Ralf Rangnick sepertinya telah mencetuskan sensasi baru selepas beliau dikatakan sudah meminta pimpinan kelab untuk menggantikan tiga pemain dari skuad utamanya.
Ya, tiga pemain, bukan satu bukan dua tetapi beliau meminta pimpinan kelab untuk menggantikan kesemua tiga-tiga pemain yang sudah beliau senaraikan itu.
Pengurus interim kelab itu selepas ini akan memulakan tugas sebagai penasihat utama kelab sebaik khidmatnya sebagai pengurus tamat pada penghujung musim nanti.
🚨 Ralf Rangnick has told the Manchester United hierarchy that Luke Shaw, Aaron Wan-Bissaka and Harry Maguire are not good enough to be playing for the club and will need replacing.
(Source: @GraemeBailey) pic.twitter.com/oLlnOjtBuY
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) January 18, 2022
Penilaian dan segala hal-hal melibatkan bakat akan menjadi tugas utama beliau sebagai penasihat kelab, dengan pengurus dari Jerman itu sudah membentangkan sesuatu kepada pimpinan kelab awal bulan ini.
Menurut sumber laporan dari 90min, Ralf Rangnick telah membentangkan penilaian pemain dari skuad sedia ada kepada pimpinan kelab, dan posisi pertahanan merupakan hal paling dibimbangkan.
Pengurus berusia 63 tahun itu dilaporkan telah memberitahu Richard Arnold, CEO baru Manchester United yang Harry Maguire, Luke Shaw dan Aaron Wan-Bissaka tidak cukup bagus untuk bermain bersama Man United.
Maguire, Shaw dan Wan-Bissaka merupakan tiga pemain yang menjadi bintang harapan United ketika mereka di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini.
"Ralf Rangnick has told the club that Maguire, Shaw & Wan-Bissaka aren't good enough for Man Utd and should be replaced."
Won't comment on the other two but fully agree that Jacob Harry Maguire is NOT good enough and shouldn't have been made captain.
— UtdFaithfuls (@UtdFaithfuls) January 18, 2022
Namun selepas pengurus dari Norway itu dipecat, kedua-dua pemain full-back itu sudah mula hilang tempat dan sangat jarang untuk diturunkan.
Bagi Maguire sendiri, beliau sudah mula bergelut dengan masalah prestasi sejak lama dahulu lagi dan musim ini persembahan beliau jelas sekali semakin teruk.
Beliau sememangnya sentiasa makan maki peminat dan pundit setiap kali diturunkan untuk beraksi, terutama ketika Man Utd tewas.
Secara dasarnya, Ralf Rangnick mahukan penandatanganan terbaru dan laporan sama turut mendedahkan yang beliau mencadangkan bintang Wolves, Max Kilman untuk ditandatangani oleh pimpinan kelab.
Max Kilman merupakan antara pemain pertahanan yang sememangnya akan diburu oleh Manchester United pada jendela perpindahan musim panas nanti.
Reports claim Ralf Rangnick told Man Utd chiefs he wants to replace Luke Shaw, Harry Maguire and Aaron Wan-Bissaka 🤯❌https://t.co/iG3TKEGNPu pic.twitter.com/mjC8IHvUjZ
— Mirror Football (@MirrorFootball) January 18, 2022
Setan merah setakat ini sudah mencatatkan 29 bolos dalam saingan Premier League, dengan hanya West Ham sahaja mencatatkan bolos lebih banyak dari mereka di kelompok lapan teratas.
Walaupun setan merah sudah berjaya mendapatkan khidmat Raphael Varane pada musim panas lalu, namun kehadiran beliau masih belum memberikan apa-apa impak.
Pemain kebangsaan Perancis itu baru beraksi 10 perlawanan sahaja dalam saingan Premier League dek kerana beliau sering diketepikan atas masalah kecederaan.
Beliau jelas sekali sering bergelut dengan masalah kecederaan dan kerana itulah impaknya langsung tidak dirasai.
United kini perlu konsisten dan mengelak dari keciciran mata kerana mereka berpotensi untuk mengakhiri saingan liga di luar kelompok enam teratas.
We hear say Ralf Rangnick tell Man Utd chiefs say e wan replace Luke Shaw, Harry Maguire and Aaron Wan-Bissaka 🤯❌
Source: Mirror pic.twitter.com/H3fiC11on3
— Man United in Pidgin (@ManUtdInPidgin) January 19, 2022
Melihat kepada keadaan yang luar biasa huru-hara di Old Trafford pada ketika ini, Man Utd sepertinya perlu melakukan rombakan besar-besaran dalam usaha mereka untuk menambah baik segala kekurangan yang ada.
Ralf Rangnick sudah menyerahkan nama ketiga-tiga pemain itu kepada pimpinan kelab, namun tidak pasti apa tindakan selanjutnya yang akan diambil.
Seandainya pihak kelab memutuskan untuk menjual kesemua tiga pemain tersebut, ia bermaksud setan merah perlu mencari ketua pasukan yang baru.
Sebelum ini tular berita yang mendakwa 17 pemain sedang tak gembira berada di Old Trafford, dan ramai antara mereka yang benar-benar bertekad mahu meninggalkan kelab dalam masa terdekat ini.
🚨| Ralf Rangnick has informed the club’s hierarchy that Luke Shaw, Aaron Wan-Bissaka and Harry Maguire do not match the standard of Manchester United, and should be offloaded at an appropriate time. #MUFC 🔴
[Multiple Sources] pic.twitter.com/zZh5iphuIC
— Football Related (@FtblRelated) January 18, 2022
Kebanyakan pemain yang tak gembira itu dikatakan berpunca dari cara pengurusan Ralf Rangnick, dan beliau pada minggu lalu secara terbuka telah menyatakan yang Anthony Martial tak mahu bermain untuk kelab.
Mendengar kenyataan itu, Martial tampil mempertahankan dirinya dan menegaskan yang dakwaan dari Ralf Rangnick sebenarnya salah.
Kini beliau tampil pula mengatakan Maguire, Shaw dan Wan-Bissaka tak layak untuk bermain bersama Man United, dan jelas sekali keadaan bilik persalinan setan merah sudah tentu akan lebih huru-hara.
Sumber: SPORTbible