Pemain pertahanan Manchester United, Phil Jones yang mungkin sudah dilupakan ramai tetapi harus diingat Jones masih lagi merupakan pemain Manchester United hingga kini.
Sejak pemergian Ole Gunnar Solskjaer, nama Phil Jones kembali wujud dalam senarai pemain dibangku simpanan, hampir untuk semua perlawanan walaupun masih tidak diturunkan.
Pengurus Interim Manchester United, Ralf Rangnick sudah berhajat mahu menurunkan Phil Jones dalam perlawanan terakhir Champions League di peringkat kumpulan menentang Young Boys namun tidak kesampaian.
Ibarat cinta terhalang oleh orang tua, Phil Jones tidak dapat digunakan Ralf Rangnick dalam perlawanan itu kerana nama Jones tidak didaftarkan untuk skuad Manchester United di kejohanan Eropah itu.
Rangnick has been impressed by Phil Jones’ application in training and it is thought he would have selected him against Young Boys if he was registered for the Champions League #mulive [@lauriewhitwell]
— utdreport (@utdreport) December 13, 2021
Menurut The Athletic, pengurus interim Manchester United, Ralf Rangnick teramat kagum dengan Jones sejak ketibaannya di kelab itu dan merancang untuk memilih pemain pertahanan itu untuk perlawanan menentang Young Boys.
Pemain berusia 29 tahun itu bergelut mencari peluang di bawah bekas pengurus Ole Gunnar Solskjaer dan penampilan terakhir Jones bersama pasukan utama adalah ketika menentang Tranmere pada Januari, 2020.
Jones ternyata adalah seorang pejuang yang terus berusaha untuk mendapat tempat, kegigihan Jones inilah yang membuat Rangnick kagum dan menyenaraikan namanya di bangku simpanan ketika dua perlawanan terakhir menentang Crystal Palace dan Norwich.
Jones tidak diturunkan Rangnick dalam perlawanan menentang Crystal Palace dan Norwich kerana kekaguman saja tidak cukup untuk Rangnick mengambil risiko dalam dua perlawanan wajin menang itu.
🗣 Rangnick: “We can only play players who are in the #UCL list [against Young Boys]. For example, Phil Jones, whom I would love to give game-time on Wednesday after his long-term injury, unfortunately, he is not on the list.” [MEN]
— UtdDistrict (@UtdDistrict) December 6, 2021
Menurut laporan itu juga Jones gigih berjuang untuk mendapatkan tempat kembali apabila meminta untuk beraksi bersama pasukan simpanan menentang Chelsea bagi mendapatkan kembali kecergasan perlawanan.
Jones telah pun beraksi untuk pasukan simpanan tiga kali musim ini dalam perlawanan menentang Arsenal, Brighton dan bekas kelabnya Blackburn.
Bekas pemain antarabangsa England, Jones telah bergelut untuk mendapatkan kembali kecergasan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan kecederaan lutut yang serius menyebabkan dia tidak dapat bermain selama kira-kira 18 bulan.
Bercakap awal tahun ini, bekas bos United, Solskjaer memuji komitmen Jones dan mempertahankannya daripada kritikan kerana kekurangan bola sepak pasukan utama. Namun tidak diberikan peluang walaupun untuk perlawanan Piala Liga.
“Phil melalui tempoh 18-19 bulan yang mengerikan dan mungkin setahun sebelum itu juga dengan kecederaan.” Solskjaer memberitahu laman web kelab suatu ketika dahulu.”
“Phil adalah jenis lelaki yang tidak cerewet, suka bergaul dengannya. Saya tahu lebih daripada sesiapa sahaja bagaimana rasanya tercedera pada peringkat itu.
“Dia belum berumur 30 tahun. Sejak saya datang ke sini, dia bertarung dengan kecederaan lutut ini, dia meletakkan badannya di barisan, setiap sesi latihan, setiap perlawanan.”
Perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United menentang Brentford di Stadium Community yang dijadualkan bakal berlangsung pada hari Selasa, telah ditunda akibat penularan wabak Covid-19 di kalangan pemain dan staf kejurulatihan pasukan Syaithon Merah.
The Premier League has confirmed that our game against Brentford on Tuesday has been postponed.#MUFC | #BREMUN
— Manchester United (@ManUtd) December 13, 2021
Difahamkan, segelintir pemain dan staf kejurulatihan telah didapati positif selepas melalui ujian PCR yang dijalankan secara rutin oleh kelab.
Semalam para pegawai Manchester United telah mengadakan perbincangan dengan pihak penganjur Liga Perdana Inggeris dan menghantar satu permohonan untuk menunda perlawanan menentang Brentford, di atas sebab-sebab keselamatan dan kesihatan kedua-dua pasukan.
Pada masa yang sama, Manchester United turut mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara ini.
“Pihak kelab mengesahkan bahawa lanjutan daripada keputusan ujian PCR yang disahkan positif Covid-19 di kalangan pemain dan staf pasukan utama, keputusan untuk menutup operasi pasukan utama di Kompleks Latihan Carrington selama 24 jam, bagi mengurangkan risiko jangkitan yang lebih banyak.”
“Mereka yang diuji positif sedang diasingkan mengikut protokol yang ditetapkan Liga Perdana.”
“Dengan penutupan pusat latihan dan gangguan di dalam pasukan, serta kesihatan pemain dan staf menjadi keutamaan, kelab kini sedang berbincang dengan pihak Liga Perdana sama ada selamat atau tidak perlawanan pada hari Selasa menentang Brentford, untuk diteruskan, dari segi perspektif jangkitan covid dan persediaan pemain.”
Situasi ini telah memberi kegusaran kepada kelab Premier League yang kembali bernafas selepas melalui tempoh sukar kerana sejarah mungkin berulang.