Sergio Ramos terpaksa masuk campur untuk meleraikan pertelingkahan di antara Neymar dan Kylian Mbappe yang hampir saja bertumbuk selepas mahu membukah buah masing-masing di bilik persalinan.
Kemenangan 5-2 ke atas Montpellier tidak menjadi sebutan namun aksi perebutan sepakan penalti diantara Neymar dan Mbappe terus melarat untuk tempoh beberapa hari.
Yang terkini lantaran perebutan penalti telah dibawa ke bilik persalinan dan tidak sekadar habis di padang sahaja.
Pergaduhan ini tercetus selepas sebulan apabila Kylian Mbappe yang mempunyai kuasa pemilik telah bersetuju untuk kelab itu menjual Neymar ke kelab lain.
Sergio Ramos was forced to step in to separate feuding pair Kylian Mbappe and Neymar in Paris Saint-Germain's dressing room following their win over Montpellier https://t.co/aIfgNNFguQ
β Mirror Football (@MirrorFootball) August 16, 2022
Neymar yang mengalami kemerosotan prestasi dan gagal mengulangi prestasinya seperti di Barcelona sejak menyertai PSG serta kerap mengalami kecederaan.
Pemain Brazil dikatakan tidak berdisiplin dan mahu bersama PSG hanya kerana mahu menikmati kehidupan malam di kota Paris yang terkenal dengan parti tanda batas.
Persaingan antara dua bintang super itu di Parc Des Princes tidak berlangsung secara positif dengan status besar dimiliki Neymar dan Mbappe pula yang masih muda sudah mempunyai reputasi yang tinggi.
Situasi ini menyebabkan bilik persalinan PSG berpecah kepada kem Neymar dan Mbappe yang kini sudah mempunyai kuasa veto yang menambahkan lagi egonya.
π¨ Sergio Ramos stepped in to ease the tension between Neymar and Kylian MbappΓ© and acted as a mediator in the PSG dressing room conflict. Ramos tried to bring back the mood in the dressing room after the disagreement. π
(Source: Le Parisian)
THE REAL GANGSTER! π pic.twitter.com/E5xvvCVzPR
β AZR (@AzrOrganization) August 16, 2022
Semua ini terjadi disebabkan oleh bilik persalinan PSG yang dipenuhi pemain bintang kurang disiplin dan tiada pemimpin yang berwibawa untuk dihormati.
Dengan kuasa pemilik dimiliki Mbappe pula tidak mampu menjadikannya seorang pemimpin yang baik malah egonya semakin meninggi.
Pemain veteran seperti Sergio Ramos dan Lionel Messi dikatakan berpihak kepada Neymar. Mujur Ramos dan Messi tidak buat kepala gila dan tidak turut sama membuat kem sendiri.
Sergio Ramos had to intervene between Kylian Mbappe and Neymar as the two superstars feuded in the dressing room after Neymar took a penalty. There were earlier reports of conflict between Messi and Mbappe over Neymar [Le Parisien] pic.twitter.com/nNiO9Dye0H
β The Football Index π β½ (@TheFootballInd) August 16, 2022
π¨Goal Brasil:
MbappΓ© sees Neymar gaining more and more strength at PSG.
The PSG locker room views Neymar as the teamβs technical leader.
Players like Messi and Sergio Ramos support Neymar. pic.twitter.com/huogt1D7OU
β Brasil Football π§π· (@BrasilEdition) August 17, 2022
Kalau tidak akan wujud perpecahan kepada Messi, Ramos, Mbappe dan Neymar.
Mungkin Mbappe atau Neymar patut mencontohi Messi yang memberikan sepakan penalti kepada Ramos ketika pra musim. Jika diikutkan Ramos dan Messi adalah musuh terbesar masing-masing ketika di La Liga.
Namun atas dasar profesionalism dan mereka kini sudah menjadi rakan sepasukan, mereka tidak kekok unutk bekerjasama di padang.
