Rangnick Akan ‘Tamatkan’ Karier Bintang Man Utd Di Old Trafford Yang Tidak Sesuai Dengan Gaya Permainannya

Karier David de Gea di Manchester United selaku penjaga gol utama mungkin akan “tamat tidak lama lagi” di bawah pengurus sementara yang baru dilantik Ralf Rangnick.

Demikian lah menurut kata-kata Trevor Sinclair, yang tidak percaya pemain Nombor 1 Manchester United adalah jenis pemain yang sesuai dengan gaya permainan Rangnick.

De Gea telah berada di Old Trafford selama sedekad dan kekal sebagai pilihan pertama kelab, walaupun kerap melakukan kesilapan dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Kehadiran Dean Henderson memberi saingan nyata telah mengembalikan kembali prestasi terbaik De Gea. Musim lalu David De Gea hampir kehilangan tempat namun berjaya merampas kembali.

Musim ini kecemerlangan De Gea tidak dapat disangkal lagi, kerap kali menjadi punca kemenangan dan menyelamatkan Manchester United dari dibelasah teruk.

Pemain Sepanyol berusia 31 tahun telah menjadi tumpuan dunia bola sepak selepas aksi gol pembukaan yang sangat pelik telah dihasilkan Arsenal di Old Trafford.

Fred kelihatan secara tidak sengaja mencederakan De Gea dengan memijak keras tumit De Gea semasa sepakan penjuru Arsenal.

De Gea rebah ke lantai dan tidak berdaya ketika permainan diteruskan, dengan Emile Smith Rowe merembat masuk gol pembukaan dari luar kotak pada minit ke-13.

Pengadil Martin Atkinson telah meniup wisel selepas bola mendarat di dalam jaring dan VAR juga memutuskan untuk memihak kepada Arsenal. Kerana permainan dihentikan selepas bola menerjah gawang.

Trevor Sinclair mengakui bahawa dia “kecewa” dengan cara De Gea menangani situasi itu dan menyelar bintang United itu kerana “kurang keberanian.”

Bercakap kepada talkSPORT, Sinclair berkata:

“Mereka melakukannya dengan betul. Kita semua pernah diterjah di buku lali, ia tidak akan menjadi lebih teruk.”

“Anda boleh bangkit semula, tunggu bola hilang dari permainan kemudian dapatkan bantuan perubatan yang anda perlukan.”

“Saya tidak percaya De Gea kekurangan keberanian . Saya benar-benar kecewa, rakan sepasukannya akan kecewa, kakitangan kejurulatihan dan semua peminat akan kecewa.”

Kadang-kadang apabila anda pergi ke padang, anda perlu menahan sedikit kesakitan dan itu tidak cukup baik. Dan dia menyebabkan pasukannya kehilangan satu gol kerana rembatan daripada Smith Rowe tidak bagus pun.”

Lantaran tidak berpuas hati dengan kecederaan De Gea yang dianggap penakut, Trevor Sinclair meramalkan karier De Gea akan tamat dengan kehadiran Rangnick.

Kutukan terus dilakukan oleh bekas pemain sayap Manchester City itu apabila berpendapat bahawa De Gea mungkin tidak sesuai dengan sistem di bawah Rangnick, yang akan mahu “bermain di garisan tinggi” dan mahukan seorang sweeper-keeper.

Sweeper-keeper ini adalah seperti Ederson di Manchester City dan Allison Becker di Liverpool, penjaga gol yang mampu menggunakan kaki seperti pemain lain.

Trevor Sinclair menambah lagi:

“Dengan Ralf [Rangnick] masuk, mahu bermain di garisan tinggi, saya fikir dia perlu menjadi sweeper-keeper.”

“Jadi, karier De Gea di Man United mungkin akan berakhir tidak lama lagi.”

Sinclair meneruskan lagi:

“Bagi saya, itu adalah ujian asid yang kecil, seberapa besar hati anda? Dan dia mengecewakan mereka.”

Pemain terbaik Manchester United ketika ini jika bukan Cristiano Ronaldo pasti David De Gea dan kenyataan dari Trevor Sinclair ini agak berani dan tidak berapa nak masuk dek akal.

Mungkin emosi mempengaruhi pertimbangan Trevor Sinclair kemungkinan De Gea kehilangan tempat kepada Dean Henderson disebabkan gaya permainan Rangnick mungkin ada namun Rangnick hanyalah pengurus interim sehingga tamat musim.

BACA:  Rangnick Klaim Dirinya Watak Penting Kehebatan Liverpool: "Ramai Pemain Saya Kat Situ"