PSG Boleh Hasilkan Dua Kesebelasan Utama Berkelas Dunia Dengan Skuad Sedia Ada Sekarang

Paris Saint Germain telah mengumumkan penandatanganan pemain pertahanan Perancis, Nordi Mukiele dari RB Leipzig pada awal minggu ini.

Pemain berusia 24 tahun itu kini menjadi pemain keempat yang ditandatangani oleh kelab pada jendela perpindahan musim panas ini.

PSG pada musim panas ini telah berjaya melengkapkan pembelian pemain seperti Nordi Mukiele, Nuno Mendes, Vitinha dan Hugo Ekitike.

Mukiele telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab dan beliau dijangka akan memberi saingan kepada pemain utama skuad, Achraf Hakimi.

Pemain kebangsaan Perancis itu juga boleh bermain di posisi centre-back dan mampu untuk menjadi back up kepada pemain seperti Sergio Ramos, Presnel Kimpembe dan Marquinhos.

Ketibaan beliau jelas sekali telah memberikan kekuatan tambahan kepada skuad PSG yang mana mereka kini sudah memiliki barisan bintang seperti Kylian Mbappe, Neymar dan Lionel Messi.

Melihat kepada kekuatan skuad yang PSG miliki pada ketika ini, pengurus mereka, Christopher Galtier sebenarnya boleh menggunakan dua kesebelasan utama yang membariskan pemain berkelas dunia pada musim 2022/23.

Media GiveMeSport telah menyenaraikan dua kesebelasan utama PSG yang boleh dihasilkan menggunakan bintang-bintang berkelas dunia.

Bahkan kedua-dua skuad tersebut sebenarnya boleh bersaing di pentas tertinggi dalam dunia bola sepak kerana kesemua pemain tersebut merupakan pemain berprofil tinggi dan berpotensi besar.

Kesebelasan utama yang disenaraikan oleh GiveMeSport adalah seperti berikut:

Kesebelasan utama PSG pilihan GiveMeSport

Gianluigi Donnarumma, Achraf Hakimi, Marquinhos, Presnel Kimpembe, Nuno Mendes, Danilo Pereira, Marco Verratti, Leandro Paredes, Lionel Messi, Kylian Mbappe, Neymar

Barisan kesebelasan utama kedua yang GiveMeSport senaraikan adalah seperti di bawah:

Keylor Navas, Nordi Mukiele, Thilo Kehrer, Sergio Ramos, Juan Bernat, Idrissa Gana Gueye, Ander Herrera, Vitinha, Pablo Sarabia, Hugo Ekitike, Mauro Icardi

Kesebelasan utama (2) PSG pilihan GiveMeSport

Kesebelasan kedua ini walau mungkin sukar untuk bersaing di pentas seperti saingan Champions League, namun jelas sekali mereka mampu untuk bersaing merebut gelaran Ligue 1.

PSG bahkan turut masih mempunyai beberapa lagi pemain berkelas dunia yang ada dalam skuad depth mereka seperti Georginio Wijnaldum, Julian Draxler, Abdou Diallo, Layvin Kurzawa dan Rafinha.

Tidak mengejutkan untuk melihat mengapa mereka terlalu dominan dalam saingan Ligue 1 dan sentiasa menjadi calon kegemaran untuk menjuarai saingan liga Perancis itu.

Walau bagaimanapun, sehingga hari ini, PSG masih belum mampu untuk memenangi gelaran yang paling mereka impikan, Champions League walau pelbagai usaha telah kelab lakukan.

Musim baharu ini, Galtier jelas sekali bakal berdepan tugas untuk memastikan Paris Saint Germain akan mampu membawa pulang Piala telinga capang itu ke bumi Parc des Princes.

Beliau berpotensi untuk dipecat seandainya gagal untuk membantu PSG memenangi gelaran Champions League kerana itulah satu-satunya kejuaraan yang sememangnya pihak kelab impikan.

Beliau mungkin akan menjulang Piala pertamanya sebagai pengurus PSG pada hujung minggu ini selepas anak-anak buahnya akan turun beraksi bertemu Nantes untuk merebut gelaran Trophees Des Champions.

Skuad PSG kemudiannya akan memulakan kempen saingan Ligue 1 mereka untuk bertemu Clermont Foot pada minggu hadapan.

Gergasi Perancis itu sememangnya tiada masalah untuk mempertahankan gelaran Ligue 1, namun tumpuan utama mereka jelas sekali Champions League.

Seperti yang dinyatakan di atas, tujuan kelab melantik pengurus baru dan mengeluarkan belanja yang besar hanyalah untuk memenangi gelaran terbesar Eropah itu.

Adakah usaha mereka akan membuahkan hasil pada musim baharu ini nanti? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  PSG Diancam Saman Kerana Tindas Mbappe