Champions League 2021/22: Liverpool 2-0 Atletico Madrid

Skuad kendalian Jurgen Klopp melayan kunjungan anak-anak buah Diego Simeone ke bumi Anfield untuk aksi dalam saingan Champions League.

Liverpool sedang berada di puncak saingan peringkat kumpulan B dengan mereka berjaya mencatatkan tiga kemenangan dari tiga perlawanan awal.

Atletico Madrid sementara itu hanya mengumpul empat mata dari tiga perlawanan selepas mereka merekodkan satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan bertemu Liverpool.

Pertembungan antara dua pasukan ini sememangnya sangat menarik untuk disaksikan dengan mereka senantiasa menyajikan aksi panas dan menarik di atas padang.

Pertembungan antara kedua-dua pasukan sebelum ini di Wanda Metropolitano, Liverpool berjaya menewaskan Atletico Madrid dengan keputusan 3-2.

Atletico jelas sekali datang dengan skuad terbaik mereka dalam usaha untuk membalas dendam dan membawa pulang tiga mata berharga.

Liverpool dilihat memulakan permainan dengan sangat baik dengan mereka begitu dominan di bahagian tengah dan sering menghadirkan bahaya ke kubu Atletico.

Sadio Mane menjadi masalah terbesar untuk Atletico di awal permainan ini dengan pemain kebangsaan Senegal itu sering melakukan gerakan bahaya.

Pada minit ke-13, The Reds berjaya membuka tirai jaringan menerusi Diogo Jota yang menyempurnakan hantaran cantik dari Trent Alexander Arnold.

Arnold terus melakukan hantaran lintang yang sungguh cantik ke dalam kotak penalti Atletico Madrid sebaik menerima bola hantaran dari Jordan Henderson.

Bola melantun di hadapan Oblak dan kemudian ditanduk kemas oleh Diogo Jota untuk gol pembukaan Liverpool dalam perlawanan ini.

Perlawanan kemudiannya mulai seimbang dengan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi saling berbalas serangan dalam usaha untuk memburu gol.

Pada minit ke-21 permainan, Liverpool berjaya menggandakan kedudukan menerusi Sadio Mane yang juga hasil umpanan cantik dari Trent Alexander Arnold.

Arnold melakukan hantaran rendah dari luar kotak mencari Mane yang sedang melakukan larian untuk masuk ke dalam kotak, dan bola hantaran dari pemain full-back terhebat dunia itu tepat menemui sasarannya.

Mane tenang merembat bola hantaran rendah dari Trent Alexander Arnold untuk bantu Liverpool mendahului perlawanan dengan keputusan 2-0.

Atletico Madrid berjaya melakukan beberapa siri percubaan, namun mereka gagal untuk memperoleh sebarang gol dalam usaha untuk comeback.

Pada minit ke-36, Felipe telah dilayangkan kad merah kerana melakukan dua kesalahan pada masa yang sama, dan ia seolah menambah lagi tekanan untuk Atletico Madrid.

Felipe pada awalnya mengasari Sadio Mane dari belakang, dan kerana pemain penyerang Liverpool itu sedang dalam potensi untuk menjaringkan gol, maka beliau jelas sekali boleh dilayangkan dengan layangan kad kuning.

Namun ketika pengadil perlawanan memanggil beliau mungkin untuk memberi amaran, namun Felipe tunjuk sikap keras kepala dan langsung tidak mempedulikan arahan dari pengadil.

Kerana menganggap beliau biadap, pengadil memutuskan untuk melayangkan kad merah, dan sebaik melihat dirinya dilayangkan kad merah, Felipe terus datang ke arah pengadil untuk membantah. (Waktu orang panggil tak nak datang)

Bermain dengan kelebihan seorang pemain bukan satu berita gembira untuk Liverpool yang mana mereka musim ini gagal untuk menjaringkan sebarang gol ketika beraksi bertemu pasukan yang kekurangan pemain.

Aksi babak pertama berakhir dengan Liverpool mendahului Atletico Madrid dengan keputusan 2-0.

Masuk aksi babak kedua permainan, Liverpool dilihat agak bernafsu untuk mencari tambahan gol dengan mereka melancarkan beberapa siri serangan ke kubu Atletico.

