Gergasi Perancis, Paris Saint Germain (PSG) dilaporkan masih mahu melepaskan Neymar dan sanggup menjual pemain itu dengan harga diskaun dan ketika ini tiga kelab Premier League dikatakan berminat.
Neymar yang masih lagi mempunyai kontrak berbaki yang hanya akan tamat pada tahun 2025 tiba di Ibu Negara Perancis pada 2017 apabila PSG membelinya dengan memecahkan rekod perpindahan dunia dengan bayaran £200 juta.
Pemain berusia 30 tahun itu masih lagi menjadi tonggak penting PSG untuk menakluk Eropah walaupun disepanjang kariernya di Ligue 1 banyak diselubungi kecederaan.
Dan musim ini Neymar dilihat kembali kepada prestasi terbaik, pada 2021 Neymar telah mengikat kontrak lanjutan baru namun PSG bersedia melepaskan Neymar jika ada tawaran dari mana-mana kelab.
🔔 | PSG slash asking price for Neymar and are 'willing to listen to offers,' three Premier League clubs linked with him https://t.co/6G0iWEa97D
— SPORTbible News (@SportBibleNews) January 6, 2023
Menurut laporan Fichajes, PSG telah sanggup mengurangkan harga yang diminta untuk bekas bintang Barcelona itu dan bersedia untuk ‘menilai tawaran’ antara €50 juta hingga €60 juta.
Penerbitan itu menambah bahawa melepaskan Neymar akan membebaskan PSG daripada ‘gaji besarnya,’ dengan pemain Brazil itu dilaporkan memperoleh £606,000 setiap minggu.
Harga permintaan yang diturunkan untuk Neymar boleh meletakkan kelab Liga Perdana Inggeris seperti Manchester City, Chelsea dan Newcastle dalam keadaan berjaga-jaga untuk merembat.
Sepanjang enam musim di PSG, Neymar telah menjaringkan 115 gol yang mengagumkan dan mencatatkan 73 assist dalam 165 penampilan. Satu rekod yang agak bagus untuk pemain yang sentiasa cedera.
Could #Neymar leave #PSGhttps://t.co/lTFDqogOOt
— Express Sports (@IExpressSports) January 6, 2023
Neymar juga telah menjulang empat gelaran Ligue 1 dan dua Piala Liga Perancis, bersama-sama dengan membawa PSG ke final Liga Juara-Juara pertama mereka pada 2020 sebelum tewas kepada Bayern Munich.
Pemain sayap itu telah kembali ke prestasi terbaiknya di bawah bos PSG Christophe Galtier musim ini, dengan Neymar menjaringkan 15 gol dan mengutip 13 bantuan dalam 21 penampilan.
Neymar sebelum ini pernah bercakap tentang keinginannya untuk bermain di Liga Perdana dan mendakwa liga Inggeris di peringkat teratas “memukau saya.”
Neymar for PSG in 2022-23:
15 goals
13 assists
6 yellow cards
1 red cardAlways entertainment 🎆 pic.twitter.com/UyDXS3XDSe
— B/R Football (@brfootball) December 29, 2022
Neymar ternyata teruja dengan tahap kompetitif yang ada di Liga Perdana dan pernah memasang impian beraksi di England dan inilah waktu terbaik.
“Liga Perdana adalah kejuaraan yang mengagumkan saya. Saya suka gaya permainan dan pasukan. Dan siapa tahu, suatu hari nanti, saya ingin bermain di sana, ya.”
“Saya mengagumi Manchester United, Chelsea, Arsenal, Liverpool — ini adalah pasukan yang sentiasa berada di sana berjuang.”
“Dalam Liga Perdana anda tidak pernah tahu siapa yang akan menang atau siapa yang akan menjadi juara, ia sentiasa mengejutkan.”
Pada awal musim Neymar juga telah dikaitkan dengan perpindahan apabila PSG dilaporkan mahu melepaskan pemain itu dan situasi bertambah buruk apabila dia bertelagah dengan Kylian Mbappe.
¡Los Reyes Magos llegaron a Paris! ❤️💙
¿Algún pedido especial? 😉 pic.twitter.com/Tvnz3uZxfV
— Paris Saint-Germain (@PSG_espanol) January 6, 2023
Neymar kecewa dengan Mbappe apabila pemain itu dengan terbuka menyatakan dia menyokong idea pemilik kelab untuk menjual Neymar dan selepas itu bergaduh berebut penalti pula.
The Guardian melaporkan bahawa ada kerisauan di bilik persalinan PSG kerana mereka mungkin akan terpecah kepada kem Mbappe dan Neymar. Namun hubungan mereka kembali ok, selepas PSG tidak menjual Neymar atas nasihat Luis Campos.
Ini kerana menurut Campos, Pengarah Sukan baharu PSG, penjualan Neymar akan memberikan impak kepada Messi yang baru kehilangan rakan baiknya Angel Di Maria.
Berita ini kemudiannya sunyi dan sepi apabila jendela perpindahan musim panas ditutup dan cerita ini kembali timbul di jendela perpindahan Januari.
Jika benar PSG sanggup melepaskan Neymar dengan harga €50 juta hingga €60 juta boleh dikatakan agak berbaloi berbanding pemain muda yang mempunyai harga yang pecah kepada dan masih perlu digilap dan belum pasti mampu mencapai potensi.