Ralf Rangnick sepatutnya akan bertugas sebagai penasihat kelab selepas kontraknya sebagai pengurus interim kelab tamat pada penghujung musim ini.
Walau bagaimanapun, terdapat laporan yang menyatakan bahawa beliau berpotensi untuk meninggalkan kelab kerana ada pasukan lain yang memerlukan khidmatnya.
Ralf Rangnick menyertai Manchester United pada Disember tahun lalu selepas beliau masuk menggantikan Ole Gunnar Solskjaer untuk menjadi pengurus interim kelab.
The Austrian Football Association Sporting Director Peter Schöttel flew to Manchester on Tuesday to meet Ralf Rangnick and negotiate with him about becoming Austria's next manager #mujournal
— United Journal (@theutdjournal) April 6, 2022
Beliau menandatangani perjanjian untuk menjadi pengurus interim selama enam bulan dan bakal menyambung tugasannya sebagai penasihat kelab selama dua tahun.
Keputusan pihak kelab melantik beliau menjadi pengurus interim sepertinya telah mengundang kecaman dan kritikan dari pelbagai pihak.
Mengikut perjanjian awal, beliau akan kekal pada musim depan dan musim berikutnya sebagai penasihat kelab, namun tak ada yang tahu apa peranan sebenar yang akan pengurus berusia 63 tahun itu bawa nanti.
Walau bagaimanapun juga, beliau berkemungkinan akan terlalu sibuk untuk menjadi penasihat di Old Trafford kerana ada pasukan yang terdesak mahu melantik beliau menjadi pengurus pasukan.
Menurut sumber laporan dari media Austria, Kurier, skuad kebangsaan Austria mahu melantik Ralf Rangnick untuk menjadi pengurus mereka yang baharu.
Sporting director skuad kebangsaan Austria, Peter Schottel telah terbang ke Manchester pada Isnin baru-baru ini untuk mengajak Ralf Rangnick berunding.
Ralf Rangnick is set to work six days a month when he begins a consultancy role at Manchester United this summer. His role would constitute 144 days’ work should he remain at Old Trafford until 2024. [@Jack_Gaughan] #MUFC
— United Update (@UnitedsUpdate) April 6, 2022
Pengurus dari Jerman itu jelas sekali sangat faham dengan budaya bola sepak Austria dengan beliau sebelum ini pernah menjadi director of football untuk Red Bull Salzburg selama beberapa tahun.
Salzburg berjaya memenangi beberapa kali gelaran Austrian Bundesliga dan Austrian Cup di bawah kepimpinan beliau dan turut berjaya layak beraksi di pentas Europa League serta Champions League.
Franc Foda sebelum ini pernah menguruskan skuad kebangsaan Austria, namun beliau gagal untuk membawa anak-anak buahnya beraksi di pentas Piala Dunia.
Austria tewas di tangan Wales dalam aksi peringkat separuh akhir pusingan play-off kelayakan Piala Dunia Qatar baru-baru ini.
Selepas kekalahan bertemu Wales itu, Franc Foda segera meletakkan jawatan beliau sebagai pengurus skuad kebangsaan Austria.
Walaupun beliau tidak pernah mengendalikan skuad kebangsaan sebelum ini, namun Ralf Rangnick jelas sekali antara individu paling tepat untuk menggalas tugas tersebut dalam skuad Austria.
Dan kerana beliau hanya akan bertugas ketika ada tugasan antarabangsa sahaja, maka Ralf Rangnick sebenarnya masih boleh meneruskan pekerjaannya di Old Trafford.
Ojo….el periodico austriaco KURIER Sport reporta que la Federación de Fútbol de Austria quiere al actual dt del Manchester United, Ralf Rangnick tras la salida de Franco Foda!
el director deportivo de la OFB, Peter Schöttel ha viajado a Manchester para YA reunirse con Rangnick! https://t.co/BgWTODs2CN pic.twitter.com/e26JSseSuD— David Camarena/Дэвид Камарена (@David2095_Sport) April 6, 2022
Bahkan andai Ralf Rangnick benar-benar meninggalkan kelab dan Premier League, beliau sebenarnya telah meninggalkan impak yang tersendiri di pentas bola sepak Inggeris.
Beliau sebelum ini pernah mencadangkan kepada Premier League supaya pengadil turut sama menjalani sesi latihan bersama kelab.
Ralf Rangnick cadangkan pengadil perlu berlatih bersama kelab
Para pengadil bola sepak di England berkemungkinan besar akan mula berlatih bersama-sama dengan pemain di kelab, selepas cadangan daripada pengurus Manchester United, Ralf Rangnick diterima dan dianggap boleh pakai.
Dengan kegusaran yang melanda para pengurus pasukan di liga tertinggi England tentang prestasi para pegawai perlawanan, pengurus United yang berbangsa Jerman tersebut mencadangkankan bahawa hubungan antara pengadil dan pemain mungkin boleh ditingkatkan dan ditambah baik jika pengadil turut sama menyertai para pemain di pusat latihan.