Pada minit ke-49 permainan, Diogo Jota berjaya menjaringkan gol kedua peribadi beliau dalam perlawanan ini untuk bantu Liverpool mendahului perlawanan 3-0.

Walau bagaimanapun selepas merujuk VAR, pengadil perlawanan membatalkan gol jaringan Jota kerana mendakwa beliau berada di kedudukan offside.

Pada minit ke-57, Luis Suarez cemerlang meledak gol pertama Atletico dalam perlawanan ini, walau mereka sedang bermain dengan kekurangan seorang pemain.

Namun begitu, VAR sekali lagi masuk campur, dan pengadil perlawanan membatalkan gol tersebut kerana beberapa orang pemain Atletico berada dalam kedudukan offside ketika build up gol tersebut.

Walau bermain dengan kekurangan seorang pemain, namun Atletico Madrid tetap berjaya memberi saingan dengan sangat cemerlang.

Skuad kendalian Diego Simeone itu berjaya bertahan dengan sempurna dalam mematahkan segala serangan dari jentera serangan Liverpool.

Pengadil perlawanan membunyikan wisel penamat dengan Liverpool berjaya menewaskan Atletico Madrid 2-0 untuk mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati.

Empat perlawanan empat kemenangan, Liverpool secara rasminya sah mara sebagai juara kumpulan, dengan mereka masih ada baki dua perlawanan untuk dilalui.

Atletico Madrid pada ketika ini berada di kedudukan ketiga, dengan mereka perlu mencatatkan kemenangan dalam dua perlawanan selepas ini untuk mengikuti jejak langkah Liverpool mara ke pusingan 16 terbaik.

LIVERPOOL (4-3-3): Alisson 7; Alexander-Arnold 8.5 (N Phillips 90+3), Van Dijk 7, Matip 7, Tsimikas 7; Henderson 8, Fabinho 7 (Thiago 60min, 6), Oxlade-Chamberlain 7; Salah 7, Jota 8, Mane 7 (Firmino 46, Origi 78).

Pemain Simpanan: Konate, Adrian, Robertson, Kelleher, Williams, Morton.

Penjaring: Jota 13, Mane 21

Kad Kuning: Mane, Matip, Jota.

Pengurus: Jurgen Klopp 7.

ATLETICO MADRID (5-3-2): Oblak 6; Trippier 6, Gimenez 5, Felipe 4, Hermoso 5, Carrasco 5 (Vrsaljko 69, 5); Koke 6 (Matheus Cunha 69, 5), De Paul 6, Correa 6; Joao Felix 6 (Renan Lodi 59, 6), Suarez 6 (Herrera 59, 6).

Pemain Simpanan: Lecomte, Iturbe, Martin,

Kad Kuning: Hermoso, Koke, Suarez, Joao Felix.

Kad Merah: Felipe.

Pengurus: Diego Simeone 5.

Pengadil: Danny Makkelie (Holland) 6.

Kehadiran Penonton: 51,500.

Highlights perlawanan sebelum ini Liverpool 3-2 Atletico Madrid

Liverpool kembali mendapatkan barisan terkuat mereka dalam perlawanan Champions League peringkat kumpulan B menentang Atletico Madrid dengan kehadiran semula Alisson Becker dan Fabinho.

Diego Simeone sememangnya terkenal dengan permainan bertahan yang tidak masuk akal apabila jika bertemu pasukan yang hebat bagi memastikan mereka tidak kehilangan mata.

Namun begitu Mohamed Salah meneruskan aksi liar dan lincah dengan satu lagi gerakan solo yang teramat padu melepasi empat cabaran pemain Atletico Madrid sebelum melepaskan rembatan.

Salah menggelecek bermula dari kanan padang dengan memotong masuk ke kawasan kotak sebelum gol padu dihasilkan dengan sedikit biasan berlaku pada minit ke-8.

Minit ke-13 menyaksikan Naby Keita menggandakan kedudukan melalui satu voli cantik selepas Felipe gagal mengeluarkan bola dengan kemas telah sampai kepada Keita.

