Nampaknya kepulangan Neymar ke Nou Camp tidak akan menjadi kenyataan setelah laporan dari media Perancis, L’Equippe mendedahkan pemain itu telah bersetuju untuk menyertai kelab Saudi Pro league Al Hilal.
Paris Saint-Germain dan pemain sayap dari Brazil itu telah berbincang bersama sejak beberapa hari lalu untuk pemain itu meninggalkan Parc des Princess pada musim panas ini.
Dan kini era Neymar di Ligue 1 tampak akan berakhir tatkala pengendali baharu Luis Enrique bertegas mengenai pemain yang dimahukannya untuk kekal bersama pasukan untuk musim 2023/24.
Al Hilal jelas telah memenangi untuk mendapatkan tandatangan Neymar setelah pakej kewangan yang ditawarkan oleh Arab Saudi itu berjaya memuaskan hati semua pihak terbabit.
Al Hilal are close to completing Neymar Jr deal. There are still things to sort and contracts to check so documents will be prepared soon 🚨🔵🇸🇦 #AlHilal
Neymar approved the transfer, now up to formal part of the negotiation.
Sources feel Al Hilal hope for deal done within 24h. pic.twitter.com/oAdYDXV9W2
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 13, 2023
Wartawan bola sepak terkenal Fabrizio Romano turut mengesahkan perkara tersebut, dan kini terpulang kepada PSG dan Al Hilal untuk mencapai persepakatan melibatkan yuran perpindahan pemain itu.
Laporan berasingan daripada RMC Sport pula mendedahkan kelab Saudi Pro League itu sanggup membayar lebih daripada €60 juta untuk pemain berusia 31 tahun yang masih mempunyai baki kontrak sehingga 2025 itu.
Nilai tersebut tidak termasuk bayaran bonus lain berdasarkan pencapaian yang boleh meningkatkan nilai bayaran yang perlu dibayar oleh Al Hilal kepada PSG kepada angka €100 juta.
Menurut L’Equipe, Al Hilal telah menawarkan kontrak selama dua tahun bernilai €160 juta kepada bekas bintang Santos dan Barcelona itu – yang sudah dipersetujui oleh Neymar.
Al-Hilal are really positive they can complete a deal for Neymar this week.⌛️
Talks now moving fast after Neymar said he was open to move. Bit of a U-turn since in June when approached, Neymar had indicated he wanted to find a European option if he left PSG.🇧🇷 https://t.co/AXcMgM42d3
— Ben Jacobs (@JacobsBen) August 13, 2023
Seperti yang dilaporkan oleh Marca, Neymar tidak akan mengikut jejak langkah Lionel Messi ke Amerika Syarikat dan Neyma tidak melihat Major League Soccer (MLS) sebagai pilihan yang berbaloi pada masa ini.
Sebaliknya Arab Saudi dilihat sebagai pilihan terbaik oleh Neymar untuk meninggalkan PSG – mengikut jejak langkah ramai bekas bintang Eropah yang lain.
Pemain antarabangsa Brazil itu tiba di Paris pada 2017 dengan nilai perpindahan rekod dunia mencecah €222 juta.
BREAKING! PSG and Al-Hilal are close to agreeing a deal for Neymar to join the Saudi Arabian club ✍
— Sky Sports News (@SkySportsNews) August 13, 2023
Karier Neymar bersama PSG bagaimanapun ibarat rollercoaster di taman tema permainan.
Gagal membantu PSG mencipta kejayaan di Champions League, karier pemain itu turut dihiasi dengan beberapa siri kecederaan.
Siri kecederaan yang dialaminya menyebabkan Neymar terlepas 119 perlawanan bersama PSG.
Dan sepanjang tempoh itu beliau hanya sempat melakukan 173 penampilan, menjaringkan 118 gol selain turut menghasilkan 77 bantuan gol untuk PSG.