Rangnick Akui Terkejut Beruk Pemain Man Utd Cepat Beradaptasi Dengan Corak Permainannya

Pengurus Interim Manchester United, Ralf Rangnick mengakui bahawa beliau terkejut beruk apabila melihat betapa cepatnya pemain Manchester United beradaptasi dengan corak permainan yang beliau terapkan.

Ralf Rangnick bermula langkah kanan apabila mencatatkan kemenangan dalam perlawanan pertamanya dan kaki kanan Fred pemain yang dilihat tidak memberi kemenangan telah memberi tiga mata berharga.

Bukan sahaja tiga mata diraih Setan Merah dalam perlawanan ini tetapi perlawanan tanpa bolos pertama musim di Old Trafford, menambah lagi keyakinan peminat kepada Rangnick.

Hasil yang diperoleh dari perlawanan ini nyata memberi kegembiraan tidak terperi kepada Rangnick:

“Saya teramat, terpaling gembira, pertama sekali, paling penting, kami memenangi perlawanan. Kedua, kami mempunyai rekod bersih, ketiga saya rasa kami tidak syak lagi berhak untuk menang, kerana kami mengawal permainan.”

“Setengah jam pertama sangat menakjubkan. Saya merasakan ia adalah tempo yang sangat tinggi, intensiti tinggi, sentiasa berada di hadapan. Satu-satunya perkara yang hilang dalam setengah jam pertama ini ialah menjaringkan satu atau dua, jika tidak tiga, gol.”

Rangnick menjelaskan bahawa pemain tidak boleh beraksi dengan tempo dan intensiti yang sangat tinggi sepanjang 90 minit. Ini telah menjawab persoalan kenapa separuh masa kedua permainan tenang is good kembali. Bukan tribute kepada Ole.

“Tetapi adalah jelas bahawa anda tidak boleh bermain sepanjang 90 minit permainan, pada tahap intensiti seperti ini. Tetapi selepas itu kami tetap mengawal permainan. Separuh masa kedua, kami memulakan permainan dengan baik dan akhirnya kami layak untuk menang.

“Saya lebih gembira dengan rekod tanpa bolos. Gol cantik dengan kaki kanan yang lemah daripada Fred. Ia adalah mengenai mendapatkan kawalan dan kami mempunyai kawalan pada kebanyakan masa permainan.”

Rangnick hanya mempunyai sedikit masa untuk bekerja dengan pemain memandangkan pertukaran pengurus yang pantas dalam masa yang singkat ditambah dengan permohanan permit kerja yang memakan masa.

Namun pemain Manchester United agak cepat menyesuaikan diri dengan permainan intensiti tinggi dan penuh bertenaga berlandaskan kepada intipati falsafah bola sepak Rangnick hanya dalam tempoh kurang dua hari.

Situasi ini membuatkan Rangnick kagum dan terkejut beruk dengan adaptasi yang pantas dari pemainnya walaupun dalam tempoh masa yang singkat.

“Sejujurnya, saya secara positifnya terkejut dengan keadaan fizikal, intensiti dan prestasi pemain” Ujar Rangnick kagum.

“Kami bukan sahaja bermain dalam perlawanan agak lewat pada Khamis tetapi kami juga mempunyai dua hari kurang daripada Crystal Palace untuk pulih. Saya tidak menjangka kami bermain di tahap ini selepas hanya satu setengah hari latihan bersama mereka.

Sebelum ini Rangnick telah menyatakan bahawa clean sheet atau permainan tanpa bolos antara sasarannya kerana Manchester United secara puratanya bolos dua gol per perlawanan.

“Ia sentiasa lebih mudah untuk membina sesuatu apabila anda telah berjaya. Saya mahu pemain mempercayai bola sepak sebegini. Kami akan meneruskan ke arah ini, menghasilkan lebih banyak rekod tanpa bolos dan menjadi lebih baik dalam mencipta peluang sendiri.”

“Masih ada ruang untuk peningkatan tetapi hari ini lebih penting bagi saya untuk melihat bagaimana mereka bermain dengan bola.”

Bercakap mengenai wira perlawanan Fre Devil, Rangnick turut mengakui itu satu bonus berganda kerana Fred Devil menjaringkan gol dengan kaki terlemahnya.

“Saya terpaksa bertanya kepada penolong jurulatih saya sama ada Fred tu kaki kanan ke kiri, saya tidak percaya. Saya fikir dia hanya boleh menembak dengan kiri.”

“Fred adalah pemain yang hebat. Apa yang dia lakukan dengan (Scott) McTominay dengan bola hari ini, inilah yang kami perlukan. Saya gembira untuknya.”

Impak yang dibawa oleh Ralf Rangnick hanya dalam tempoh satu hari setengah bersama Manchester United sangat mengagumkan dan memberi impak yang lebih dari jangkaan ramai.

Rata-rata peminat Manchester United berpuas hati dengan permainan dipamerkan dan jika tidak mendapat tiga mata sekalipun mereka puas kerana harapan yang ada di masa mendatang.

Jika diikutkan dengan kualiti skuad Manchester United ini dari pemain utama sehingga ke beberapa pemain akademi, kualiti mereka agak tinggi untuk menjadi pasukan pertengahan liga.

BACA:  Selepas Martial, Kini Lingard Pula Tampil Mengaku Difitnah Oleh Ralf Rangnick