RASMI: Griezmann Akan Tinggalkan Atletico Madrid Hujung Musim Ini

Penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann membuat pengumuman rasmi yang beliau akan meninggalkan kelab tersebut pada penghujung musim ini selepas 5 tahun bersama Atletico Madrid.

Griezmann yang menjuarai Piala Dunia 2018 bersama Perancis tahun lepas, baru sahaja menandatangani kontrak selama 5 tahun pada Jun tahun lalu tetapi membuat keputusan untuk meninggalkan Atletico Madrid selepas beberapa bulan berteka-teki mengenai masa depannya.

Selepas 5 tahun bersama Atletico Madrid, Griezmann memilih untuk menyertai Barcelona demi untuk merasai nikamt menjuarai La Liga dan Liga Juara-Juara Eropah

Pada jendela perpindahan musim panas lalu, Griezmann hampir menyertai Barcelona tetapi menangguhkan hajatnya untuk berpindah berikutan penggantungan perpindahan yang dikenakan terhadap Atletico Madrid pada ketika itu.

Atletico Madrid kini sudah boleh membeli pemain yang dikehendaki mereka dan Griezmann bebas untuk menyertai mana-mana kelab yang sudi membayar klausa pelepasan beliau yang berjumlah £108 juta.

Difahamkan, £108 juta dimasukkan dalam kontraknya ketika menandatangani kontrak baru tahun lepas dan menurut sumber Sky Sports, Barcelona bersedia untuk mengaktifkan klausa pelepasan Griezmann dalam masa terdekat ini.

Griezmann mengumumkan keputusannya itu menerusi satu posting yang dimuat naik di Twitter beliau.

“Ia merupakan 5 tahun yang cukup menakjubkan. Terima kasih atas segala-galanya.”

“Saya ingin memberitahu para peminat yang sentiasa menyokong saya selama ini yang saya telah membuat keputusan untuk berpindah untuk mencuba perkara yang baru dan mencari cabaran lain.”

Barcelona kata mari. 108juta bukan lah banyak sangat dalam market sekarang

“Sebenarnya, keputusan ini merupakan perkara yang sukar tetapi saya rasa ia perlu dilakukan dan saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang anda semua berikan terhadap saya selama 5 tahun ini.”

Griezmann berpindah ke Atletico Madrid pada tahun 2014, dari Real Sociedad dalam perjanjian yang dipercayai bernilai €30 juta.

Sejak itu, beliau menjadi pemain utama untuk skuad Diego Simeone dan berjaya menjaringkan 133 gol dari 256 penampilan.

Antara trofi yang pernah dimenanginya bersama Atletico Madrid adalah Europa League, Spanish Super Cup, da UEFA Super Cup. Beliau juga adalah penjaring gol terbanyak pasukan sepanjang 5 musim beliau bersama kelab tersebut.

Griezmann adalah pemain berprofil tinggi ke-3 yang meninggalkan Atletico Madrid hujung musim ini selepas Lucas Hernandez dan Diego Godin. Godin meninggalkan kelab tersebut selepas kontraknya tamat manakala Hernandez memilih untuk berpindah ke Bayern Munich selepas Atletico Madrid bersetuju dengan yuran perpindahan yang ditawarkan oleh gergasi Jerman tersebut.

Spekulasi mengaitkan Coutinho dengan kepulangan ke England, dengan Chelsea dilaporkan berminat

Dengan Griezmann selangkah lebih dekat untuk menyertai Barcelona, timbul persoalan mengenai masa depan pemain tengah Brazil, Philippe Coutinho.

Sejak berpindah ke Nou Camp pada Januari 2018, Coutinho bergelut untuk menghasilkan persembahan terbaiknya dan beberapa sumber melaporkan ketibaan Griezmann bakal menyaksikan Coutinho meninggalkan Barcelona.

BACA:  "Keputusan Jadikan Mbappe Kapten Pasukan Buat Saya Sembelit"- Griezmann