Remember Messi won a penalty and gave it to Ramos during the preseason. The penalty Neymar and Mbappe were dragging, Messi won it. He doesn't even say anything. He will just be there looking at them. pic.twitter.com/PTXu6hiyPl
β SK10 π΅ (@SK10Football) August 16, 2022
Kylian Mbappe dilaporkan mahu Neymar segera berambus dari PSG dan dijual hanya kerana pemain Brazil itu tidak membenarkan pemain bintang Perancis itu mengambil sepakan.
Kemenangan PSG ke atas Montpellier dengan jaringan 5-2 tidak menjadi topik utama bualan dunia bola sepak tetapi sisi gelap pasukan semakin terdedah.
Insiden Mbappe menghentikan larian kerana Vitinha tidak menghantar bola, Mbappe mahu merebut sepakan penalti dari Neymar, Mbappe melanggar bahu Messi yang dianggap kurang ajar antara cerita yang keluar dari kemenangan itu.
Malah Achraf Hakimi juga telah dituduh sebagai kroni Mbappe kerana tidak menghantar bola kepada Lionel Messi dan Neymar dengan hantaran kebanyakkannya mencari Mbappe.
β Ω (@rgomesrodri2) August 13, 2022
Sebelum ini The Guardian melaporkan bahawa ada kerisauan di bilik persalinan PSG kerana mereka mungkin akan terpecah kepada kem Mbappe dan Neymar.
Perkara itu seperti sudah terjadi sekarang ini dan pasti akan memberi kesan kepada pasukan jika benar.
Isu Neymar dan Kylian Mbappe dikatakan sedang mendidih ketika ini di PSG. Neymar pernah kecewa dengan Mbappe apabila pemain itu dengan terbuka menyatakan dia menyokong idea pemilik kelab untuk menjual Neymar.
Kylian Mbappe merupakan pemain yang super istimewa kerana diberikan kuasa pemilik dalam kontrak baharunya sebagai tanda bahawa PSG benar benar mahu menjadikannya teras projek mereka.
Kylian Mbappe really had the audacity to ask Neymar to give him the second penalty after he he missed his first one π
pic.twitter.com/DxFML8jxqfβ LSPN FC (@LSPNFC_) August 14, 2022
Namun hubungan mereka kembali ok, selepas PSG tidak menjual Neymar atas nasihat Luis Campos.
Ini kerana menurut Campos, Pengarah Sukan baharu PSG, penjualan Neymar akan memberikan impak kepada Messi yang baru kehilangan rakan baiknya Angel Di Maria.
Di mana Messi masih cuba mencari rentak terbaiknya di PSG.
Tetapi ketegangan hubungan antara Mbappe dan Neymar kembali memuncak selepas aksi Ahad lalu.
Di mana Kylian Mbappe tanpa segan silu telah meminta Neymar memberikannya bola untuk mengambil sepakan penalti kedua, selepas dia gagal menyempurnakan yang pertama.
πΈ | Kylian Mbappe wanted to take the second penalty kick after he missed the first but Neymar didnβt give him. #PSGπ΄π΅π€π pic.twitter.com/gNU9UOXTJZ
β PSG Chief (@psg_chief) August 14, 2022
Kerana sepakan penalti Neymar dan Mbappe kini dilaporkan sudah tidak sehaluan. Neymar sebelum ini pernah berebut sepakan penalti dengan Edison Cavani ketika mula menyertai PSG.
Sebelum ini Neymar merupakan pelaksana penalti yang utama untuk pasukannya. Nampaknya bermula musim ini, Neymar menjadi orang kedua untuk tugasan itu.
Selepas Mbappe gagal menyempurnakan yang pertama, Neymar merasakan tiba gilirannya pula untuk mengambil penalti. Tetapi Mbappe sempat meminta dia memberikan bola. Neymar tidak melayan permintaan itu.