Dengan dua gol bolos dalam tempoh lima minit, Atletico Madrid akhirnya sedar dari lamunan dan melakukan kebangkita.

Antoine Griezmann merapatkan kedudukan pada minit ke-20 dengan gol yang amat menarik sebelum menggandakan kedudukan dengan gol penyamaan pada minit ke-34.

Gol berpunca dari gerakan solo Jaoa Felix yang menghantar bola kepada Griezmann yang terus melakukan satu sentuhan gol.

Perlawanan terus menjadi semakin sedap sehingga tamat 45 minit pertama.

Kehandalan Allison Becker telah menafikan jaring gol Liverpool dari terus dibolosi oleh pemain Atletico Madrid dengah tiga atau empat aksi menyelamat dilakukan sebelum tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, kubu Atletico Madrid diuji dengan sundulan Sadio Mane dan Jan Oblak menafikan sebelum Alisson Becker menyelamatkan percubaan Atletico Madrid sekali lagi.

Wira Atletico Madrid, Antoine Griezmann yang menjaringkan dua gol kebangkitan telah dilayangkan kad merah selepas menerajang leher Roberto Firmino dalam perebutan bola. Hero to Zero.

Tiada dakwa dakwi lagi keputusan pengadil perlawanan adalah tepat walaupun ada bantahan kerana perbuatan Griezmann itu merupakan satu tindakan yang agresif dan berbahaya pada minit ke-52.

Satu tindakan yang sia-sia dari Griezmann yang memberi kesan kepada pasukan. Diego Simeone tampak tidak berpuas hati lagi dan diberikan teguran oleh pengadil.

Kerancakkan dan kesedapan perlawanan terus merosot selepas Atletico Madrid bermain 10 orang namun Atlerico masih lagi mampu bermain dengan baik sehingga masa permainan memasuki minit ke-75.

Pada minit ke-76 Mario Hermoso telah melakukan aksi tidak masuk akal apabila telah menolak Diogo Jota dengan menggunakan siku di dalam kotak penalti.

Penalti diberikan kepada Liverpool dan mudah buat Mohamed Salah meletakkan Liverpool kembali di depan dengan satu sepakan leret menghantar Jan Oblar terbang ke arah bertentangan.

Lima minit kemudian giliran Atletico Madrid pula mendapat sepakan penalti selepas Jose Gimenez telah dijatuhkan oleh Diogo Jota.

Perlawanan dihentikan seketika bagi menunggu keputusan dari penilaian yang dilakukan oleh Video Assistant Referee (VAR), kemudian pengadil ke tepi padang untuk melihat skrin bagi penilaian terakhir.

Pengadil menukar keputusan awal dan menarik kembali sepakan penalti kerana tiada kecurangan dari Diogo Jota.

Tiada apa yang mampu dilakukan oleh Ateltico Madrid untuk terus merubah keputusan dan kesan kad merah Griezmann semakin dirasai dan memberi kesan kepada pasukan.

Liverpool tiada masalah untuk mempertahankan kelebihan satu gol walaupun masa kecederaan selama 6 minit diberikan pengadil.

Liverpool mencatatkan kemenangan ketiga selepas tiga perlawanan mengumpul 9 mata dengan menghasilkan 11 gol dan 5 bolos.

Secara logiknya Liverpool boleh dikatakan sudah layak ke pusingan kalah mati.

Atletico Madrid: Oblak, Felipe, Kondogbia, Hermoso, Koke, Trippier, Lemar, De Paul, Carrasco, Joao Felix, Griezmann.

Subs: Lecomte, Gimenez, Suarez, Correa, Renan Lodi, Llorente, Herrera, Matheus Cunha, Vrsaljko.

Liverpool: Alisson, Alexander-Arnold, Matip, van Dijk, Robertson, Milner, Henderson, Keita, Salah, Firmino, Mane.

Subs: Fabinho, Konate, Gomez, Adrian, Oxlade-Chamberlain, Minamino, Jota, Tsimikas, Origi, Phillips, Kelleher, Williams.

Referee: Daniel Siebert (Germany)

Sumber Line up: Daily Mail

BACA:  Shaqiri Laung Amaran Terhadap Manchester City, Liverpool Akan Berjuang Sehingga Penamat