Referees may soon train with Premier League clubs to help improve relationships. 🤝
The idea was suggested by Ralf Rangnick and backed by other managers in the meeting! 🗣#PremierLeague #Referees #Rangnick pic.twitter.com/SRvQw2qJnt
— DR Sports (@drsportsmedia) March 29, 2022
Rangnick berkata sebegitu dalam satu sidang kemuncak di kalangan para pengurus dan boss besar pengadil di England, Mike Riley. Tambahan pula, menurut Rangnick, pengadil yang berlatih bersama-sama dengan pemain akan lebih saling mengenali antara satu sama lain, berbanding hanya bertemu ketika hari perlawanan sahaja.
Pendapat Rangnick ini dipersetujui oleh ramai pengurus yang lain yang turut sama dalam diskusi tersebut dan mengatakan bahawa para pengadil perlu diberi kebenaran untuk menggunakan fasiliti elit di kelab-kelab Liga Perdana Inggeris.
Isu yang diutarakan oleh pengurus United ini telah mendapat perhatian persatuan pengadil di liga tersebut, PGMOL, dan langkah-langkah awal mungkin akan mula diperkenalkan pada musim hadapan.
Rangnick yang mengendalikan pasukan United sehingga tamat musim ini dan beralih ke pejabat lain di kelab tersebut berpendapat bahawa membawa pengadil seperti Anthony Taylor, Michael Oliver dan Kevin Friend ke padang latihan akan membantu mereka mengenali pemain dengan lebih dekat dan mengenepikan tanggapan negatif di antara satu sama lain.
Menurut orang dalam yang ada dalam sidang kemuncak yang berlangsung selama dua hari itu, segala perbincangan dilihat berjalan dengan lancar dan aman meskipun terdapat beberapa keputusan yang tidak memberangsangkan dilakukan oleh pengadil pada musim ini.
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp adalah antara pengadil selain Dean Smith dari Norwich City, Frank Lampard(Everton), Graham Potter(Brighton) dan Rangnick sendiri, telah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan beberapa keputusan pengadil dan mencadangkan kepada perlunya seorang pengadil VAR yang khas.
EXCL: Refs could train with PL clubs after Manchester United interim boss Ralf Rangnick suggests ‘barrier breaking move’ at meeting of managers & PGMOL officials. Proposal has widespread backing from other bosses. Story: https://t.co/6ycMgzQUyf
— Mike Keegan (@MikeKeegan_DM) March 28, 2022
Mereka mahu pengadil diberikan latihan yang intensif dan hanya mereka yang mempunyai kelayakan sahaja diberi kebenaran untuk mengendalikan sistem tersebut selepas beberapa keputusan yang boleh dipersoalkan.
Kumpulan jurulatih tersebut juga percaya bahawa beberapa istilah yang digunakan dalam sistem VAR ini sangatlah tidak membantu dan perlu diperhalusi semula.
Pada masa yang sama, pengurus Burnley Sean Dyche, seorang yang memang dikenali sebagai sangat lantang dan suka cakap lepas, difahamkan telah mendakwa bahawa ada pengadil yang tidak melaksanakan peraturan bola sepak yang betul dalam bab simulasi, atau dalam bahasa mudahnya – pemain berlakon.
Dyche mengatakan bahawa di atas padang situasi seolah-olah ‘kau tak boleh terjah, tapi kau boleh dive‘ sering berlaku.
Selain itu, wakil-wakil kelab juga turut mempersoalkan dan mahu penjelasan lanjut tentang tindakan kontroversi para penjaga garisan yang tidak terus mengangkat bendera bagi kesalahan ofsaid. Selalunya tindakan melambatkan mengangkat bendera berlaku apabila pasukan yang sedang menyerang mendapat peluang untuk menjaringkan gol meskipun berada dalam kedudukan ofsaid, dengan alasan tidak mahu mengganggu rentak perlawanan.
Lagi pula ada ketikanya penjaga garisan bertindak mengangkat bendera dengan menyangka pemain yang menyerang berada dalam kedudukan ofsaid, sedangkan pemain itu berada dalam kedudukan onsaid, lantas menyebabkan pemain yang bertahan menghentikan permainan.
Bagi mengatasi masalah ini, Riley memberi jaminan bahawa tindakan melambatkan angkatan bendera ini akan dikurangkan selepas ini.
Dean Smith juga tidak ketinggalan untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya dalam sidang tersebut di mana dia telah memberikan hujah bahawa bendera patut diangkat jika ofsaid yang jelas telah berlaku, manakala pengurus West Ham, David Moyes, agak risau tentang fasa kedua jika bendera lambat diangkat dan sepakan sudut telah dianugerahkan.
Untuk ini, Riley dengan mudah mengatakan bahawa selepas ini jika penjaga garisan berasakan berlakunya ofsaid, maka secara automatik dia akan mengangkat bendera.
Lampard dan Smith juga turut mencadangkan supaya tradisi perbincangan dua hala antara pengurus dan pengadil 30 minit selepas perlawanan tamat patut dikembalikan semula selepas dihentikan gara-gara covid.
Sumber: SPORTbible