Pogba Dedah Perbezaan Ole Dan Mourinho Bak Langit Dengan Bumi

Paul Pogba dalam satu temubual dengan Sky Sports telah mendedahkan perbezaan antara Ole Gunnar Solskjaer dan Jose Mourinho yang boleh diibaratkan langit dengan bumi perangainya.

Pergaduhan antara Paul Pogba dan Jose Mourinho suatu ketika dahulu hangat diperkatakan di media dan ini dikatakan antara punca kemerosotan mendadak Manchester United ketika itu.

Dalam satu video yang viral pada zaman dahulu, Paul Pogba kelihatan ceria bak suria pagi pada mulanya dan menyapa rakan sepasukan serta staf kejurulatihan,

Namun wajahnya terus bertukar bermuram durja selepas Mourinho mengucapkan sesuatu berterusan keruh wajah Pogba yang jelas nampak tidak berpuas hati dan membalas apa yang diujarkan Mourinho.

Pada ketika itu Paul Pogba telah memakai lilitan ketua pasukan Manchester United sepanjang ketiadaan Antonio Valencia.

Dek kerana komen Pogba terhadap taktikal pasukan yang didakwanya terlalu defensif, Pogba telah dipecat oleh Mourinho selaku pemangku kapten.

Pogba dikeluarkan, secara automatik dilucutkan captaincy malam itu kerana tak dengar cakap. Bermain terlau serius. Mourinho jelas kecewa

Kisah lama dibangkitkan kembali selepas Manchester United berjaya menewaskan Tottenham Hotspurs 3-1 dalam perlawanan yang penuh kontroversi.

Paul Pogba mengakui bahawa beliau kini gembira dan bahagia bekerja di bawah asuhan Ole Gunnar Solskjaer dan mula membandingkan dengan layanan diterima ketika bersama Mourinho.

Pemain Perancis itu tidak dapat menjelaskan dan tidak faham kenapa Jose Mourinho tiba-tiba boleh membuat keputusan untuk tidak menyukai dirinya.

Senang cerita Ole Gunnar Solskjaer mempunyai sifat manusia biasa dan mampu memahami perasaan pemain berbanding Mourinho yang buat tak kenal jika tidak menyukai pemainnya.

“Apa aku lalui sekarang dengan Ole sangat berbeza, Ole tidak akan bergaduh dengan pemain.”

“Mungkin Ole tidak akan memilih mereka tapi Ole tidak meletakkan mereka ditepi dan mengabaikan mereke seperti mereka tidak wujud lagi. Itulah perbezaan Ole dan Mourinho.”

Paul Pogba mengakui pernah mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Mourinho dan tiba-tiba berubah begitu saja. Kacip parok lepas tu putus gitu jah.

“Suatu ketika aku mempunyai hubungan yang hebat dengan Mourinho, semua orang tahu dan esoknya kau tak tahu apa jadi.”

“Itulah perkara pelik yang terjadi antara aku dan Mourinho yang aku tak mampu jelaskan kepada kau kerana aku tak tahu, jadi lagu tu la.”

Ole dan Mourinho bergaduh disebabkan Son Heung Min, Mourinho menyifatkan bapa Son jauh lebih baik berbanding Ole. Bergaduh pasal kepala bapak la kot.

Dan ditanya mengenai pergaduhan ini, Pogba menganggap itu satu perkara biasa dilakukan Mourinho.

“Aku tak tahu apa terjadi tapi aku yakin, Mourinho telah menyebut sesuatu yang menyebabkan orang bercakap, itulah Mourinho selalu lakukan.”

“Kami dapat keputusan kami mahu dan Ole tahu itu, kami menikmati detik itu kerangan kami kenal Mourinho dan perangainya. Kami tak perlukan semua ini dan kami fokus kepada diri sendiri.”

Pogba jelas sangat mengenali Mourinho yang sekadar menimbulkan isu lain bagi mengelakkan orang ramai berbicara tentang kekalahan Spurs.

“Kami menang dan Mourinho tewas dan Mourinho tak nak berbicara pasal permainan maka beliau bercakap pasal ayah orang lain dan itulah dilakukannya.”

“Semua orang kenal Mourinho dan apa dilakukan sangat Mourinho.”

Paul Pogba percaya bahawa beliau dan Luke Shawa kembali berkembang subur lagi bersinar kerana layanan Ole Gunnar Solskjaer yang rapat dengan pemain berbanding Mourinho.

“Mungkin kerana Ole lebih rapat kepada orang ramai. Setiap jurulatih ada cara mereka sendiri can cara untuk berhubung dengan pemain.”

“Sebagai pemain kau kena menyesuaikan diri. Kadang-kadang ia sesuai dengan kau, kadang-kadang tak masuk langsung.”

Pogba juga menganggap Ole banyak membantu Luke Shaw yang melalui detik lebih sukar dengan layanan tiada perikemanusiaan ditunjukkan Jose Mourinho suatu ketika dahulu.

“Banyak Ole dah tolong Luke, musim yang sukar buat Luke dengan Mourinho dan Luke telah membuktikan kualiti yang ada pada dirinya dengan kepercayaan diberikan oleh pengurus.

Ketika Luke Shaw dibawah Jose Mourinho ramai cerdik pandai bola sepak meramalkan masa depan Luke Shaw sudah musnah jika tidak keluar dari cengkaman Mourinho.

Mujur Mourinho dipecat dan Ole datang menyelamatkan karier Luke Shaw dengan menunjukkan kasih sayang sesama insan.

BACA:  Solskjaer Lebih Bagus Berbanding Ralf Rangnick Sebagai Pengurus Man United