Pochettino: Kane Mungkin Sempat Cergas Untuk Hadapi Final Liga Juara-Juara Eropah

Pengurus Tottenham Hotspurs, Mauricio Pochettino percaya Harry Kane akan sempat sembuh untuk bermain dalam final Liga Juara-Juara Eropah yang dijadualkan bakal berlangsung pada 1 Jun nanti.

Tetapi untuk melihat perkara itu berlaku, Tottenham mestilah terlebih dahulu menyingkirkan lawan mereka di peringkat separuh akhir, Ajax Amsterdam.

Kane dijangka cergas ngam2 dengan tarikh final UCL !

Dalam pusingan suku akhir sebelum ini, Spurs mencipta kejutan apabila menyingkirkan pasukan pilihan, Manchester City melalui peraturan gol di tempat lawan selepas kedua-dua pasukan terikat dengan aggregat 3-3.

Dalam perlawanan pertama di Tottenham Hotspurs Stadium, Kane mengalami kecederaan yang serius di bahagian ligamen yang menyebabkan beliau terpaksa dipapah keluar. Walaupun bermain tanpa Kane, Spurs masih mampu meraih kemenangan tipis 1-0 sebagai bekalan untuk dibawa ke Etihad.

Pochettino mendedahkan Kane sedang melalui proses penyembuhan dengan baik dan lancar, yang mana ia adalah berita baik buat peminat Spurs dan England yang berharap Kane sempat sembuh untuk beraksi dalam perlawanan separuh akhir UEFA Nation’s League menentang Netherlands pada 6 Jun nanti.

“Saya berharap beliau akan sempat sembuh. Beliau sedang menjalni proses pemulihan dengan baik tetapi saya tidak boleh membuat sebarang ramalan.” Ujar Pochettino apabila ditanya samada Kane akan sempat sembuh untuk beraksi dalam perlawana akhir Liga Juara-Juara Eropah nanti.

Kane mengalami kecederaan ketika ingin merampas bola dari Fabian Delph

“Boleh jadi Kane sembuh sebelum itu lagi atau selepas tarikh tersebut. Ia bergantung sepenuhnya terhadap response beliau terhadap kecederaan tersebut.”

“Sekarang Kane berada dalam fasa yang amat baik dan bergerak ke hadapan dengan laju. Tetapi sering kali berlaku perkara pada waktu terakhir dimana satu keputusan sukar perlu dilakukan, sama ada untuk membiarkan Kane bermain atau tidak.”

“Jika anda tanya saya pada hari ini, hati saya akan berkata Kane mungkin akan bermain kerana saya kenal perangai Kane yang berusaha bersungguh-sungguh untuk sembuh secepat yang mungkin.”

“Tetapi saya bukanlah doktor, ini hanya perasaan saya sahaja.”

Pochettino turut mendedahkan seorang lagi penyerang Spurs, Vincent Janssen akan turun beraksi dalam perlawanan terakhir musim ini.

Janssen masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-80 ketika Spurs meraih kemenangan tipis ke atas Brighton pada hari Selasa lalu. Ia merupakan kali pertama Janssen beraksi untuk kelab tersebut sejak Ogos 2017.

“Saya ingin menerangkan situasi sebenar mengenai Janssen. Vincent mengalami kecederaan untuk separuh masa pertama musim ini.”

Vincent Janssen. Main ngn Spurs lagi rupanya

“Apabila kami membuat keputusan untuk menurunkannya bermain, Janssen mengalami kecederaan sekali lagi.”

“Kami sedang membantu beliau untuk kembali pulih. Janssen sedang bergelut dengan masalah kecergasan tetapi untuk beberapa bulan terakhir ini, beliau menjalani latihan secara konsisten dan sekarang berada dalam situasi yang baik untuk membantu pasukan.”

BACA:  Thiago Silva Terpaksa Redakan Keadaan Selepas Isteri Desak Chelsea Pecat Pochettino