Trio Serangan Liverpool Jauh Lebih Bagus Berbanding Trio PSG

Trio serangan Liverpool gandingan Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino dianggap trio terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Legenda Arsenal, Jack Wilshere percaya yang gandingan tiga serangkai Liverpool sebenarnya lebih hebat berbanding trio ‘MNM’ gandingan Lionel Messi, Kylian Mbappe dan Neymar.

Beliau juga sangat yakin yang tak ada gandingan lebih baik berbanding trio serangan Liverpool itu dalam dunia bola sepak hari ini.

Sudah lumrah dalam dunia bola sepak, para peminat senantiasa memperdebatkan tentang pasukan mana paling hebat, kelab mana terbesar, pemain mana paling hebat dan bermacam lagi perdebatan lain yang diperdebatkan.

Walau bagaimanapun, bukan hanya para peminat yang berminat untuk memperdebatkan hal-hal seperti ini, para pemain dan bekas pemain juga turut sama berminat untuk berdebat dan menyuarakan pandangan masing-masing.

Dalam satu perdebatan panas di studio talkSPORT, bekas bintang Arsenal, Wilshere telah ditanya tentang gandingan serangan yang paling beliau minat.

Bintang berusia 29 tahun yang masih tidak mempunyai kelab itu menyatakan yang beliau kagum melihat jentera serangan tiga serangkai Liverpool gandingan Salah, Mane dan Firmino.

Beliau turut menganggap yang trio The Reds itu sebenarnya lebih bagus berbanding trio bintang Paris Saint Germain yang menggandingkan Messi, Neymar dan Mbappe.

Messi tidak diragukan lagi sememangnya antara pemain terhebat sepanjang zaman yang pernah muncul dalam dunia bola sepak.

Sementara Kylian Mbappe pula diangkat sebagai calon bintang masa hadapan dan dianggap bakal mendominasi dunia bola sepak selepas berakhirnya era Messi dan Ronaldo.

Neymar pula sepertinya sedikit hilang arah selepas beliau meninggalkan Barca untuk sertai Paris Saint Germain, namun tidak boleh diragukan yang beliau masih lagi seorang pemain yang bagus.

Kualiti yang beliau miliki sebenarnya sungguh luar biasa menakjubkan dan beliau merupakan antara pemain yang paling digeruni pemain lawan ketika sedang berada di tahap persembahan terbaiknya.

Trio serangan Liverpool pula, Mo Salah pada ketika ini sedang berada di tahap persembahan terbaik sepanjang kariernya, dan turut dianggap sebagai pemain terhebat dunia pada ketika ini.

Dari 14 penampilan sepanjang musim ini, beliau berjaya meledak 15 gol dan Salah turut cemerlang mengharungi 10 perlawanan dengan menyumbang gol dan mencatatkan assists secara berturut-turut.

Bersama rakan sepasukannya Mane dan Firmino, mereka sebenarnya telah banyak mencipta kejayaan dan menjadi mimpi ngeri pemain pertahanan lawan.

Bahkan pada musim ini, mereka turut mencatatkan statistik yang jauh lebih bagus berbanding trio serangan PSG yang dibarisi pemain-pemain berkelas dunia.

Dan kerana itulah Wilshere percaya trio Liverpool sedang berada di tahap terbaik dan terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

“Pada ketika ini, kamu perlu kata Liverpool, ketika mereka terus menerus kekalkan intensiti seperti itu.”

Jelas Wilshere kepada Drivetime.

Bekas pemain Arsenal itu turut disokong oleh Darren Bent yang menyatakan bahawa beliau turut akan memiliki trio Jurgen Klopp berbanding trio Mauricio Pochettino.

“Saya rasa saya menyokong Jack untuk itu.”

Jelas bekas pemain penyerang itu.

“Saya rasa saya percaya gandingan trio Liverpool (berbanding PSG).”

“Jika bukan trio, Messi sudah tentu tiada yang boleh mempertikaikan itu. Tapi saya lebih memilih Salah berbanding dua lagi pemain, Neymar atau Mbappe.”

“Mane, Neymar? Siapa saya lebih percaya, kemungkinan Mane. Kualiti penyudah sudah tentu Neymar menakjubkan, tapi Mane….”

“Seorang sudah menang Champions League dan seorang lagi tidak, Liverpool trio tersebut sudah menang segalanya.”

Selain dari pendapat dua bekas pemain ini, masih ramai yang turut mempunyai pendapat sama selepas melihatkan aksi Salah, Mane dan Firmino di bahagian jentera serangan Liverpool.

Messi pada ketika ini masih bergelut untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya dalam saingan Ligue 1, dan gandingan beliau bersama Mbappe dan Neymar sepertinya masih belum berkesan.

Sumber: talkSPORT

BACA:  Klopp Anggap Liverpool Masih Berada Dalam Fasa Awal Pembangunan