Neymar Retak Tulang Metatarsal, Tidak Akan Dapat Bermain Menentang Real Madrid

Pemain sensasi Paris Saint-Germain, Neymar mengalami kecederaan retak tulang metatarsal dan bakal diketepikan sekurang-kurangnya selama sebulan.

Ini bermakna harapan PSG untuk melihat Neymar beraksi menentang Real Madrid minggu hadapan tidak kesampaian kerana kecederaan tersebut.

Menangis macam ponde

PSG berdepan tugas sukar untuk melayakkan diri ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara selepaas tewas 3-1 dalam perlawanan pertama di Santiago Bernabeu dua minggu yang lalu.

Pemain antarabangsa Brazil ini mengalami kecederaan tersebut ketika perlawanan Ligue 1 menentang Marseille hujung minggu lalu, dimana mereka mencatatkan kemenangan selesa 3-0.

Neymar dilihat mengeluarkan air mata selepas menerima terjahan daripada pemain tengah Marseille, Bouna Sarr seoloah-olah beliau sudah mengetahui kecederaan yang dialaminya itu adalah serius.

Hasil pemeriksaan awal yang dilakukan terhadap Neymar tidak menemukan sebarang kecederaan serius pada pergelangan kaki beliau. Tetapi selepas pemeriksaan penuh dilakukan, ia menunjukkan Neymar mengalami keretakan pada tulang metatarsal di kakinya dan memaksa pemain ini berehat lebih lama.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh PSG berhubung kecederaan yang dialami Neymar, kelab tersebut tidak menyatakan berapa lama Neymar bakal diketepikan daripada beraksi.

“Hasil ujian ultrasound dan ‘CT Scan’ yang dilakukan hari ini mengesahkan Neymar mengalami terseliuh pada bahagian kaki kanannya yang mana ia berlaku kerana tulang metatarsal ke-5 patah.”

PSG tidak menyebut bila tarikh Neymar kembali pulih tetapi kebiasaannya kecederaan sebegini memerlukan masa selama sebulan untuk benar-benar pulih. Berita ini juga mengesahkan Neymar tidak akan terlibat dalam perlawanan penting menentang Real Madrid minggu hadapan.

Dalam sidang media selepas tamat perlawanan Ahad lalu, pengurus PSG Unai Emery amat berharap mampu menggunakan khidmat pemain termahal dunia ini bagi pertemuan penting tersebut.

Detik yang ditunggu-tunggu peminat Real Madrid

“Ujian awal menunjukkan beliau terseliuh. Kami akan mengadakan pemeriksaan perubatan lebih lanjut selepas ini.”

“Kami masih lagi optimistik. Mengenai pembabitan beliau bagi perlawanan Real Madrid, jika kamu mahu jawapan saya ya atau tidak, saya berkata beliau akan bermain.”

Pemain yang mencederakan Neymar, Bouna Sarr ketika ditemuramah selepas tamat perlawanan berkata beliau tidak sekali-kali berniat untuk mencederakan Neymar.

“Apa yang saya dapat lihat dari insiden tersebut ialah saya ingin dapatkan bola. Saya tidak lakukan terjahan tersebut untuk mencederakan Neymar. Ia bukan permainan saya.”

“Nampaknya kaki Neymar terseliuh. Neymar tidak bernasib baik tetapi ia sebahagian daripada bolasepak, sama seperti yang dihadapi pemain-pemain lain.”

BACA:  Gareth Bale Beri Bayangan Bakal Berpindah Selepas Diketepikan Menentang Liverpool