. Selepas itu, saya ada mendengar beliau sangat hampir untuk menyertai Espanyol pada musim yang sama Barcelona menentang Juventus di bawah kendalian Fabio Capello bagi merebut trofi Joan Camper.”

Detik yang mengubah sejarah dunia

“Disebabkan beliau mempamerkan aksi yang sangat menakjubkan dalam perlawanan tersebut, Capello memuji Messi selepas tamat perlawanan. Kemudian, Barcelona mengubah pendirian mereka dan mengekalkan khidmat Messi.”

“Jadi, jika anda lihat balik pada sejarah, sekiranya Messi tidak beraksi dalam pertandingan Joan Camper pada musim panas tersebut, mungkin beliau akan menjadi bintang paling hebat untuk Espanyol dan Espanyol mungkin juga menjadi Barcelona seperti hari ini.”

“Kami mungkin menjadi rakan sepasukan, atau mungkin juga saya masih berada di Espanyol menguruskan beliau.”

Messi melakukan debut rasminya untuk Barcelona pada Oktober 2004, menentang Espanyol yang dibarisi Pochettino. Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Barcelona 1-0.

Walaubagaimanapun, Pochettino berkata beliau tidak berapa ingat detik Messi dimasukkan dalam perlawanan tersebut kerana Messi sama sahaja seperti produk akademi Barcelona yang lain.”

“Ketika Messi membuat penampilan pertamanya, ia sama sahaja seperti pemain remaja dari akademi membuat penampilan dalam pasukan utama. Sama seperti Xavi, Andres Iniesta dan Ivan de la Pena.”

Poket Tino suatu masa dahulu

“Sebenarnya tidak. Ketika de la Pena mula bermain untuk Barcelona pada tahun 1995, banyak pihak teruja dengan persembahan beliau.”

“Saya akan sentiasa ingat Ronaldo (botak) pernah berkata de la Pena adalah pemain terbaik yang pernah beliau lihat dan bermain bersama.”

BACA:  Theo Hernandez: Lionel Messi Tidak Menakutkan Kami